Resipi kuih lompang berlauk paling mudah untuk disediakan. Kalau tiada daging segar, tiada masalah. Boleh sahaja guna daging burger untuk masak rendang. Rendang kita buat lebih sedikit. Nanti bolehlah makan dengan roti dan juga nasi impit.

Anak Nak Makan Kuih Lompang Berlauk

Anak-anak mesti suka sebab rasa lemak-lemak kuih lompang yang dimakan bersama rendang. Untuk anak yang masih kecil mama kurangkan sedikit tahap kepedasannya. Jom kita cuba resipi kuih lompang berlauk seperti yang dikongsikan oleh Zainoor Aliza Ali ini.

Resipi Kuih Lompang Berlauk

Anak Nak Makan Kuih Lompang Berlauk, Tak Ada Daging Segar, Boleh Guna ‘Patty Burger’

Bahan untuk rendang:

10 keping daging burger (dipotong enam bahagian)
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 sudu kecil serbuk kunyit
20 tangkai cili padi
1 senduk rata cili kering kisar
2 sudu besar ketumbar (disangai dan dikisar halus)
1 sudu kecil jintan manis (disangai dan dikisar halus)
1 sudu kecil jintan putih (disangai dan dikisar halus)
4 batang serai (dititik)
1 cawan santan kara
3 cawan air
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit (dimayang)
Garam

Tak Ada Daging Segar, Boleh Guna ‘Patty Burger’

Cara membuat:

1. Bahan-bahan seperti  bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, serbuk kunyit, cili padi dan cili kering kisar, dikisar halus dan ditumis hingga agak garing.

2. Masukkan ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Kacau sekata.

3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan seketika hingga terbit airnya.

4. Masukkan santan dan air. Masaklah hingga likat. Masukkan serai.

IKLAN

Anak Nak Makan Kuih Lompang Berlauk, Tak Ada Daging Segar, Boleh Guna ‘Patty Burger’

 

Anak Nak Makan Kuih Lompang Berlauk, Tak Ada Daging Segar, Boleh Guna ‘Patty Burger’

5. Perlahankan api. Masukkan kerisik dan garam.

6. Apabila sudah agak kering, masukkan daun kunyit. Kacau seketika. Ketepikan.

Bahan lompang:

1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
4 cawan air
1 sudu besar air kapur
Garam
Pewarna kuning

IKLAN

Cara membuat:

1. Kacau sebati kesemua bahan dan ketepikan.

2. Sapu minyak pada acuan.

3. Didihkan air kukusan. Apabila air telah mendidih panaskan acuan sekejap kemudian keluarkan.

4. Kacau bancuhan sebelum dimasukkan ke dalam acuan untuk elak mendapan. Sudukan ke dalam acuan. Kukus selama 10-12 minit.

Anak Nak Makan Kuih Lompang Berlauk, Tak Ada Daging Segar, Boleh Guna ‘Patty Burger’

 

IKLAN

Anak Nak Makan Kuih Lompang Berlauk, Tak Ada Daging Segar, Boleh Guna ‘Patty Burger’

 

Anak Nak Makan Kuih Lompang Berlauk, Tak Ada Daging Segar, Boleh Guna ‘Patty Burger’

5. Biarkan sejuk. Apabila sudah sejuk bolehlah dikeluarkan. Sudukan rendang daging burger yang telah siap dimasak tadi. Bolehlah dihidangkan.

INFO:

*untuk bancuhan ini boleh dapat 47  hingga 50 biji kuih lompang.
*untuk bancuhan ini kalau guna tepung beras cap teratai, kurangkan air kepada 3 3/4 cawan)

Sumber kredit: Zainoor Aliza Ali

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI