Terasa nak makan biskut, tak perlu tunggu hari raya dah sekarang. Asal rajin, semua boleh buat. Lagi-lagi ibu suri rumah, bila ada anak yang asyik nak mengunyah kadang buntu juga nak buat apa lagit.
Kali ni boleh cuba buat biskut viral iaitu Red Pearl Cookies yang menggunakan cornflakes dan coklat chip. Pasti anak-anak suka sangat. Rasa manis coklat chip, dan kenyal-kenyal ceri tu yang sedap.
Paling mudah nak buat biskut ni sebab semuanya gaul-gaul je. Tak perlu nak guna mixer pun. Bolehlah panggil anak-anak buat sama-sama untuk cipta momen yang best dengan mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mesti ramai yang tercari-cari resipi biskut cornflakes yang ranggup dan manis sesedap rasa. Biasanya bahan asas biskut ini akan menggunakan cornflakes, madu dan butter.
Bagaimanapun untuk resipi kali ini, mama boleh cuba buat sedikit kelainan. Yang pastinya cara membuatnya juga mudah.
Resipi biskut cornflakes Anie Dza lain sedikit kerana butter dan gula icing dipukul hingga kembang.
Nampak macam cornflake madu tapi cara nya buatnya tak sama. Sebabnya saya tak cairkan butter atas api.
Kalau ikut citarasa saya yang ni lagi rasa lemak butter. Sangat sedap. Krup krup tengok-tengok dah habis sebalang. Ini resipinya. Ibu-ibu boleh buat sebab senang sangat-sangat.
Bahan-bahan dan cara membuatnya:
250 gram butter
1 cawan gula icing
Gaul (pukul) guna spatula atau whisk sampai sedikit kembang.
Lepas tu masukkan
1 biji kuning telur
3 sdb susu pekat
3 sdb madu
Pukul lagi sampai betul-betul sebati.. Ok siap.
500 gram cornflake (saya guna yang timbang je).. Masukkan dalam 1 bekas besar (senang nak gaul nanti).
Tuang bahan campuran butter tadi ke dalam cornflake.. Gaul sebati.. Bagi semua kena. Okey siap.
Masukkan dalam paper cup. Tabur manik urai yang bulat-bulat kecil tu. Okey bakar 180°c.. 15-20 minit.
Okey siap.. Selamat mencuba semua. Saya halalkan resepi ni.
Ketika berkumpul bersama sanak keluarga di hujung minggu, acara BBQ pasti tidak terlepas dalam acara keluarga. Apa kata selain ayam dan daging panggang, selitkan sekali resipi Skewer ini dalam menu anda.
Paling penting tambahkan sekali potong sayur untuk lebih sihat. Jom cuba resipi Skewer rebutan ramai ini.
Suami minta buatkan skewer daging untuk bbq esok hari. Dengan pantasnya pergi beli bahan.
Bahan-Bahan:-
Daging Lembu 2kg
Capsicum (cili benggala) 4 biji
Bawang Holland 3 biji
Sos bbq 1 botol kecik
Sos black papper 1 botol kecik
Batang lidi
Basuh & potong daging lembu dengan saiz 4 segi sederhana.
Capsicum & bawang Holland pun potong kecik bentuk 4 segi.
Satukan bahan-bahan dan letak sos bbq & sos black papper. Perap semalaman.
Dah siap perap, cucuk je. Tak kesah nak panjang mana.
Siap!
* Nak letak baby tomato pun boleh dekat hujung lidi tu. * Gantikan ayam pun boleh je. * 2kg daging dapat anggaran 57 cucuk. * Capsicum tu beli 3 warna untuk nampak lagi menarik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Resipi: Nur Aqilah Jufri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang mama dah buntu nak sediakan menu untuk makan pagi atau sebagai kudapan makan petang.
Mama boleh jadi lebih kreatif dengan hanya menyediakan roti pisang rangup dan yang paling penting bahan-bahanya sangat simple! Selamat mencuba.
ROTI PISANG RANGUP SEDAP YAKKMATT.👍
Bahan senang dapat.
Bahan-bahan:
Roti gardenia keping
Pisang masak
Majerin
Kuning telor
Gula perang (takde pon letak je gula putih tapi jangan tabur banyak)
Cheddar cheese (ni takde pon takpa. Tabur je gula.)
Cara-cara:
1- Sapu majerin atas roti.
2- Susun pisang ikot kreatif sendiri.
3- Sapu lagi mejerin dan sapu kuning telur.
4- Tabur cheddar cheese atau gula perang.
5- Bakar dengan suhu 180°c, 5-7minit.
Siap!
Kredit : Hamizah Zakaria
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pendidikan merupakan kunci utama pembangunan negara. Namun, dalam dunia yang serba pantas ini, masih ramai kanak-kanak yang terpinggir dalam sistem pendidikan kerana kelainan cara...