Ramai yang teruja dan tak sabar untuk membuat ujian imbasan kehamilan tertutama 3D4D scan. Kebanyakkan pasangan ingin melihat wajah anak dengan jelas ketika dalam kandungan. Namun ramai yang tidak tahu tentang detailed scan dan kepentinganya.
Rasa terpanggil untuk menjelaskan, Puan Ell berkongsi mengenai detailed scan yang telah dilakukan beliau dan menerima dugaan dengan hati yang terbuka.
Bismillah. Bila tengok video Lana Nordin haritu, memang menangis teresak-esak sama. Tengok anaknya Billy, perasaan ni boleh kata nak sama walaupun belum bersua muka lagi dengan baby sendiri ni.
Sebenarnya nak kongsi benda ni bila baby dah keluar. Tapi memandangkan ramai kawan dekat FB ni berbadan dua, jadi saya kongsikan saja. Semoga bermanfaat untuk semua.
Detailed Scan lebih penting daripada 3D4D
Pesanan untuk bakal ibu dan ayah, kalau ada rezeki lebih, buatlah detailed scan masa si ibu mengandung. Lebih penting daripada buat 3D4D scan hanya untuk lihat wajah baby ikut hidung mak ke, ikut bibir ayah ke.
Detailed scan ni untuk tengok anggota-anggota badan baby secara terperinci seperti otak, jantung, buah pinggang, perut, bilangan jari tangan jari kaki, tulang belakang, kedudukan antara mata dan lain-lain.
Kepala baby yang doktor check termasuklah cecair dalam otak, saiz kepala. Tengok juga baby ada sumbing ke tak. Ada ciri-ciri down syndrome ke tak. Jantung tu tengok dinding jantung, salur darah di jantung, ada kebocoran atau tidak. Buah pinggang pula tersumbat ke tidak. Macam-macam lagi.
Boleh dibuat antara 18-28 minggu
Detailed scan ni boleh buat bila usia kandungan antara 18-28 minggu tapi lebih baik antara 18-22 minggu sebab makin besar baby makin susah nak check, susah nak detect, susah nak tengok apa yang tak normal dan sebagainya.
2 orang anak sebelum ni, memang kami tak pernah buat. Kandungan kali ni memang tergerak hati nak buat. Masa tu dah 25 minggu. Dugaan buat kami. Doktor dapat kesan ada kebocoran di jantung baby. Terus kena rujuk pakar di hospital.
Apabila scan, Baby ada masalah VSD
Mengikut doktor pakar, baby kami baby VSD iaitu mempunyai masalah “ventricular septal defects” atau kecacatan septum ventrikel. Secara spesifiknya PMVSD (Perimembranous Ventricular Septal Defects).
Tapi inshaAllah ada harapan untuk “spontaneous closure” maksudnya lubang tertutup dengan sendiri. Sama ada sebelum baby keluar, atau selepas baby keluar.
Seharian juga menangis sampai demam bila dapat tahu. Tapi alhamdulillah ada hikmahnya juga. Sekurang-kurangnya dapat tahu awal, dapatlah nasihat sedikit sebanyak dari pakar sebelum bersalin. Juga boleh bersedia dari segi mental. Boleh merancang kelahiran baby ni, juga penjagaan selepas baby keluar nanti.
Sepanjang kehamilan kali ni, memang banyak dugaannya. Terlalu penat fizikal & mental sampai kadang rasa tak nak cakap dengan sesiapa. Nak duduk rumah diam-diam macam duduk dalam gua. Malas nak layan ragam manusia. Sekarang ni masih cuba positif setiap hari, walaupun risau & gundah gulana tu tetap ada.
Detailed anatomy scan sangat penting!
Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Dalam ujian Allah pasti ada hikmah & kebaikannya. Doakan baby keluar nanti sihat walafiat, dipermudahkan kelahirannya dan tiada komplikasi; mamma dan juga baby. Aamiin ya Mujib.
Cuma saya harap semua dapat mesej yang saya nak sampaikan. Detailed anatomy scan ni penting. Buatlah.
As usual, Ell.
Extra note: Ada yang tanya kos berapa. Saya ambil pakej detailed scan + 3D4D RM150. Kalau detailed scan saja RM110. Kos bergantung kepada klinik/hospital swasta tersebut.
Tekanan darah tinggi semasa hamil sering berlaku kerana biasanya tekanan darah wanita berubah-ubah. Tekanan darah wujud apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna berpunca dari salur darah dalam uri tidak berkembang dengan sempurna.
Mommies!! Pernah mengalami darah tinggi semasa pregnant???
Nak tau kenapa sesetengah penyakit darah tinggi berbahaya semasa mengandung?
1. Pengaliran Darah ke Placenta Berkurang
-bayi akan mendapat kurang nutrien dan oksigen, dan kemungkinan turut menyebabkan pertumbuhan bayi terencat, kurang berat semasa lahir atau kelahiran pramatang.
2. Placenta Abruption atau Uri Lekang
– Preeclampsia boleh menyebabkan placenta lekang atau tercabut dari dinding uterus. Ini boleh menyebabkan pendarahan teruk dan mengancam nyawa bayi dan ibu.
3. Merencatkan Pertumbuhan Bayi
4. Kerosakan Organ-Organ Lain Seperti Buah Pinggang, Otak, Hati, Jantung, Paru-paru.
5. Kelahiran Pramatang
6. Risiko Penyakit Jantung di Kemudian Hari
Apa itu PREECLAMPSIA?
Tekanan darah tinggi selepas 20 minggu kehamilan beserta simptom-simptom kerosakan organ lainnya. Boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Boleh juga menyebabkan sawan.
Antara tanda-tanda preeclampsia ialah:
1. Protein Dalam Air Kencing
2. Sakit Kepala Yang Teruk
3. PENGLIHATAN BERMASALAH – Penglihatan Bermasalah – Menjadi kabur, hilang penglihatan sementara atau sensitif kepada cahaya
4. Sakit Perut di Sebelah Atas – biasanya sakit di bawah tulang rusuk kanan
5. Loya atau Muntah
6. Kurang Platelet dalam Darah
7. Hati Tidak Berfungsi Dengan Baik
8. Susah Bernafas, Termengah-mengah
Apa perlu anda lakukan sekiranya anda mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung??
1. Hadir temujanji klinik prenatal sepanjang kehamilan
2. Makan ubat yang diberi doktor. Doktor anda akan memberi ubat yang sesuai dan selamat diambil semasa mengandung.
3. Kekal aktif
4. Ambil makanan yang sihat dan seimbang
5. Jangan merokok, mengambil dadah atau minum minuman beralkohol.
Usahawan kosmetik popular, Datin Rita Sosilawati berkongsi kini dirinya hamil 14 minggu. Rita atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Buhari berkongsi berita gembira itu dalam hantaran terbaru di akaun instagram miliknya.
Menurut Rita, dia bersyukur kerana diberi peluang untuk sekali lagi merasai nikmat memiliki cahaya mata selepas gugur pada awal tahun 2022.
“Hari Jumaat yang baroqah ini, saya ingin mengumumkan saya sudah hamil 14 minggu. Dah tak boleh nak sorok perut dah.
“Awal tahun 2022 saya keguguran..Memang sedih tetapi dengan doa yang tidak putus-putus..Allah ganti balik rezeki baby untuk saya akhir tahun ini.
“Percaya pada rezeki Allah, terima kasih Ya Allah. Aku sangat bersyukur pada Mu. Alhamdulillah untuk rezeki Allah yang sangat berharga ini.
“Doakan saya dan baby sihat ya sehingga proses melahirkan nanti,” tulisnya.
Sebelum ini, Rita mengalami keguguran ketika kandungan berusia 10 minggu.
Terdahulu Rita mendirikan rumah tangga dengan Datuk Khamarulzaman Mohammad hanafiah pada 4 Disember 2011.
Pasangan tersebut kemudian dikurniakan empat cahaya mata iaitu Kaisar Raees, 10, Khalid Rashad, 9, Khaylila Rafaahiyah, 7, dan Khalil Rizqullah, 5.
Tya Arifin mengakui sekarang merupakan masa yang tepat untuk dirinya hamil anak kedua.
Menurut menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia dan suami, Asyraf Khalid sudah bersedia dan tidak merancang tunggu lama-lama menimang cahaya mata seterusnya.
“Alhamdulillah ini merupakan rezeki bagi kami untuk mendapatkan anak kedua.
“Kami memang tidak bercadang untuk tunggu lama-lama untuk anak seterusnya kerana sekarang merupakan masa yang tepat untuk Arif dapat adik.
“Insya-ALLAH bila lahir anak kedua ini nanti Arif sudah berusia dua tahun lebih.
“Saya juga tidak mengalami sebarang alahan yang teruk kali ini berbanding ketika mengandungkan Arif dulu,” katanya kepada Gempak.
Sebelum ini Tya berkongsi berita gembira ini dengan mengumumkan di Instagram yang dirinya sedang hamil empat bulan dan Arif akan menjadi abang.
Berita gembira ini telah mendapat ucapan tahniah dari semua peminatnya dan Tya turut mengharapkan doa dari orang ramai agar dia dan kandungannya sentiasa sihat.
Sumber: ig Tya Arifin & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.