Tidak kira sama anda pertama kali ataupun beberapa kali bersalin, pasti mencari-cari petua bagi memudahkan proses kelahiran apabila menghampiri tarikh jangkaan bersalin.
Terdapat banyak petua bagi memudahkan proses bersalin yang boleh anda amalkan. Berikut adalah di antaranya. Kebanyakannya memang banyak membantu melancarkan proses kelahiran.
Minum minuman bercoklat yang dibancuh bersama dengan dua hingga tiga sudu kecil marjerin. Dikatakan ia dapat membantu laluan peranakan cepat terbuka.
Sebelum ke hospital, rebus beberapa biji epal hijau. Selepas rasa sakit kontraksi, anda boleh makan epal ini.
Makan kurma dalam bilangan ganjil. Kurma bagus dimakan ketika sakit bersalin kerana ia membantu tubuh secara semula jadi menghasilkan hormon oksitosin.
Ads
Amalkan makan sayur bendi. Kata orang tua-tua, bendi berlendir. Jadi, ia memudahkan proses kelahiran.
Amalkan membaca surah Maryam untuk memudahkan bersalin.
Banyakkan membaca surah al-Fatihah dan doa nabi Yunus serta kerap menyebut Ya Fattah berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.
Ads
Amalkan bacaan Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air sebelum diminum.
Banyakkan aktiviti berjalan mahupun naik dan turun anak tangga.
Ads
Bagi yang rajin bersenam, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari-jari kaki dan tolakkan kedua tapak kaki ke arah faraj.
Amalkan menyapu minyak kelapa dara di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut.
Kerapkan bersama suami supaya laluan terbuka bermula usia kandungan 37 minggu.
Minum air selusuh. Minyak kelapa dara pun boleh digunakan sebagai selusuh. Lebih baik jika selusuh ini dibuat sendiri oleh suami sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau gugur mesti kena buat D&C atau tak? Peluang nak hamil adakah tipis lepas buat D&C. Apabila berhadapan dengan situasi keguguran, ramai wanita bimbang tentang keperluan menjalani prosedur D&C (dilation and curettage) dan sama ada peluang untuk hamil semula akan terjejas.
Untuk menjawab persoalan ini, penting untuk memahami tujuan dan situasi di mana D&C diperlukan, serta bagaimana ia mempengaruhi peluang kehamilan pada masa hadapan.
“Salam doktor, saya ingin bertanya mengenai peluang untuk hamil semula selepas menjalani rawatan D&C akibat keguguran. Adakah prosedur ini boleh menjejaskan kesuburan saya?”
Setiap kali ditanya tentang keguguran, saya merasa simpati yang mendalam terhadap mereka yang mengalaminya. Dugaan ini memerlukan kesabaran yang tinggi, dan saya percaya terdapat hikmah di sebalik setiap ujian. Walau bagaimanapun, penting untuk memastikan kesihatan kembali pulih seperti sediakala.
Berdasarkan pengetahuan saya, tiada bukti saintifik yang menunjukkan prosedur dilation and curettage (D&C) untuk mengeluarkan sisa janin akibat keguguran akan mengurangkan kebarangkalian untuk hamil semula, sekiranya keguguran itu bukan disebabkan oleh penyakit kronik.
D&C itu sendiri bukan penyebab utama kesukaran untuk hamil. Sebaliknya, jika sisa janin tidak dikeluarkan, ia boleh menyebabkan pendarahan berterusan dan jangkitan yang akhirnya menjejaskan kesuburan. Prosedur D&C membantu membersihkan rahim dan mendorong pembentukan semula lapisan endometrium, yang penting untuk memastikan ovum yang disenyawakan dapat tertanam dengan baik.
Keguguran, yang bermaksud kematian janin, memerlukan tindakan segera untuk mengelakkan komplikasi seperti jangkitan dan pendarahan. Sekiranya kehamilan masih awal (kurang dari 10 minggu), tubuh biasanya mampu mengeluarkan janin secara semula jadi tanpa memerlukan D&C.
Namun, jika usia kehamilan melebihi 10 minggu, doktor selalunya akan mengesyorkan D&C untuk memastikan semua sisa janin dikeluarkan sepenuhnya. Ultrasound sering digunakan untuk memeriksa sama ada masih terdapat sisa janin yang tertinggal di dalam rahim.
Sesetengah wanita memilih untuk membiarkan proses keguguran berlaku secara semula jadi tanpa menjalani D&C. Keputusan ini harus dibuat setelah memahami risiko yang mungkin timbul, seperti pendarahan berpanjangan, demam, atau sakit di bahagian bawah perut.
Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan lain seperti diabetes atau gangguan ginekologi, D&C adalah pilihan yang lebih selamat untuk mengelakkan komplikasi serius. Namun, keputusan akhir hendaklah dibuat bersama doktor selepas perbincangan yang teliti.
Ramai wanita bertanya mengenai peluang dan tempoh menunggu untuk hamil semula selepas keguguran dan D&C. Dalam kebanyakan kes, tidak ada kajian yang menunjukkan D&C menjejaskan peluang kehamilan, selagi keguguran tidak berkait dengan penyakit kronik.
Doktor biasanya menyarankan untuk menunggu sehingga tiga kitaran haid sebelum mencuba untuk hamil semula. Tempoh ini memberi peluang kepada rahim untuk pulih dan membantu wanita bersedia dari segi emosi.
Wanita yang ingin mencuba hamil semula disarankan memantau kitaran haid mereka dengan teliti, menggunakan kalendar untuk mencatat permulaan dan akhir setiap kitaran. Selain itu, penggunaan Ovulation Predictor Kit (OPK) dapat membantu menentukan waktu subur.
Gunakan OPK bermula dari hari ke-10 selepas haid bermula, dan lakukan ujian sekurang-kurangnya 10 kali sebulan. Jika OPK menunjukkan hasil positif, ovulasi biasanya berlaku dalam masa 12-24 jam. Ketika ini, bersama suami adalah waktu terbaik untuk mencuba kehamilan.
Dengan mengikuti nasihat doktor dan memahami tubuh sendiri, kebanyakan wanita boleh hamil semula tanpa masalah. Semoga artikel ini dapat memberi pencerahan kepada mereka yang memerlukan.
Fila Amir, pempengaruh media sosial yang semakin dikenali, bersama suaminya, Muhammad Adama Camara, sering mencuri perhatian ramai bukan saja kerana gaya hidup mereka yang penuh warna, tetapi juga kerana nilai kekeluargaan yang mereka pegang teguh.
Fila aktif berkongsi kisah peribadi, momen manis keluarga, dan pandangan hidupnya di platform media sosial, manakala Muhammad Adama pula seorang suami penyayang yang sentiasa menyokong isteri dan keluarga mereka.
Pasangan ini jadi contoh segar untuk golongan muda yang ingin membina rumah tangga bahagia dengan akar tradisi dan kasih sayang.
Baru-baru ini, Fila Amir mengadakan majlis tahnik untuk anak sulung mereka, Assara Adama Camara. Apa yang menarik, mereka menjemput seorang imam di Masjid Wangsa Maju yang berasal dari Gaza untuk menyempurnakan majlis tersebut.
Tindakan ini bukan sahaja menunjukkan rasa hormat terhadap imam tersebut, tetapi turut mencuri tumpuan netizen yang mengikuti kisah mereka.
Nama anak mereka, Assara Adama Camara, turut menjadi bualan hangat di kalangan pengikut media sosial Fila. Pilihan nama yang unik dan bermakna ini mendapat pujian ramai kerana membawa simbolik yang mendalam.
Biarpun proses tahnik ini sangat ringkas namun tetap mendapat pujian ramai kerana kesederhanaan pasangan ini serta pemilihan imam yang menyempurnakan acara ini. Warganet beranggapan anak pasangan ini sangat beruntung kerana ditahnik oleh seorang ulamak yang berasal dari Palestin.
Apa yang buat ramai tersentuh ialah cara Fila dan Muhammad Adama menyambut kelahiran bayi mereka dengan penuh rasa syukur dan ikhlas. Di tengah cabaran masa kini, mereka kekal mengutamakan tradisi dan nilai agama sebagai asas keluarga yang kukuh.
Perkongsian mereka bukan saja memberi inspirasi kepada pasangan muda, malah mengingatkan kita tentang pentingnya memelihara warisan budaya dan agama dalam kehidupan seharian.
Majlis tahnik adalah satu amalan sunnah yang diamalkan oleh umat Islam selepas kelahiran bayi. Ia melibatkan penyuapan kurma yang telah dikunyah atau ditumbuk halus oleh seorang imam atau tokoh agama kepada bayi yang baru lahir.
Tujuannya adalah untuk memberikan makanan pertama yang manis kepada bayi serta mendoakan kesejahteraan dan kesihatan mereka. Selain itu, tahnik juga berfungsi sebagai simbol kasih sayang dan sokongan komuniti kepada keluarga baru.
Suami kepada pelakon popular, Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari berkongsi tentang kebaikan, risiko dan tip kepada ibu bapa yang ingin memberikan anak mereka puting atau pacifier. Perkongsian tersebut dibuat melalui laman instagramnya.
Ummi dan suami, Mohd. Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada 23 Julai lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah, 8 bulan.
PUTING BABY/PACIFIER
Jom saya terangkan kebaikan, risiko, dan tips menggunakan puting atau pacifier ini. Untuk kebaikan dan keburukan menggunakan pacifier ni oleh slide ke kiri je sebab senang je nak faham
Saya terangkan TIPS sahaja di sini sebab ia melibatkan keselamatan/nyawa baby tu. Tips nya adalah:
TUNGGU SEHINGGA BABY DAPAT MENYUSU BADAN DAHULU
Sebaiknya mula menggunakan pacifier pada umur bayi 3-4 minggu, tu pun kena pastikan baby dah menyusu badan elok dah. Janganlah baby dah deliver terus bagi pacifier. Kang dia dah sangkut suka pacifier tu, terus taknak menyusu badan. Mana dia nak dapat sumber nutrien kan?
JANGAN GUNA PACIFIER SEBAGAI LANGKAH PERTAMA
Kalau baby merengek tu boleh cuba tukar posisi baby dulu ke, atau dukung dan hayun slow2 pun okay. Kena cuba mana2 kaedah yang sesuai dengan baby kita. Dan bagi pacifier pun HANYA SELEPAS DAH MAKAN
GUNA PACIFIER JENIS ONE-PIECE SILIKON & DISHWASHER SAFE
Ada pacifier yang two piece juga. Jenis two piece ni kalau dia koyak/putus boleh menyebabkan baby tercekik kalau dia tertelan cebisan yang dah putus tu
BIAR BABY MINTA DULU
Bagi baby pacifier hanya bila dia minta sahaja. Kalau masa tidur pacifier tu terkeluar dari mulut, janganla letak balik. Biar dia biasakan diri tanpa pacifier
JAGA KEBERSIHAN
Sebelum baby umur 6 bulan (sistem imun tak kuat), basuhla pacifier tu dengan air mendidih. Lepas dah umur 6 bulan, basuh dengan sabun dan air paip je
JANGAN SUGARCOAT PACIFIER
Jangan gatal2 nak letak manisan kat pacifier supaya anak senang nak hisap pastu korang sambung main ig kat phone.Aku lepuk kang
PASTIKAN IA SELAMAT DIGUNAKAN
Guna pacifier yang sesuai mengikut umur baby dan selalu la check pacifier kot2 dah nak terkoyak. Jangan beli pacifier bersama tali sekali tu. Kang terbelit leher anak masa kita tak sedar.
KESIMPULANNYA
Pacifier ni memberi kebaikan(swipe kiri) dalam 6 bulan pertama kehidupan baby anda . Namun risiko(swipe kiri) akan mula melebihi kebaikan pada umur 6 bulan keatas. Walaupun susah, kita sebagai ibu bapa kena pastikan anak2 berhenti menghisap puting bila dah sampai waktunya