Selain puri dan bubur nasi ibu juga boleh berikan biskut bayi untuk si comel apabila dia mencecah usia 7 bulan.

Biskut berfungsi menjadikan stimulasi untuk si kecil. Yang penting biskut yang disediakan mestilah sesuai untuk bayi, tak keras dan tanpa garam serta gula. Apakata mama cuba resipi biskut bakar kurma yang mudah ini. Selamat mencuba!

Ni kali ke 3 Dya bakar biskut kurma untuk baby Aali. Kali pertama dan kedua tak menjadi.

Biskut Bakar Kurma Versi Baby ‘Superb’ Sedap, Cair Dalam Mulut!

Hasil biskut kurma baby yang mencair dalam mulut

Kali ke 3 ni cuba satu lagi resepi hasil perkongsian kat fb jugak. Ok, kalini menjadi sebab tips untuk biskut tak rapuh, tapi mencair dalam mulut adalah kena pastikan adunan tepung gandum dan tepung jagung sama rata. NISBAH 1:1

Biskut Bakar Kurma Versi Baby ‘Superb’ Sedap, Cair Dalam Mulut!

gambar kiri: adunan tak melekat kat tangan dah

IKLAN

gambar kanan : sebelum bakar biskut kurma baby

Resepi asal dari FB guna susu tepung & pisang sebagai perasa biskut. Tapi, Dya olah balik resepi ni guna kurma dan sweet potato. Tak guna langsung susu tepung. Hasilnya menjadi jugak!

Biskut Bakar Kurma Versi Baby ‘Superb’ Sedap, Cair Dalam Mulut!

Bahan biskut untuk baby Aali:

1 cawan tepung gandum (unbleaced faiza)
1 cawan tepung jagung
15 atau lebih kurma (disteam dan dilenyek)
1/2 biji sweet potato (direbus dan dilenyek)
250gm unsalted butter

IKLAN

Biskut Bakar Kurma Versi Baby ‘Superb’ Sedap, Cair Dalam Mulut!

**cawan dya guna macam gambar di bawah. Tambah 1 cup biru untuk bagi tepung tak lekat kat tangan dah. Tips biskut tak rapuh tapi melt dalam mulut, kena make sure adunan tepung jagung dan gandum sama nisbah 1:1

Cara bakar biskut bayi (8 bulan ke atas)

Campurkan butter dengan sweet potato & kurma. Gaul dan make sure isi kurma dan sweet potato hancur. Gaul rata

Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung sikit demi sedikit. Uli sampai adunan tak melekat kat tangan. Kalau melekat tambah lagi tepung tapi pastikan tepung tu nisbah 1:1

IKLAN

Dah siap uli, bakar dalam oven 150º 30 minit (ni yang dya buat untuk biskut bentuk buat lenyek garfu)

Untuk suhu dan masa kena test and error. Cuba dulu 120º 15 minit, tengok masak ke tak. Kalau tak masak, extend masa.

Biskut Bakar Kurma Versi Baby ‘Superb’ Sedap, Cair Dalam Mulut!

Hasil selepas bakar. Bukan baby je suka, dengan mak baby pun ikut makan. Haha! Baby Lee excited mamam biskut kurma dia.

Kredit: Sedapfood

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI