Bunga kantan yang selalu kita gunakan untuk membuat kuah laksa atau asam pedas ini ada waktunya begitu sukar untuk dicari di pasar. Jadi apa kata beli sahaja lebih untuk simpanan stok di rumah.
Pun begitu menyimpan terlalu lama membuatkan bunga kantan menjadi busuk dan tidak elok lagi untuk dimakan. Petua yang dikongsikan ini wajar anda cuba. Bunga kantan mampu bertahan sehingga enam bulan.
Sekadar share untuk penyimpanan bunga kantan. Cara ini, bunga kantan tetap dalam keadaan baik, cantik dan tidak ada birat hitam.
Ini hasilnya selepas 6 bulan lebih saya simpan dalam tempat beku. Bila masak, aromanya tetap sama. Alhamdulillah.
1.Basuh terlebih dahulu bunga kantan.
Ads
2.Potong ikut suka kita, nak kecil boleh nak besar pun boleh.
3.Letak dalam plastik / bekas yang bersesuaian bunga kantan tersebut.
4.Letak air kosong dalam bekas bunga kantan tersebut.
5.Kemudian bolehlah disimpan dalam frezer/tempat beku.
Ads
Macam saya, letak dalam bekas untuk sekali masak, mudahkan kerja. Menariknya, bunga kantan ini boleh digunakan ketika beku atau dicairkan terlebih dahulu.
Kehadiran dua hero dalam hidup penyampai radio, Feeya Iskandar atau Cik Piah ternyata memberi sinar bahagia buatnya bersama suami.
Walaupun anak keduanya, Nuh Aryyan beza setahun dengan anak sulung, Adam Malique, Cik Piah tetap positif dan menganggap kehadiran Nuh dalam keluarga memberi rezeki yang lebih murah buat mereka sekeluarga.
Nampak gayanya anak sulung Cik Piah pun teruja sebab dah ada kawan dan tindakan Cik Piah memberi peluang pada Adam untuk dekat dengan adiknya satu tindakan yang bijak.
Isteri suri rumah, perlu sentiasa bersiap sedia. Kita tak tahu bila pasangan kita pergi dulu. Andai kata suami dijemput ilahi dan meninggalkan diri kita dan anak-anak masih kecil, tentunya ia sesuatu yang sukar.
Namun sampai bila kita perlu bersedih kan? Mahu tak mahu suri rumah kena pandai berdikari dan tak boleh 100 peratus bergantung pada suami sahaja.
Berikut perkongsian dari Mohd Fhais, seorang suami yang selalu menulis berkaitan ilmu keibubapaan dan kekeluargaan mengenai 5 perkara suri rumah kena buat dari sekarang semasa semua masih bernyawa dan masih indah.
1 – Buat simpanan sendiri
Sekurang kurangnya kena ada simpanan sendiri berjumlah 6 bulan komitmen belanja rumah dan anak anak. Lagi banyak lagi bagus tapi mulakan 6 bulan dulu.
Simpanan ni tak boleh usik langsung kecuali betul betul darurat. Kalau terpaksa rahsiakan dari suami, rahsiakan la.
Simpanan ni gunanya nanti sara diri dan anak anak sementara menunggu dapat duit dari hibah atau faraid. 6 bulan tu senario paling cepat, paling lama ada yang sampai 6 tahun pun tak selesai selesai lagi.
2 – Sentiasa minta nafkah
Nafkah yang suami bagi setiap bulan bukan guna untuk belanja sakan tapi untuk di simpan. Mungkin sebab inilah nafkah untuk isteri tu wajib di beri. Walaupun suami dah tanggung semua makan minum tetap kena minta nafkah.
Ada hikmah di sebalik nafkah. Bukan suka suka suruh bagi tapi bagi supaya isteri ada simpanan sendiri dan tak meminta minta.
3 – Ambil tahu semua simpanan, pendapatan dan segala aset suami
Bukan nak tamak bolot semua harta tapi nak suruh berjaga jaga dari awal. Yang wajib tahu ialah berapa harta suami dan siapa penama yang di letak supaya senang nak di urus esok esok.
Kalau ada yang bermasam muka abaikan je. Lebih baik di benci masa hidup daripada di caci bila sudah mati nanti.
4 – Ambil tahu semua polisi perlindungan suami peribadi dan syarikat
Macam kerja swasta biasanya ada sediakan insuran nyawa. Tapi terhad untuk kematian semasa bekerja sahaja. Selain dari itu ada juga pampasan yang di beri oleh majikan.
KWSP pun kena tahu berapa ada dalam simpanan. Sama ada suami pernah keluarkan, ada di laburkan dalam public mutual atau mana mana pelaburan isteri kena tahu. Risau nanti lepas suami dah tak ada semua tu akan terbiar macam tu je.
Banyak juga saya jumpa ambil polisi perlindungan takaful tanpa di ketahui oleh pasangan. Diam diam ambil. Takut berebut katanya. Allahu, salah tu. Bagitahu pasangan bukan nak suruh berebut tapi nak suruh mudah urus nanti.
Bila isteri tak tahu apa apa lagi berisiko ramai yang akan mengaku sedara nak berebut harta nanti.
5 – Cari pendapatan sendiri
Mahu tak mahu zaman sekarang ni surirumah pun kena pandai cari pendapatan sendiri. Gunanya nanti bila dah tak ada tempat bergantung harap, tak ada la terkuntang kanting seorang diri, mana nak bekerja dan mana nak urus anak lagi.
Sekarang dah mudah nak ada pendapatan. Buat dari rumah pun boleh jana pendapatan lumayan. Banyak je. Kena usaha cari. Tak boleh banyak alasan.
Tak semua cerita cinta itu indah, tak semua boleh sampai #RoadToJannah.
Hidup perlu di teruskan walaupun dah tanpa pasangan. Adakala ujian sebenar rumahtangga hadir selepas kematian. Jadi buat la persediaan sebaik mungkin. Supaya hidup tanpa penyesalan.
Sumber: Mohd Fhais
Para suami pun ambil serius hal ini ya, isteri dan anak adalah amanah walaupun setelah mati.
p/s : Tolong tag suri rumah lain juga ye supaya mereka pun boleh buat persediaan awal dan masih ramai yang tak ambil serius hal ni. Ingatkan mereka juga.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak orangnya lemah lembut, tapi ibu kepada Ammara dan Umar bukanlah calang-calang orang. Pengasas jenama busana Muslimah Bella Ammara, Sharifah Nabilla Al-Yahya Syed Shah atau mesra dipanggil Belle Al-Yahya akui anak adalah pembawa rezekinya dan suami dalam perniagaan.
Terpilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms kali ini, Belle yang memiliki darah campuran Arab- Palembang ini mengharapkan penghargaan ini dapat menjadikan dirinya seorang ibu yang lebih baik lagi.
Perlu ada pengorbanan
Mesra dipanggil umi oleh anak-anaknya, dari seorang pelajar jurusan arkitek, Belle tak sangka rezekinya dalam bidang perniagaan seperti pakaian, kosmetik dan telekung. Hingga hari ini cabang bisnes inilah yang membuatkan orang kenal Bella Ammara.
Memandangkan Belle yang menguruskan syarikat, isteri dan ibu kadang-kadang kita perlu korbankan salah satunya untuk pastikan keluarga sentiasa nombor satu. Kita tak akan mampu pikul semua dalam satu masa.
Alhamdulillah dalam hal uruskan syarikat, suami banyak sangat membantu dan ini memberi ruang untuk Belle fokus pada anak-anak yang masih kecil.
Tak mewahkan anak-anak
Macam Belle bila dengan anak seimbang. Walaupun orang nampak kita ada segala-galanya, kemewahan pada anak bukan perkara utama. Belle lebih suka mengambil pendekatan bersederhana dengan anak.
Macam Belle jika anak nak sesuatu permainan, Belle akan bagi satu pilihan saja pada anak. Apa yang dia berkenan itu kena ambil. Tak boleh ambil banyak. Jadi dengan cara ini, anak akan pilih apa yang dia rasa betul-betul nak.
Cara ini Belle dan suami lakukan untuk bagi anak tahu bukan mudah nak dapatkan sesuatu kecuali kena berusaha dahulu. Jika mereka berkelakuan baik, sesekali kami suami isteri akan reward sebagai penghargaan untuk anak.
Anak sulung copy paste suami, anak kedua copy paste Belle
Sementara itu, Belle menjelaskan ramai yang kata anak sulung seperti muka suami manakala anak kedua seperti muka Belle. Itu memang betul. Macam anak sulung, bukan saja ikut muka je, perangai pun sama macam ayahnya.
Ibaratnya anak perempuan memang copy paste ayah dan anak lelaki copy paste Belle,” katanya.
Tak pernah marah atau pukul anak
Ketika ditanyakan oleh Hos Pa&Ma Gala Moms, Fizi Ali sekiranya anak buat salah apa pendekatan Belle lakukan pada anak?
Jawapan Belle, dia tak marah atau pukul. Hanya menunjukkan ekspresi muka saja anak akan faham dan tak melakukan lagi kesilapan. Dengan memandang sahaja dan senyap, anak-anak terus takut dan cepat-cepat minta maaf.
Memang Belle jarang marah. Sebab anak akan automatik tahu bila nampak muka uminya masam itu tanda umi tak suka apa yang mereka lakukan. Alhamdulillah setakat ini, itu je pendekatan Belle dan suami buat bila dengan anak.
Harapan Belle sebagai seorang ibu, walaupun anak-anak dibesarkan dalam kemewahan, tiada istilah untuk mereka dapat dengan mudah. Lagi satu buat Ammara dan Umar, umi minta maaf sekiranya ada kekurangan. Insyaallah selagi ada peluang akan buat yang terbaik untuk mereka. Kejayaan kita adalah melihat anak bahagia selamanya.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak sahaja objek depan mata, bayi terus menggapaikan tangannya untuk mengambil barang tersebut depan mata. Ini perkembangan yang cukup positif untuk perkembangan bayi di bawah usia enam bulan.