Bomba berjaya selamatkan warga emas hidap strok terperangkap banjir di Sri Muda. Seorang warga emas yang terlantar akibat serangan strok berjaya diselamatkan daripada terperangkap dalam rumahnya yang dilanda banjir kilat di Taman Iswara Sri Muda, Seksyen 25.

Bomba Berjaya Selamatkan Warga Emas Hidap Strok Terperangkap Banjir Di Sri Muda

Bomba Berjaya Selamatkan Warga Emas Hidap Strok Terperangkap Banjir Di Sri Muda

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut sekitar jam 8.50 pagi. Hasil tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini berjaya menyelamatkan warga emas tersebut.

Ads

“SETIBANYA DI LOKASI DAN SELEPAS MELAKUKAN PENILAIAN AWAL, KAMI DAPATI MEMANG BERLAKU BANJIR KILAT MELIBATKAN SEORANG WANITA WARGA EMAS YANG TIDAK DAPAT BERGERAK SENDIRI DAN MEMERLUKAN PEMINDAHAN SEGERA,” KATANYA DALAM SATU KENYATAAN.

Mangsa berjaya dikeluarkan dari kediamannya dan diserahkan kepada ahli keluarga untuk dibawa ke lokasi yang lebih selamat.

Bomba Berjaya Selamatkan Warga Emas Hidap Strok Terperangkap Banjir Di Sri Muda

Ads

Ahmad Mukhlis turut memaklumkan bahawa sebuah jentera bersama beberapa anggota telah ditempatkan di kawasan terbabit sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan banjir kilat yang berlaku menyebabkan air naik setinggi paras lutut.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau sebelum ini menyatakan bahawa beberapa kawasan di Selangor mengalami banjir kilat berikutan hujan lebat berpanjangan sejak awal pagi. Antara daerah yang terjejas ialah Petaling, termasuk Kampung Tengah di Puchong, di mana sekitar 20 buah rumah dilaporkan dinaiki air dengan kedalaman banjir mencecah 0.61 meter.

Ads

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI