Ibu bapa mana yang tidak mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Memahami akan setiap perkembangan anak sejak kecil tanda anda adalah ibu bapa yang cukup prihatin dan mengambil berat setiap perkembangannya.

Meneliti setiap perkembangan anak bermula dari waktu bayi adalah yang seharusnya mak ayah lakukan bagi memeriksa sama ada anak terlambat dalam perkembangannya mahupun tidak.

Bimbang Anak Terlewat Perkembangannya, Ini Check List Anak Dari 1-5 Tahun!

Keupayaan seperti mengambil langkah pertama, tersenyum dan melambai adalah titik perkembangan anak atau development milestones.

Secara amnya, ia adalah perkara yang dapat dilakukan kebanyakan kanak-kanak pada usia tertentu. Pun begitu, ada juga anak yang mungkin berdepan dengan lewat pembangunan atau development delay. Periksa perkembangan anak kecil anda melalui check list ini:

Bimbang Anak Terlewat Perkembangannya, Ini Check List Anak Dari 1-5 Tahun!

#Usia 1

Fizikal
– Menarik badan untuk berdiri dan berjalan sambil memegang perabot
– Mula untuk bertatih
– Makan dengan sudu
– Minum dengan cawan

Sosial
– Meneroka sekeliling dengan pemantauan ibu bapa
– Sedar apabila terpisah daripada individu lain
– Malu atau gementar dengan individu tidak dikenali
– Anak kecil mula menunjukkan kasih sayang dan tantrum

Kognitif
– Boleh mencari objek tersembunyi
– Tahu bahagian tubuh
– Melambai ‘bye bye’
– Mula menyebut ‘mama’ dan ‘dada’

#Usia 2

Fizikal
– Berdiri sambil menjengketkan kaki (tiptoe)
– Menendang bola
– Mula berlari
– Memanjat dan turun perabot tanpa bantuan

IKLAN

Sosial
– Mengikut tingkah laku individu lain
– Lebih berdikari
– Seronok apabila bersama kanak-kanak lain
– Mengetahui nama individu yang dikenali

Kognitif
– Bermain permainan mudah
– Membezakan warna dan bentuk
– Membentuk dan menyebut ayat antara 2 hingga 4 patah perkataan

Bimbang Anak Terlewat Perkembangannya, Ini Check List Anak Dari 1-5 Tahun!

#Usia 3

Fizikal
– Memanjat dengan baik
– Berlari dan berjalan naik turun tangga dengan mudah
– Menaiki basikal roda tiga
– Boleh membaling bola

Sosial
– Meniru gaya individu dewasa dan rakan
– Mempamerkan kasih sayang dan keprihatinan
– Fahami maksud ‘milik saya’ atau ‘miliknya’
– Dapat memakai dan menanggalkan pakaian dengan sendiri
– Boleh berpisah dengan mudah daripada ibu ayah

Kognitif
– Boleh bermain dengan permainan yang bergerak
– Bermain pretend dengan mainan atau individu
– Memahami arahan di atas, di dalam atau di bawah
– Boleh menyebut nama penuh
– Mengikuti 2 atau 3 arahan, seperti “Buka pakaian dan masukkan ke dalam bakul”

Bimbang Anak Terlewat Perkembangannya, Ini Check List Anak Dari 1-5 Tahun!

IKLAN

#Usia 4 & 5

Fizikal
– Perkembangan kanak kanak pada usia ini mereka mampu berjalan naik turun tangan dengan bergantian kaki
– Boleh menggunakan tandas sendiri
– Makan sendiri menggunakan sudu dan garpu perkembangan kanak kanak

Sosial
– Suka dikelilingi oleh rakan sebaya
– Cenderung untuk mengikuti peraturan
– Boleh memahami giliran dalam permainan
– Suka menyanyi, menari dan berlakon

Kognitif
– Bermain dengan permainan mekanikal
– Boleh melukis individu dengan anggota tubuh
– Memahami konsep masa
– Tahu nama dan alamat

Bimbang Anak Terlewat Perkembangannya, Ini Check List Anak Dari 1-5 Tahun!

Lewat perkembangan pada anak kecil
Sekiranya perkembangan anak kecil anda tidak seperti pencapaian biasa yang disarankan, bertenang! Ini kerana, setiap anak membesar mengikut rentak mereka sendiri.

Umumnya, kesukaran dalam mencapai tahap perkembangan kanak kanak dalam kemahiran berbahasa, berfikir, sosial atau motorik disebut sebagai kelewatan perkembangan (developmentaldelay).

Seperkara yang perlu anda fahami, lewat perkembangan adalah berbeza dengan ketidakupayaan perkembangan (development disabilities).

IKLAN

Ia merangkumi keadaan seperti cerebral palsy, kehilangan pendengaran serta gangguan spektrum autisme (ASD) dan ia biasanya kekal seumur hidup.

Jika anda mengesyaki anak mungkin mengalami lewat perkembangan, berbincanglah dengan pakar pediatrik. Terdapat banyak punca yang boleh menyumbang kepada lewat perkembangan kanak kanak, seperti:

Bimbang Anak Terlewat Perkembangannya, Ini Check List Anak Dari 1-5 Tahun!

* Kelahiran pramatang
* Keadaan genetik seperti sindrom Down
* Masalah penglihatan atau pendengaran
* Kekurangan zat makanan
* Penggunaan alkohol atau dadah semasa kehamilan
* Penderaan atau pengabaian fizikal
* Kekurangan oksigen semasa bersalin

Berilah perhatian dan periksa check list yang diberikan untuk melihat sejauh mana perkembangan anak anda.

Berikan anak sedikit masa jika anak terlewat dalam perkembangannya. Bawalah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui tahap perkembangan anak kecil kita. Jangan terlambat.

Artikel berkaitan: Kesian Usia 3 Tahun Tapi 13 Patah Perkataan Je Boleh Sebut, Doktor Kongsi Aktiviti Rangsang Perkembangan Anak

Manja Terlampau Boleh Jejaskan Perkembangan Anak, Latihlah Anak Berdikari

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: hellodoktor.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI