Snek secara perlahan-lahan telah menjadi antara pilihan makanan utama pada kanak-kanak seluruh dunia. Kanak-kanak pada masa kini lebih mengambil dan memakan snek sepanjang aktiviti seharian mereka. Anda harus menyedari bahawa tabiat pemakanan sebegini bukan sahaja menjejaskan selera makan, malah ia boleh menjadi punca obesiti dan penyakit berkaitan pertambahan berat badan dalam kalangan kanak-kanak kecil. Baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai snek untuk kanak-kanak.

Boleh Nak Bagi Anak Snek Sihat Tapi Ikut Saranan Daripada Pakar Pemakanan

Tabiat pengambilan snek yang sihat boleh dilakukan dengan mengikuti petua daripada pakar pemakanan profesional:

Waktu snek untuk kanak-kanak perlu berjadual

IKLAN

Ramai ibu bapa kecewa apabila anak mereka hadir ke meja makan pada waktu makan tetapi tidak mahu makan. Walaupun selera makan kanak-kanak mungkin berubah setiap hari, tabiat memakan snek mungkin menjadi punca kepada penolakan untuk makan. Terdapat sesetengah ibu bapa yang membiarkan anak mereka memakan biskut atau gula-gula sebelum waktu makan, yang secara tidak langsung mengurangkan keinginan mereka untuk memakan hidangan makanan utama. Adalah terbaik untuk mengelakkan sebarang snek sekurang-kurangnya sejam sebelum waktu makan. Jika anak anda berasa lapar sebelum waktu makan, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk mempercepatkan sedikit waktu makan.

Snek pilihan untuk berjalan-jalan

IKLAN

Makan di dalam kereta mungkin dapat membantu mengalihkan perhatian atau membuatkan anak anda sibuk daripada menjadi nakal atau meragam kerana kelaparan. Walau bagaimanapun, memakan snek dalam perjalanan kereta atau pada bila-bila masa, mungkin akan menyukarkan anak anda untuk fokus kepada makanan dan mengetahui isyarat sebenar apabila lapar atau kekenyangan. Ini membuatkan mereka makan secara berterusan. Untuk menghindari masalah ini, ibu bapa perlu membawa snek dalam kuantiti yang kecil dan mudah di bawa seperti biskut bijirin gandum untuk menghadapi saat-saat kelaparan anak anda. Anda juga harus menyediakan gangguan lain seperti mainan, muzik, permainan video atau buku untuk mengelakkan keinginan mereka kepada makanan ringan.

IKLAN

Sediakan snek sihat buat anak anda

Jika diberikan dalam jumlah yang betul, anak anda mungkin dapat memperolehi manfaat snek dalam pelbagai cara yang positif. Kanak-kanak sangat terkenal dengan sikap memilih apabila berkaitan dengan soal makanan. Ia mungkin memerlukan usaha yang banyak untuk menjadikan mereka kekal di meja makan dan menghabiskan hidangan makanan. Snek yang sihat boleh menjimatkan masa makan. Sediakan buat anak anda snek seperti buahan yang dipotong kepada bahagian-bahagian tertentu bersama sandwic dan madu, sayuran, bijirin gandum atau sebarang produk tenusu. Atau anda boleh menyedia sandwic dengan jem dan mentega, dan simpannya di dalam peti sejuk supaya anak anda boleh memakannya apabila mereka lapar.

Memakan snek tidaklah sentiasa melibatkan sesuatu yang tidak sihat. Ada masanya, ia boleh menyokong pengambilan nutrisi untuk badan. Dalam masa yang sama, anda patut menyedari makanan ringan yang tinggi kandungan tenaga seperti kerepek kentang, gula-gula atau biskut, mungkin cenderung menyebabkan potensi pertambahan berat badan dan obesiti pada zaman kanak-kanak. Walau bagaimanapun, mengelakkan snek bukanlah satu penyelesaian terbaik. Anda hanya perlu menghadkan masa pengambilan dan kuantiti snek untuk kanak-kanak.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI