Biasanya ibu bapa akan gunakan ‘kuasa jerit’ bila rasa nak marah anak. Alasannya cara ini baru buat anak cepat dengar kata. Ye betul tapi lama-kelamaan cara ini dah tak dihiraukan.
Kenapa bab menjerit pada anak tak elok untuk perkembangan anak yang sedang membesar. Berikut perkongsian dari Puan Noraliza Alwi.
Perasan atau tidak, asal ibu rasa nak marah anak mesti nak jerit, melepaskan perasaan marah pada anak. Bila tengah mendidih tu kita memang selalu lupa. Terus meledak saja. Entah apa-apa perkataan pun boleh keluar.
Saya juga begitu, tahu tak baik, tapi emosi ibu kan.
Nombor 1 bahaya kesannya bahasa kita, perkataan kita guna. Terus masuk pada sub-conscious anak kita. 80% kata-kata dari ibu bapa membentuk pula peribadi mereka hingga besar.
Keduanya – Impak menjerit mengecilkan otak anak, ganggu sistem belajar.
Ads
Ketiganya – Selain efek marah anak pada perkembangan otak, marah dalam bentuk jeritan hanya menjarakkan lagi hubungan hati antara ibu dan anak.
Bab hati ni kena jaga. Kesan dia sampai tua. Cuba perhatikan orang yang bercinta bagaimana perbualan mereka. Berbisik, cakap dengan nada yang manja lemah lembut, ada kalanya tidak terkeluar pun perkataan, heart-to-heart kata orang.
Begitu juga nak wujudkan perasaan bercinta dengan anak. Medan marah boleh ditukar jadi medan mendidik, kuatkan ikatan hati.
Ada pepatah barat;
“It takes heart-set, to change mindset”
Ini saya kongsi antara pendekatan cara nak ‘marah’ atau membetulkan anak.
Ads
1. Jika ada sesuatu yang buat hati mendidih, langkah pertama istighfar beberapa kali hingga sejuk sikit hati.
2. Agak-agak dah suam didihan itu panggillah nama penuh anak, (semua anak ada makna yang baik pada namanya, dan panggilan itu adalah doa InsyaAllah.
3. Turunkan badan ibu selari dengan tinggi anak (kurangkan perbezaan autoriti ibu dan anak). Bercakaplah dengan nada sederhana apa yang menjadi kemarahan kita.
Ads
4. Bercakap mesti ada perkara ini;
– Beritahu fakta apa kesalahannya
– Tanya anak Mengapa (untuk tahu rasional anak melakukannya)
– Beritahu anak kesan buruk perbuatannya
– Beritahu akibat jika anak masih buat juga
5. Perhatikan reaksi anak. Biasanya mereka akan angguk, atau tiada reaksi atau kalau jenis yang sensitif boleh sampai menangis.
6. Walau apa reaksi mereka, mula guna sentuhan pula. Usap belakang kepala, atau terbaik lagi, peluk sambil berbisik kata-kata semangat untuk anak buat perubahan yang kita mahukan, dan akhiri dengan pujian atau harapan.
InsyaAllah cara ini buat kurang marah. Maka kuranglah stress, ibu happy anak dapat jadi bijak sekali.
Biasanya bunga artificial atau bunga plastik yang ada di rumah akan mudah lekat habuk. Jika tak dibersihkan secara berkala, habuk yang melekat akan sukar dicuci dan akan menjadikan bunga artificial anda kusam.
Bagaimanakah cara mencuci atau membersihkan bunga plastik ni? Anda boleh gunakan 5 cara ini untuk pembersihan bunga plastik anda;
Cara Bersihkan Bunga Plastik Tanpa Kos Yang Mahal
Garam dan brown bag/plastik beg
Tuangkan satu cawan garam ke dalam brown bag/plastik beg. Dan masukkan jambangan bunga ke dalam beg itu (pastikan kelopak bunga yang masuk dan bahagian batang keluar)
Pegang brown bag/plastik beg dan pastikan ia benar-benar kedap udara. (untuk lebih rapat, genggam erat pada batang bunga). Setelah itu goncangkan brown bag/plastik beg itu tadi
Anda mendapati gubahan bunga kembali bersih, segar dan berseri.
Sediakan botol semburan, 1 mangkuk kecil cuka putih dan 1 mangkuk kecil air
Isikan botol semburan dengan kedua – dua bahan di atas
Semburkan pada bunga artificial
Untuk keringkan, hamparkan tuala dan susun bunga yang telah disembur tadi di atas kain tuala tersebut.
1. Sabun pencuci pinggan
Sediakan sabun pencuci pinggan , air dan bekas
Campurkan air dan beberapa titik sabun pencuci pinggan ke dalam bekas
Ambilkan beberapa kuntum bunga artificial dan dicuci satu persatu.
Hamparkan tuala dan biarkan ia kering dengan sendirinya.
2. Pelembut fabrik
Penuhkan bekas dengan air suam dan campurkan dengan 3 penutup pelembut fabrik
Pegang bahagian batang bunga artificial dan lakukan gerakan upside down
Hamparkan tuala dan biarkan bunga yang telah dibersihkan kering di atas kain tersebut
Tip ini berkesan mengembalikan warna bunga artificial tersebut.
3. Pengering rambut
Halakan pengering rambut kearah bunga plastik lebih kurang 15 sentimeter.
Anda akan mendapati sawang/debu-debu hilang dengan pantas. Siap.
Bunga plastik nampak lebih berseri dan segar. Jadi macam baru kembali. Boleh buat setiap bunga yang ada di rumah anda. Sangat mudah dan jimat kos.
Memang lumrah ibu-ibu, walaupun sakit tetap akan melakukan kerja rumah dan tetap menjalankan tugas sebagai ibu serta isteri. Penat macam mana sekalipun para ibu tetap tidak akan berhenti dan berehat. Baginya, selepas berkahwin hidup hanyalah untuk suami dan keluarga.
Tapi ibu-ibu perlu ingat, sekuat mana pun kita usaha untuk melaksanakan tugasan kita. Kita tetap memerlukan rehat. Ambil masa dan tenangkan diri, buatlah terapi diri yang anda sukai kerana ibu-ibu juga manusia biasa. Jika bukan anda yang meraikan diri sendiri, siapa lagi kan?
Memandang serius soal kesihatan anak mereka, Tasha Manshahar dan Raqib Majid membuat keputusan untuk mendapatkan suntikan vaksin pneumococcal untuk Muammar Rafiqi. Berkongsi sebuah video semasa anaknya disuntik beserta kapsyen menerangkan jenis vaksin yang mereka ambil untuk si manja, Muammar.
Alhamdulillah, ada kesempatan bawa Muammar ambil optional vaccine Pneumococcal dose 1 harini. Pneumococcal ni vaksin tambahan tau. Tak sama macam kita injection monthly. Kalau ada rezeki lebih, bolehlah ambil vaksin ni. Ni baru 1. Untuk vaksin jenis ni ada total 4 kali suntikan ikut tempoh tertentu. Paling awal boleh diambil oleh baby berusia 2 bulan. Untuk Muammar, kami memang plan untuk ambil full vaksin di @kumpulan_megaklinik_zahran . May Allah ease. _ Bakteria Pneumococcal ni biasanya ada dalam saluran penafasan dan disebarkan melalui batuk atau bersin. Macam-macam penyakit membahaya boleh jadi kalau diserang pneumococcal ni. Jadi, ni antara ikhtiar yang kita boleh ambil sebagai perlindungan extra untuk anak-anak. _ Dia ada dua jenis suntikan vaksin Pneumococcal, Synflorix atau Prevenar. Fungsinya sama, harga berbeza sebab Synflorix cover 10 jenis bakteria, Prevenar pulak cover 13 jenis bakteria. Lepas dengar advice doktor, kitorang suami isteri decide untuk ambil Prevenar. 1 dose RM259. Prevenar mahal beberapa puluh ringgit je berbanding Synflorix. Kalau mommies interested, please consult doktor dulu supaya doktor boleh explain further pasal vaksin ni ? _ Mommy bangga la dengan Muammar sebab nangis kejap je harini. Mungkin tak berapa sakit sebab peha Muammar kan tebal ? _ Jangan terkejut mommy buat2 telefon doktor hujung-hujung tu. Kena gigit nyamuk pun kadang mommy akan buat2 telefon doktor “hello doktor anak saya kena gigit nyamuk ni, boleh tak saya nak panggil ambulan?”. Mommy kan over. Apa kurangnya dedi di awal video, “bertahan! peganggg tangan dedi!”. ? #babyzahran #anakmommy #favouriteboymommy
Untuk pengetahuan anda, Pa&Ma sertakan sedikit info tentang suntikan pneumococcal sebagai rujukan jika anda memutuskan untuk mengambil suntikan ini untuk anak.
Di Malaysia, ada 2 jenis vaksin Pneumococcal untuk kanak-kanak bawah 2 tahun iaitu Synflorix dan Prevenar.
Synflorix dan Prevenar boleh mula diberikan seawal 2 bulan.
2 bulan – 6 bulan memerlukan 4 dos
7 bulan – 11 bulan memerlukan 3 dos
12 bulan – 24 bulan memerlukan 2 dos
24 bulan – 5 tahun – Synflorix memerlukan 2 dos
24 bulan ke atas – Prevenar hanya 1 dos diperlukan.
Jadi untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas, lebih mudah jika ambil Prevenar kerana hanya memerlukan 1 dos sahaja berbanding Synflorix yang memerlukan 2 dos.
Jadi untuk kanak-kanak bawah 2 tahun, nak ambil Prevenar atau Synflorix?
Prevenar memberikan perlindungan yang lebih dari segi jumlah jenis kuman Pneumococcal berbanding Synflorix, yang mana Prevenar cover 13 jenis manakala Synflorix cover 10 jenis kuman Pneumococcal.
Apa jenis kuman yang dilindungi itu?
Synflorix cover kuman Pnuemococcal strain 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F, 23F
Prevenar Cover yang sama dengan tambahan 3, 6A dan 19A.
Jadi nampak tak apa perbezaan di situ?
Namun perbezaan itu hanya akan ketara jika, kanak-kanak yang di beri vaksin Synflorix dijangkiti contoh kuman Pneumococcal strain 19A, yang mana tidak dilindungi oleh vaksin Synflorix, tetapi dilindungi oleh vaksin Prevenar, jadi kanak-kanak tersebut tidak dapat melawan jangkitan tersebut sebaik kanak-kanak yang diberi vaksin Prevenar.
Namun Synflorix didapati dapat memberi separa perlindungan terhadap strain lain yang tidak dilindungi secara terus seperti strain 19A. Jadi bukan bermakna kalau ambil Synflorix, kalau kena jangkitan kuman Penumococcal strain 19A, langsung tidak dilindungi. Mereka masih mempunyai separa perlindungan kerana kesan yang dipanggil ‘cross protection’.
Secara keseluruhan, kedua-dua vaksin ini memberi perlindungan yang agak baik dimana 80-90 peratus kanak-kanak yang diberi vaksin dapat mencegah jangkitan Pneumococcal. Ini adalah berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan oleh kedua-dua syarikat pengeluar vaksin tersebut.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.