Baru-baru ini pelakon Zahirah Macwilson telah berangkat pulang ke Perth, Australia untuk bersalin di sana. Semalam Zahirah memuat naik gambar terbaru dirinya yang kini sedang sarat mengandung 8 bulan.
Apa yang menjadi perhatian warga maya adalah penampilan pelakon berusia 25 tahun ini yang masih lagi slim dan cantik meskipun sedang sarat hamil.
Walaupun mengakui berat badannya bertambah hampir 10kg sepanjang proses kehamilan, namun dia tetap kelihatan langsing dan cantik seperti sebelum ini.
Ads
Perkongsiannya gambar terbarunya itu meraih pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mengatakan perut Zahirah yang sarat hamil sama seperti usia kandungan mereka ketika hamil 4 bulan.
Selain komen tersebut, warganet juga turut mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin Zahirah akan dipermudahkan kelak.
Ads
Suri hati kepada pelakon Aiman Ridza Hakim ini rajin berkongsi tentang kehidupan mereka setelah pulang ke Perth pada penghujung Oktober yang lalu. Dalam posting yang terdahulu juga Zahirah turut berkongsi bahawa dai dan suami menjalani proses kuarantin selama 14 hari sebaik sahaja tiba di sana.
Terdahulu, Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahukah anda, ada jenis kehamilan yang jarang dibincangkan tetapi boleh memberi kesan besar kepada kesihatan wanita? Ia dikenali sebagai “kehamilan anggur” atau molar pregnancy. Dr. Zubaidi berkongsi info ini untuk memberi kesedaran kerana ramai yang masih tidak tahu tentang risiko ini.
Kehamilan anggur berlaku apabila proses persenyawaan antara telur dan sperma tidak normal. Selalunya janin dan uri terbentuk dengan normal, tetapi dalam kes ini, tisu di rahim membentuk kantung kecil seperti cyst yang dipanggil hydatidiform mole. Janin tidak berkembang dan rahim dipenuhi tisu abnormal.
Dr. Zubaidi menekankan beberapa faktor yang meningkatkan risiko wanita mengalami kehamilan anggur:
Umur wanita : Risiko meningkat apabila wanita berumur 35 tahun ke atas.
Sejarah kehamilan anggur sebelum ini : Jika pernah berlaku dua kali atau lebih, risiko berulang tinggi.
Keguguran misteri sebelum ini : Wanita yang pernah keguguran tanpa sebab yang jelas berisiko lebih tinggi.
Kehamilan anggur biasanya menunjukkan tanda yang sama seperti kehamilan normal: tidak datang haid, ujian kehamilan positif, loya, muntah, dan perubahan hormon lain. Oleh itu, ultrasound awal sangat penting untuk mengesan sebarang ketidaknormalan.
Rawatan biasanya melalui prosedur D&C atau vacuum aspiration untuk membuang tisu abnormal. Selepas rawatan, wanita tidak digalakkan hamil dalam tempoh 6 hingga 12 bulan bagi memastikan pemulihan rahim dan memantau sebarang risiko baki tisu yang boleh menjadi kanser. Pemeriksaan darah secara berkala amat penting.
Jangan pandang remeh sebarang kehamilan yang tidak normal. Pemeriksaan awal dan berkala amat penting, terutamanya bagi wanita yang mempunyai sejarah risiko.
Kesedaran tentang kehamilan anggur boleh menyelamatkan nyawa dan mengelakkan komplikasi serius.
Bagi ibu yang tidak pernah mengalami kehamilan anggur, pasti akan berasa hairan tentang penyakit ini. Kehamilan jenis ini juga boleh kedengaran agak luar biasa bagi suami. Malah, masih ada pandangan serong dan salah faham dalam masyarakat yang menyatakan bahawa ibu yang mengalami kehamilan anggur mungkin terkena ‘buatan orang’ atau membawa keturunan berpenyakit. Justeru, penting untuk kita memahami penyakit ini dengan tepat.
Kehamilan anggur merupakan satu jenis kehamilan yang tidak berkembang menjadi janin sempurna. Akibat masalah semasa persenyawaan, tisu embrio dan plasenta tidak berkembang dengan normal, sebaliknya menjadi gugusan tisu berbentuk gelembung atau sista yang menyerupai buah anggur.
Dalam perubatan, ia dikenali sebagai Hydatidiform mole dan diklasifikasikan kepada dua jenis: lengkap (complete mole) dan separa (partial mole).
Kehamilan anggur lengkap: berlaku apabila ovum kosong disenyawakan oleh satu atau dua sperma. Tisu persenyawaan ini mengandungi 46 kromosom, tetapi semuanya daripada bapa sahaja. Tiada janin terbentuk, hanya gugusan tisu seperti anggur.
Kehamilan anggur separa: berlaku apabila ovum normal disenyawakan oleh sperma, menghasilkan tisu persenyawaan dengan 69 kromosom (23 dari ibu, 46 dari bapa). Tisu janin boleh terbentuk, tetapi kematian janin biasanya berlaku pada peringkat awal. Tisu plasenta mengandungi komponen normal dan abnormal (gugusan anggur).
-Ibu yang mengalami kehamilan anggur mungkin mengalami:
-Loya dan muntah teruk
-Saiz rahim lebih besar daripada usia kandungan
-Tekanan darah tinggi dan bengkak pada kaki
-Paras hormon hCG lebih tinggi daripada normal, terutamanya pada kehamilan anggur lengkap
-Kehamilan anggur boleh dikesan melalui ultrasound, di mana gugusan tisu berbentuk anggur dapat dilihat dan janin tidak dapat dikesan.
Kebanyakan kehamilan anggur akan menyebabkan keguguran atau kematian janin. Ibu akan mengalami pendarahan dan tisu plasenta akan dihantar ke makmal untuk pengesahan penyakit.
Di bawah mikroskop, gugusan tisu ini terdiri daripada struktur tisu plasenta (villi) yang membengkak dan kumpulan sel plasenta (trophoblasts) yang bercambah. Seluruh tisu plasenta harus dikeluarkan, dan ibu perlu menjalani pemeriksaan berkala sehingga penyakit ini benar-benar tiada.
Terdapat risiko kecil di mana kehamilan anggur boleh merebak ke dinding rahim (invasive mole) atau menjadi kanser (choriocarcinoma). Namun, pemantauan rapi dapat mengesan dan mencegah komplikasi ini.
Secara umum, kehamilan anggur tidak menjejaskan kehamilan seterusnya. Ibu biasanya masih boleh hamil seperti biasa dan memperoleh anak yang normal.
Kehamilan anggur bukan sesuatu yang boleh dijangka, tetapi dengan pemantauan awal dan langkah pencegahan, risiko komplikasi boleh dikurangkan. Sebagai pasangan baru, kesedaran tentang perkara ini sangat penting jangan tunggu sehingga terlambat.
Umum mengetahui penyanyi Ainan Tasneem bakal melahirkan anak kembarnya sedikit masa lagi. Namun dalam keterujaan menyambut kelahiran bayi kembarnya, Ainan meluahkan rasa kebimbangannya pada anak sulungnya, Ainan Salsabiela.
Menerusi instagram miliknya, pelantun lagu Aku Suka Dia itu meluahkan rasa kebimbangannya. Bimbang anak manja yang selama ini menjadi pendamping setianya merajuk hati dengan dua adik kembar yang bakal dilahirkan kelak.
Risau anak kecilnya itu rasa terpinggir dan kurang beri perhatian kepadanya kelak. Begitu kongsi Ainan.
“Ainan Salsabiela, ummi loves you so much! Eventho rasa excited sangat nak tunggu baby kembar lahir tapi serious bermacam perasaan Ainan terhadap anak sulung yang tersayang ni. Mixed feeling sungguh!
“Risau sangat kalau nanti kita terkurang bagi perhatian pada dia. Taknak dia rasa macam terpinggir,”kata Ainan menerusi satu entri di instagramnya.
Dalam pada itu, Ainan juga berpendapat sokongan kuat suami perlu bagi mengelakkan hal semacam ini terjadi pada anak sulungnya.
“I think husband & wife memang kena jadi tag team dalam menangani benda ni. Contohnya time si ibu tu sibuk uruskan anak-anak yang baru lahir, yang si bapa boleh bagi sepenuh perhatian dekat anak yang sulung.
“Kalau ada apa-apa aktiviti yang melibatkan anak yang baru lahir mungkin boleh ajak yang sulung ni pun untuk join sekali. So dia rasa macam dia pun penting dalam setiap apa yang kita lakukan dengan anak yang baru lahir.
“Takdela dia rasa macam adik-adik dia tiba-tiba rampas segala perhatian yang dia dapat selama ni kan,”kata Ainan lagi.
Ainan juga turut bertanyakan tip dan perkongsian dari pengikutnya di instagram. Rata-rata ada yang berkongsi tip dan meminta agar Ainan membelikan mainan dan sebagainya agar Salsabiela merasa tidak terpinggir.
Tip ini boleh juga dijadikan panduan untuk ibu yang bakal melahirkan anak kedua, sama seperti Ainan.
Terdahulu Ainan Tasneem mendirikan rumah tangga bersama Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017. Mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Sasabiela pada 2 Mac 2018.
Setiap wanita yang hamil di Malaysia diwajibkan untuk membuka buku pink. Buku ini diperlukan untuk menjadi rujukan para doktor atau juru rawat untuk memantau tahap kesihatan si ibu dan bayi dalam kandungan.
Jika diperhatikan pada kulit muka hadapan buku ini, doktor akan menampal pelekat mengikut kategori ibu hamil tersebut. Setiap pelekat ini mempunyai maksudnya yang tersendiri. Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Kesihatan Wanita dan kehamilan ada menerangkan tentang hal ini di laman Facebooknya.
Sistem ini mempunyai penggunaan 4 tag warna. Penentuan tag warna ini adalah berdasarkan kepada penilaian faktor risiko ibu semasa lawatan ke klinik/rumah.
TAG MERAH 💄- Rujukan segera ke Hospital dan pengendalian selanjutnya adalah bersama (shared care) Pakar O&G dan Pakar Perubatan Keluarga
TAG KUNING 🐥- Rujukan untuk pengendalian oleh Pakar O&G Hospital/Pakar Perubatan Keluarga, dan penjagaan selanjutnya boleh dilakukan bersama (shared care) Pegawai Perubatan dan Jururawat Kesihatan
TAG HIJAU ☘️- Pengendalian di Klinik Kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan dan pengendalian selanjutnya boleh dilakukan bersama Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di bawah pengawasan Pegawai Perubatan
TAG PUTIH 🍚 – Penjagaan oleh Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa (sekiranya tiada terdapat faktor risiko yang disenaraikan dalam kod merah, kuning dan hijau, ibu diberi kod warna putih)
Di dalam situasi yang tertentu khususnya di kawasan pedalaman, di mana tidak terdapat Pegawai Perubatan, pengendalian boleh dilakukan oleh Jururawat Kesihatan/ Jururawat Masyarakat dengan pengawasan dari Pegawai Perubatan yang terdekat atau mudah dihubungi.
Pakar O&G/Pakar Perubatan Keluarga boleh menukarkan kod warna mengikut penilaian tahap risiko semasa ibu hamil. Tag warna yang dilekatkan dapat mempamerkan kod warna yang telah diberikan sebelumnya.
Okay sekarang tengok buku pink memasing. Tengok Tag kaler apa yang tertampal pada bucu kanan atas buku tu. Ada tak?
Kalau ada, kaji /tanya doktor kenapa anda di berikan kod warna sedemikian ?
Bukan hobi tu main tampal sticker saja saja.
Untuk ibu yang sedang hamil terutamanya anak pertama, semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit penerangan kepada anda. Ambil tahu tentang pelekat di buku pink anda dan jangans egan silu untuk selalu bertanya tentang kesihatan anda dan bayi semaja temu janji bersama juru rawat atau doktor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.