Pelakon Zahirah Macwilson yang telah pulang ke Perth untuk bersalin cahaya mata sulungnya di sana berkongsi gambar-gambar menarik dan meriah majlis baby shower yang diadakan.
Dalam perkongsian terbarunya di laman Instagram, Zahirah yang kini sedang mengandung 8 bulan menganjurkan baby shower party di kediamannya di sana. Sambutan penuh meriah itu dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat yang berada di sana.
“Oh baby, terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis baby shower ini, pasti akan diingati,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada majlis bertemakan warna putih dan oren lembut itu, Zahirah turut memaklumkan semua hidangan pastri termasuklah kek utama disediakan oleh ibunya, Maslinda Yusof yang merupakan seorang bekas chef.
Ads
Namun, pasangan dua sejoli ini tidak mendedahkan jantina anak yang bakal dilahirkan.
Justeru meninggalkan teka teki sebegitu, di ruangan komen, ramai wargamaya yang meneka Zahirah bakal menerima kehadiran cahaya mata lelaki berdasarkan wajahnya yang berseri-seri.
Bukan sahaja wargamaya, malah ramai juga rakan selebriti yang turut sama meneka gender bayi yang bakal dilahirkan Zahirah tak lama lagi.
Ads
Dia dan suami, Aiman Hakim Ridza sering memuat naik gambar-gambar menarik sepanjang keberadaan mereka di sana. Pada hujung Oktober yang lalu, Zahirah dan Aiman terbang pulang ke Perth, Australia bagi menyambut kelahiran anak pertama mereka di sana.
Sekadar Info, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di Petaling Jaya.
Semoga semuanya dipermudahkan buat Zahiran dan bayi yang bakal lahir di sana.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat Datin Lisa Surihani yang kini sah hamil anak ketiganya. Khabar gembira itu dikongsikan suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim menerusi Instagramnya semalam.
Namun kata Yusry, dia dan Lisa tidak berniat untuk menyembunyikan kehamilan itu yang hanya diketahui oleh keluarga dan rakan rapat sahaja.
Menerusi satu petikan, Yusri juga turut mengesahkan perkara itu.
"Ya, Alhamdulillah, dua anak kami, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne nampaknya akan dapat adik tak lama lagi.
"Semoga dipermudahkan, Saya harap semua mendoakan yang terbaik untuk Lisa. Doa yang baik juga untuk kami panjangkan untuk semua," kongsinya ringkas.
Malah menerusi Instagramnya lewat petang semalam, Yusri turut berkongsi perkhabaran gembira itu kepada seluruh pengikutnya.
"Assalamualaikum. BismillahiMasyaAllah. Selepas upload gambar sempena ulangtahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa yang berteka teki sama ada isteri saya mengandung.
"Pada hari ini, ada reporter mintak pengesahan. Tanpa niat ingin bersembunyi, kami cuma ambil pendekatan dengan fikiran, mungkin kali ini, “tak perlu untuk pengumuman, lambat laun, orang akan tahu juga”.
"Anugerah minhah ini tentunya kami amat bersyukur kepada Allah Azza Wa Jalla, dan ia sudah dikongsikan di kalangan keluarga dan rakan rapat," kongsinya.
Namun bapa kepada Yahaira Leanne dan Yusof Leonne ini turut sama mendoakan pasangan lain yang berusaha untuk memperoleh zuriat.
"Pada masa yang sama, terdetik di hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama untuk mendapatkan zuriat. Ia bukan sesuatu yang senang yang dilalui, dan kami mendoakan mereka , moga doa mereka dimakbulkan , Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk mereka.
"Tambahan pula, dalam keadaan pandemik ini, banyak lagi masalah negara dan keluhan rakyat yang perlu dititikberatkan. Moga Allah swt melindungi kita semua. Terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan yang baik-baik untuk kami. Stay safe semua,"kongsinya.
Terdahulu, satu entri Yusri di Instagramnya pada awal pagi semalam mencetuskan keraguan dan pelbagai pertanyaan mengenai gambar yang dikongsikan olehnya sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke sembilan.
Sekeping gambar bersama yang dikongsikan Yusri menampakkan 'baby bump' Lisa.
"Happy Anniversary Sayang. 9 years on, I still feel like the luckiest man alive.
"I’m still amazed by you… everything you do & say. Always so kind, caring, loving & supporting. And our kids are so blessed to have you to call mummy. Alhamdulillah.
"Selamat Hari Kita yg ke-9," tulisnya.
Semoga kehamilan kali ketiga ini dipermudahkan hingga selamat melahirkan kelak buat Lisa.
Lisa dan Yusri mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 tahun dan Yusof Leonne, 4 tahun.
Kredit: Media Hiburan @yusriabdhalim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seronoknya bila disahkan mengandung! Tapi yang tak seronoknya bila berat badan naik berlebihan masa mengandung sampai ibu jadi stres dan susah hati.
Kadangkala ada bakal ibu jadi teruja dan berselera sampai tak sedar dia makan apa sahaja yang diinginkan ketika mengandung. Lebih-lebih lagi jenis makanan yang tinggi kalori, lemak dan gula.
Tak kira sama ada anda berada di trimester pertama atau ketiga, kena ikut tip ini kalau tak nak berat badan naik berlebihan sepanjang kehamilan.
Apa yang dijangkakan?
Semua ibu hamil akan mengalami penambahan berat badan. Kenaikan berat antara 11 kg hingga 15 (https://www.popsugar.com/fitness/How-Avoid-Weight-Gain-During-Pregnancy-30991927) adalah normal sekiranya berat anda normal sebelum mengandung.
Bagi ibu yang kekurangan berat badan sebelum hamil, penambahan berat badan dijangkakan sehingga 18 kg, dan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan sebelum hamil pula sepatutnya hanya bertambah sebanyak 7-11.5kg sahaja.
Bagi mereka yang obes sebelum hamil, julat penambahan berat badan hanya 5-9 kg sahaja.
Makan untuk dua orang
Jangan risau bayi dalam kandungan akan kelaparan sehingga anda mengambil kesempatan makan secara berlebihan. Ketika mengandung, anda hanya perlukan tambahan 150 kalori sehari sahaja ketika awal kehamilan dan 300 kalori sehari di akhir kehamilan. (https://www.popsugar.com/fitness/How-Avoid-Weight-Gain-During-Pregnancy-30991927)
Makanan sumber karbohidrat yang mengandungi tinggi serat seperti bijirin penuh seperti roti gandum penuh, oat, jagung dan ubi keledek mampu membekalkan tenaga dan berasa kenyang untuk jangka masa panjang. Amalkan hidangan yang kecil tetapi kerap untuk mengelakkan rasa lapar yang boleh menyebabkan anda teringin snek tinggi kalori.
Bagaimana puaskan keinginan?
Setiap kali anda makan ia akan memberikan khasiat pada badan dan membantu tumbesaran sihat bayi dalam kandungan.
Jika anda kerap memilih makanan tinggi gula dan lemak sahaja, ia mungkin boleh memberi kesan buruk pada tumbesaran janin.
Jadi penting untuk ibu hamil mendapatkan alternatif yang berkhasiat terhadap makanan yang diinginkan (jika ia makanan kurang berkhasiat yang tinggi gula dan lemak).
Tip elak penambahan berat badan berlebihan ketika mengandung
1. Mulakan fasa kehamilan dengan berat badan yang sihat.
Jangan jadikan alasan mengandung untuk anda makan apa sahaja sampai berat badan naik mendadak sedangkan sebelum hamil anda mempunyai berat badan yang ideal.
2. Makan secara bersederhana dan kerap.
Memang normal ibu hamil cepat rasa lapar. Sebaiknya lapar makan secara bersederhana tetapi kerap. Pastikan hanya makanan atau snek yang berkhasiat sahaja dimakan.
3. Banyak minum air masak.
Walaupun anda akan kerap pergi ke tandas membuang air kecil tetapi sentiasa pastikan ibu minum banyak air masak untuk mengelakkan masalah sembelit.
4. Jika mengidam sesuatu makanan (kurang berkhasiat) cukup sekadar merasa sedikit sahaja.
Tak salah ibu teringin makan sesuatu tetapi kalau yang diinginkan adalah makanan kurang berkhasiat, cukuplah sekadar rasa sedikit sahaja bukannya makan sebanyak-banyaknya.
5. Mulakan rutin senaman ringan seperti berjalan kaki setiap hari.
Walapun hamil, bakal ibu pun kena juga buat sedikit senaman. Paling mudah senaman berjalan kaki di sekitar rumah yang dilakukan secara konsisten dan perlahan-lahan mengikut kemampuan diri sendiri.
6. Jangan lupa minum susu prenatal TANPA GULA TAMBAHAN dan rendah lemak.
Susu Anmum Materna untuk ibu mengandung dirumus khas Tanpa Gula Tambahan / ‘NO ADDED SUGARS*’ dan rendah lemak. Ia juga membantu memenuhi keperluan nutrien penting yang meningkat semasa hamil seperti kalsium, folat dan zat besi.
Anmum Materna mengandungi Probiotik DR10 TM dan inulin. Probiotik DR10TM dan prebiotik inulin membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik. Penyerapan nutrien yang efektif bermula dengan kesihatan usus yang baik.
Anmum Materna turut dirumus dengan DHA dan Nuelipid TM, lemak susu kompleks yang mengandungi gangliosida. Gangliosida dan DHA terdapat di dalam otak. Sel-sel otak yang penting mula terbentuk seawal hari ke-28 kehamilan.
Biasanya susu untuk ibu hamil dijual dalam pek kotak atau tin besar yang susah hendak dibawa ke mana-mana. Kini ibu-ibu hamil tak perlu risau lagi! Anmum Materna memudahkan anda minum susu prenatal dalam perisa coklat dan asli yang enak pada bila-bila masa kerana terdapat dalam stik pek mudah minum dan sesuai untuk ibu yang selalu sibuk!
Untuk info lanjut tentang pemakanan sihat ibu hamil dan risiko pengambilan gula yang berlebihan semasa hamil, anda boleh layari https://www.anmum.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon Syafiq Farhain yang mengesahkan isteri yang juga pengurusnya, Alia Nadia, 29, yang kini hamil lima bulan.
Kongsi Syafiq lagi, dia amat bersyukur atas kurniaan rezeki untuk menimang cahaya mata sulungnya yang dijangka lahir sekitar hujung bulan Mei dan Jun nanti.
Teruja dengan kehamilan isterinya dan tidak sabar untuk bergelar bapa, Syafiq juga turut memohon doa dari semua kehamilan isterinya dipermudahkan hingga detik bersalin.
“Ya, isteri saya hamil lima bulan. Jadi saya berharap sesiapa yang baca berita ini sama- sama mendoakan semoga anak kami dan juga isteri saya sihat dan selamat,” kongsinya.
Akui Syafiq lagi, dia kini sudah mula mempersiapkan diri untuk bergelar bapa bagi memikul tanggungjawab barunya kelak.
Malah pelantun lagu Sayang Maafkan Aku ini juga begitu teruja untuk menantikan kelahiran cahaya mata sulungnya itu pada penghujung Mei nanti.
“Insya-Allah isteri saya akan melahirkan anak kami sekitar Mei atau Jun depan. Jujurnya macam-macam saya fikir apa yang akan saya buat nanti.
“Tapi kalau tanya saya sudah bersedia atau belum, semestinya kita kena bersedia.
“Tapi saya bersyukur semuanya berjalan dengan baik dan saya juga tiada masalah alahan atau sebagainya,” katanya.
Semoga kehamilan isteri Syafiq dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Terdahulu, Syafiq dan Alia mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 Oktober 2021.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.