Kuih Lompang Labu, Warna Kuning Keemasan Pikat Selera Anak Nak Makan

Kuih lompang labu boleh dicuba sebagai menu kuih muih untuk dihidangkan pada anak-anak. Sama ada untuk sarapan pagi mahupun minum petang, kuih lompang labu ini antara alternatif menu yang sesuai dinikmati anak-anak yang cerewet perihal makanan.

Warna kuning pada kuih lompang mampu menarik perhatian anak-anak untuk makan. Buah labu banyak khasiatnya untuk anak-anak. Jadi mama boleh mula perkenalkan anak makan sajian berasaskan buah labu.

Biasanya labu kita jadikan cekodok, apam, kuih lapis atau dimasak bersama sayur. Rupanya boleh juga diadun dalam adunan lompang. Sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian Mak Frida @ fridajoincoffee ini. Pasti puas hati.

RESIPI KUIH LOMPANG LABU KUNING

Kuih Lompang Labu, Warna Kuning Keemasan Pikat Selera Anak Nak Makan

BAHAN-BAHAN:

250gm labu – kukus
125gm tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
150gm gula
125ml air
Kelapa parut secukupnya
Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Kisar halus labu yang dikukus tadi hingga menjadi puri.

2. Satukan puri labu, tepung beras, tepung jagung dan gula pasir. Adun sebati sambil dimasukkan air. Pastikan sebati dan tidak berketul.

3. Ambil acuan lompang dan oleskan sedikit minyak. Panaskan juga periuk kukusan sehingga mendidih dan naik wap.

Kuih Lompang Labu, Warna Kuning Keemasan Pikat Selera Anak Nak Makan

4. Tuang adunan lompang ke dalam acuan hingga penuh. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.

IKLAN

5. Keluarkan kuih lompang dari acuan dan letakkan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam dengan secukupnya. Hidangkan.

Buah-buahan dan sayur-sayuran terdapat dalam pelbagai warna. Setiap warna mempunyai keunikan tersendiri dalam melindungi penyakit. Bahan ini dikenali sebagai fitokimia. Fitokimia inilah yang memberikan warna yang menyerlah pada buah-buahan dan sayur-sayuran

APAKAH FUNGSI FITOKIMIA?

Selain daripada membekalkan warna yang menarik pada buah dan sayur, fitokimia juga berfungsi sebagai antioksida semula jadi yang berupaya untuk mencegah penyakit tertentu seperti kanser dan penyakit jantung serta meningkatkan sistem pertahanan badan.

IKLAN

Fitokimia yang terdapat di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan adalah seperti:

*Lycopene
*Anthocyanins
*Beta-karotin

APA ADA DALAM WARNA?

Kuning/Jingga
Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning-jingga kaya dengan karotenoid yang dikenali sebagai beta-karotin. Beta-karotin akan ditukar menjadi vitamin A.

Beta-karotin yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna kuning-jingga seperti keledek, lobak merah dan labu membantu dalam peningkatan sistem pertahanan tubuh dan kesihatan mata.

KHASIAT LABU: 

Kuih Lompang Labu, Warna Kuning Keemasan Pikat Selera Anak Nak Makan

Kredit resipi & foto: Mak Frida @ fridajoincoffee Kementerian Kesihatan Malaysia dan myhealth.gov.my 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI