Biskut antara juadah hari raya yang wajib ada di rumah. Walaupun pelbagai jenis biskut dengan olahan menarik tetapi bagi yang menggemari biskut cornflakes pasti tetap menjadi pilihan.

Nak tahu resepi biskut cornflakes yang sangat sedap, wangi, ranggup, lemak berkrim, patut cuba resipi Nur Masri. Teksturnya adalah rangup di luar dan cukup semua rasanya. Anak-anak pasti menggemarinya di hari raya.

Biskut Cornflakes Wangi, Ranggup & Lemak Berkrim! Resipi Legend, Paling Mudah Buat

Biskut Cornflakes Wangi, Ranggup & Lemak Berkrim

Resepi:

– 2 cawan tepung gandum
– 1/2 cawan tepung jagung
– 1/2 sudu teh baking powder
– 2 cawan cornflakes ramas kasar untuk adunan
– 250g pure butter SCS (suhu bilik)
– 3/4 cawan gula kastor

– 1 biji telur
– 1 sudu teh esen vanilla
– ceri merah (tak letak pun tak apa)
– 1 cawan cornflakes yang diramas untuk golek.

IKLAN

Biskut Cornflakes Wangi, Ranggup & Lemak Berkrim! Resipi Legend, Paling Mudah Buat

Cara-cara:

– Gula dan butter di pukul dalam 5 minit… Boleh guna whisk dan masukkan telur

– Kemudian masukkan campuran tepung dan cornflakes serta baking powder

IKLAN

– Gaul sebati

– Panaskan oven terlebih dahulu 170 selama 10 minit

Biskut Cornflakes Wangi, Ranggup & Lemak Berkrim! Resipi Legend, Paling Mudah Buat

– Bulatkan sedikit adunan, golek di atas cornflake yang diramas letak ceri diatas, susun pada loyang dan buat sampai habis.

IKLAN

Biskut Cornflakes Wangi, Ranggup & Lemak Berkrim! Resipi Legend, Paling Mudah Buat

– Bakar selama 20-25 minit guna api atas bawah.

Biskut Cornflakes Wangi, Ranggup & Lemak Berkrim! Resipi Legend, Paling Mudah Buat

P/s: selepas bulatkan adunan saya akan golek dulu dalam cornflakes yang diramas. Lagi sedap dan rangup rasa biskut tu.  Selamat mencuba, memang sedap. Resepi lama berwajah baru letak ceri.

Kredit Resipi: Nur Masri

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI