Cukup 6 bulan anak dah boleh makan, memang seronok mama nak masak macam-macam. Seperti mama semua tahu anak bawah setahun tak perlu ditambahkan garam dan gula atau serbuk perasa dalam makanan mereka. Tapi ada sesetengahnya yang mahukan makanan anak sedap lalu menambah sedikit perasa dalam makanan anak.

Tak perlukan perasa cukup sahaja garam dan gula dalam makanan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran untuk tumbesaran anak yang lebih baik dan supaya mereka membesar tidak cerewet makan.

Anak Bawah Setahun Tak Perlu Bagi Garam, Gula. Beri Makan Bukan Nak Sedap Tapi Kenalkan Tekstur Makanan & Tambah Zat Anak Membesar!

Jangan Tambah Kicap & Sos Dalam Makanan Anak

“Tambahkah garam sikit kat puree tu bagi ada rasa sedikit… kasihan tawar sangat”

Inilah kesilapan yang sering berlaku dalam pemakanan anak anak kita. Sebenarnya, pada usia 1 tahun kebawah, makanan yang diberi bukan untuk SEDAP, tetapi untuk,

  1. Memperkenalkan tekstur makanan

2. Menambah zat makanan (selain susu ibu)

3. Memperkenalkan makanan lain selain susu ibu

4. Kenalpasti alahan.

Anak Bawah Setahun Tak Perlu Bagi Garam, Gula. Beri Makan Bukan Nak Sedap Tapi Kenalkan Tekstur Makanan & Tambah Zat Anak Membesar!

Mengapa tidak perlu tambah kicap, sos, gula dan garam?

IKLAN
  1. Buah pinggang masih baru

Ia masih dalam fasa perkembangan. Garam berlebihan menyebabkan buah pinggang perlu bekerja lebih!

  1. Deria rasa bayi sensitif

Deria rasa bayi berganda lebih sensirif berbanding orang dewasa. Walaupun tambahan sedikit garam sebenarnya ia sangat masin untuk bayi. Selain itu ia menyebabkan masalah yang berikutnya..

  1. Menjadi picky eater

Akibat sering sangat terdedah dengan makan masin/ manis mereka akan menolak makanan lain yang tawar. Pilihan mereka sudah tentu makanan segera, frozen food yang sangat banyak bahan perasa.

Selain itu, ia menyebabkan masalah lain seperti kerosakan gigi, sembelit dan masalah metabolik.

Anak Bawah Setahun Tak Perlu Bagi Garam, Gula. Beri Makan Bukan Nak Sedap Tapi Kenalkan Tekstur Makanan & Tambah Zat Anak Membesar!

Informasi telah kami kongsikan, terpulang kepada anda untuk membuat pilihan

IKLAN

*Garam dan gula semula jadi dalam buah buahan dan bahan organik lain TIDAK SAMA dengan garam, gula yang ditambah ya

Sumber: Public Health Malaysia

Anak Bawah Setahun Tak Perlu Bagi Garam, Gula. Beri Makan Bukan Nak Sedap Tapi Kenalkan Tekstur Makanan & Tambah Zat Anak Membesar!

Jom hantarkan gambar comel si pipi pau papa mama di sini! https://forms.gle/Z2vQVEbYfjhtcWxd6

Anak Bawah Setahun Tak Perlu Bagi Garam, Gula. Beri Makan Bukan Nak Sedap Tapi Kenalkan Tekstur Makanan & Tambah Zat Anak Membesar!Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat  

IKLAN

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI