Persediaan banjir untuk ibu-ibu mengandung, panduan lengkap. Musim banjir boleh menjadi satu cabaran besar bagi semua, terutamanya bagi ibu-ibu mengandung. Keadaan ini memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi untuk memastikan keselamatan diri dan bayi dalam kandungan.
Persediaan Banjir Untuk Ibu-Ibu Mengandung: Panduan Lengkap
Berikut dikongsikan langkah-langkah persediaan khusus bagi ibu-ibu mengandung untuk menghadapi musim banjir.
Mengapa Persediaan Tambahan Penting bagi Ibu Mengandung?
Ibu mengandung memerlukan perhatian khas kerana keadaan fizikal dan kesihatan mereka yang lebih sensitif. Dalam situasi banjir, mereka mungkin menghadapi:
*Risiko kesihatan seperti jangkitan kuman daripada air banjir.
*Kesukaran bergerak untuk berpindah ke tempat selamat.
*Kekurangan akses kepada keperluan perubatan seperti pemeriksaan rutin atau rawatan kecemasan.
Oleh itu, persediaan awal adalah kunci untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan ibu serta bayi.
Langkah-Langkah Persediaan Sebelum Banjir
1.Sediakan Beg Kecemasan Ibu Mengandung
Pastikan beg kecemasan khas disediakan dengan barang berikut:
*Kad kesihatan ibu mengandung.
*Vitamin pranatal dan ubat-ubatan yang diperlukan.
*Pakaian selesa termasuk pakaian bersalin.
*Tuala wanita untuk kegunaan selepas bersalin, sekiranya diperlukan.
*Barangan bayi seperti lampin, pakaian bayi, dan selimut.
Ads
2.Kenal Pasti Hospital Berdekatan
Cari lokasi hospital, klinik, atau pusat bersalin yang terdekat dengan kawasan kediaman anda. Pastikan anda tahu laluan selamat untuk ke sana semasa banjir.
3.Rancang Pemindahan Awal
Jika kawasan kediaman anda sering dinaiki air, buat perancangan untuk berpindah lebih awal sebelum keadaan menjadi kritikal.
4.Maklumkan Kepada Ahli Keluarga
Beritahu keluarga anda tentang keadaan semasa kehamilan dan sebarang keperluan khas. Ini akan membantu mereka bersedia untuk membantu anda semasa kecemasan.
5.Simpan Nombor Kecemasan
Pastikan anda mempunyai nombor telefon penting seperti hospital, ambulans, dan pihak berkuasa tempatan.
Langkah-Langkah Semasa Banjir
Jangan Panik
Ads
Kekal tenang dan fokus pada keselamatan anda. Elakkan melakukan pergerakan yang membebankan tubuh.
Pindah ke Tempat Selamat
Sekiranya diarahkan, segera pindah ke pusat pemindahan yang disediakan. Pilih lokasi yang mempunyai kemudahan perubatan.
Bawa Beg Kecemasan
Jangan lupa membawa beg kecemasan yang telah disediakan. Pastikan dokumen kesihatan seperti rekod pemeriksaan kehamilan sentiasa bersama anda.
Minum Air Bersih
Kekal hidrasi dengan meminum air bersih. Elakkan meminum air yang tercemar kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti cirit-birit.
Jaga Kebersihan
Pastikan kebersihan diri terjaga, terutama di kawasan sensitif, untuk mengelakkan jangkitan.
Langkah-Langkah Selepas Banjir
Ads
Lakukan Pemeriksaan Kesihatan
Selepas banjir reda, kunjungi klinik atau hospital untuk pemeriksaan kehamilan bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi.
Pantau Tanda-Tanda Bahaya
Segera dapatkan rawatan jika mengalami tanda-tanda seperti sakit perut yang luar biasa, pendarahan, atau kurang pergerakan bayi.
Pastikan Rumah Selamat
Sebelum kembali ke rumah, pastikan ia bersih daripada sisa banjir dan selamat untuk diduduki.
Persediaan banjir bagi ibu-ibu mengandung memerlukan perhatian khas untuk memastikan keselamatan mereka dan bayi dalam kandungan. Dengan perancangan awal, kesedaran, dan kerjasama keluarga, risiko semasa musim banjir dapat dikurangkan. Ingatlah bahawa kesihatan dan keselamatan ibu serta bayi adalah keutamaan utama dalam situasi kecemasan seperti ini.
Setiap kali bayi lahir dan kelihatan kuning, mesti ada ‘doktor-doktor kampung’ yang bagi pelbagai nasihat. Ada yang betul, ada juga yang langsung tak masuk akal — tapi masih diamalkan. Dalam artikel ini, kita akan bongkar mitos-mitos popular tentang bayi kuning dan padankan dengan fakta perubatan yang sebenar. Sebab bila melibatkan kesihatan anak, mak ayah kena berilmu bukan ikut cakap orang.
Mitos #1: Jemur Bayi Tengah Hari Boleh Hilangkan Kuning
Cahaya matahari pagi (sebelum jam 9 pagi) mungkin bantu sedikit dari segi pencahayaan semula jadi — tetapi ia bukan rawatan utama. Jemur bayi pada waktu tengah hari sangat berisiko kerana boleh menyebabkan panas berlebihan (overheating), dehidrasi, dan kerosakan kulit. Rawatan sebenar untuk jaundis yang serius adalah melalui pemantauan doktor dan fototerapi, bukan jemur tengah panas.
Mitos #2: Bagi Bayi Minum Air Masak Untuk Turunkan Kuning
Memberi bayi bawah 6 bulan air kosong boleh menyebabkan masalah serius seperti keracunan air, menggangu keseimbangan elektrolit, dan boleh menjejaskan tumbesaran. Bayi yang kuning perlu menyusu lebih kerap, sama ada susu ibu atau formula, untuk bantu tubuh buang bilirubin secara semula jadi melalui najis dan air kencing — bukan dengan air kosong.
Mitos #3: Jangan Mandikan Bayi Bila Kuning, Nanti Kuning Jadi Lebih Teruk
Tiada bukti saintifik yang menyokong dakwaan ini. Mandikan bayi seperti biasa sangat digalakkan untuk menjaga kebersihan kulit dan keselesaan bayi. Air mandian tidak menjejaskan paras bilirubin dalam darah. Jadi jangan risau — mandi itu bukan punca kuning naik, malah bantu bayi rasa lebih segar dan aktif.
Ingat, Bila Bayi Kuning…
Pantau setiap hari di bawah cahaya semula jadi
Susukan bayi sekerap mungkin
Rujuk doktor untuk pemeriksaan bacaan bilirubin
Elakkan sebarang rawatan tidak berasas atau mitos turun-temurun
Dapatkan nasihat dari pakar, bukan sekadar dengar cakap sesiapa. Jangan jemur sesuka hati, jangan beri air masak sesuka hati, dan jangan percaya bulat-bulat tanpa bukti. Rawatan sebenar jaundis mesti berpandukan pemeriksaan dan keputusan perubatan.
Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan hanya menjaga, tapi memastikan apa yang kita buat betul dan selamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Personaliti media sosial dan Youtuber Alieff Irfan berkongsi berita gembira kelahiran kembarnya pada tarikh merdeka 31 Ogos 2022 yang lalu. Sejak itu, dia dan isteri ada berkongsi perkembangan kembar mereka namun masih belum bersedia untuk menunjukkan wajah kedua orang bayi tersebut.
Kini bayi mereka sudahpun berusia tiga bulan dan kedua-duanya membesar dengan baik. Baru-baru ini, Bella ada berkongsi momen indah ketika mengadakan majlis akikah untuk kembar mereka di kampung halaman Alieff di Kelantan.
Sumber foto: Instagram bellestrelle
Sedikit-sebanyak melalui perkongsian di IG Story Belle boleh dilihat mereka mendukung bayi kembar mereka. Ketika ini, Belle sudah sedikit terbuka untuk memperlihatkan kecomelan bayi-bayi mereka yang diberi nama Ayla Medina dan Ayden Maleeq.
Sumber foto: Instagram twins_aylaayden
Menerusi Instagram twins_aylaayden, pasangan ini berkongsi wajah anak-anak mereka ketika usia 43 hari. Pasangan ini mengadakan sesi fotografi khas untuk merakam detik indah mereka sekeluarga dengan tema kuning dan coklat.
Sumber foto: Instagram twins_aylaayden
Tambah Bella, wajah bayi kembarnya ini banyak berubah berbanding pada awal kelahiran mereka. Menerusi ruangan komen, ramai yang melihat raut wajah Ayla lebih seiras dengan Alieef manakala Ayden pula lebih banyak mengikut wajah Bella.
Jelas kelihatan wajah bahagia pasangan ini ketika sesi fotografi dijalankan. Memang comel betul Ayla dan Ayden ni! Semoga mereka berdua membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang sentiasa membanggakan kedua orang tua mereka.
Selebriti serba boleh, Alif Satar dikenali kerana sikapnya yang sweet dan amat menyayangi keluarganya. Netizen amat menghormati Alif kerana selalu melahirkan rasa penghargaan kepada isterinya, Shadila Halid yang kini sedang hamil anak ketiga mereka.
Melalui perkongsiannya di laman Instagram hari ini, Alif membuat ucapan hari lahir yang sangat cute buat permaisuri hatinya itu. Dalam kapsyen yang mengiringi posting videonya itu, Aliff menulis yang dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Katanya, kerana sering minta pendapat Shadila untuk menulis kapsyen di kebanyakan postingnya di Instagram, dia jadi buntu untuk menulis buat Shadila.
Sebak dengan setiap pengorbanan isterinya, dia hanya mampu menulis dan kemudian padam kembali setiap kapsyen yang dia tulis. Tetapi kata Alif, tidak mengapalah kerana Allah SWT lebih tahu apa yang ada di dalam hatinya.
babe,i tak terror nak tulis caption yang sweet ni darling, coz u know when it comes to photo captions pun i selalu tanya you? and even now, nak try tulis pun tiba2 macam masuk habuk pulak mata ni.. and i end up deleting it all over again?.. but it’s okay, Allah tahu segala isi hati i and so i pray, on your special day, Dia makbulkan segala doa i untuk kebahagiaan you. happy birthday my love.. my life.. @shadilahalid ♥️ p/s it’s Shad’s birthday today peeps! come show love!!!
Awww… Memang romantis sangat Alif ni! Orangnya tidak pernah segan silu melahirkan rasa penghargaan buat isterinya. Semoga Shadila selamat melahirkan anak ketiga dan hubungan kekeluargaan Alif dan famili akan bahagia selamanya. Happy birthday, Shadila!