Selain brownies kedut yang menjadi kesukaan ramai kerana rasa coklat yang padat dan teksturnya kenyal, anda boleh cuba buat brownies cookies pula.

Tak menggunakan mixer cuma pukul perlahan-lahan dah cukup buatkan brownies cookies yang anda sediakan itu jadi pilihan anak-anak.

RESIPI MENARIK [Popia Nestum Crunchy. Sedap, Buatnya Pun Sangat Mudah!]

Bagi mendapatkan bentuk bulat yang sama dan nipis anda boleh gunakan mat yang dikhaskan untuk brownies cookies. Biasanya boleh didapati di kedai menjual barang-barang kek dan biskut. Berbaloi sangat buat sendiri berbanding beli tau!

Brownies Cookies Ranggup & Chewy. Senang, Tak Rugi Buat Sendiri!

Resipi yang dikongsikan oleh Chef Fauzi Karim ini boleh dicuba oleh semua. Sangat mudah!

IKLAN

Resepi Brownies Cookies

Bahan-bahan:

2biji telur
140gm gula icing
Sedikit Esen vanila
100gm tepung kek
240gm coklat coins
80gm unsalted butter
Peanut

IKLAN

Brownies Cookies Ranggup & Chewy. Senang, Tak Rugi Buat Sendiri!Cara-caranya

Pukul telur dengan kadar yang biasa. Tak mahu laju-laju tau. Manja-manja dah cukup. Masukkan gula icing. Sama juga. Gaul. Esen vanila. Gaul. Masukkan tepung. Gaul.

Panaskan coklat coins+unsalted butter secara double boiled.

IKLAN

Brownies Cookies Ranggup & Chewy. Senang, Tak Rugi Buat Sendiri!

Bila dah cair dan sebati, terus masukkan dalam adunan tepung, gula dan telur tadi tu. Bila dah sebati, masukkan dalam piping bag dan piping atas mat. Jangan lupa tabur peanut ya.

Brownies Cookies Ranggup & Chewy. Senang, Tak Rugi Buat Sendiri!Masukkan dalam oven dengan suhu 140’c selama 30 minit.

RESIPI WAJIB CUBA [Cornflakes Madu Rasa Lemak Butter. Lagi Sedap! Makan Sekali Susah Nak Berhenti!]

Kredit Resipi: Fauzi Karim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI