
Tempoh berpantang bukan sekadar waktu untuk berehat, tapi masa paling penting buat seorang ibu memulihkan semula tenaga, emosi dan tubuh selepas melalui proses kelahiran yang panjang serta mencabar.
Dalam fasa ini, apa yang ibu makan memainkan peranan besar dalam menentukan cepat atau lambat tubuh kembali pulih. Pemilihan buah untuk ibu berpantang sangat penting kerana nutrisi daripada buah boleh mempercepatkan pemulihan dan menguatkan tubuh dari dalam.
Ramai ibu berpantang masih ragu-ragu nak makan buah. Takut “sejuk”, takut angin, malah ada yang percaya buah boleh buat luka lambat sembuh. Tapi sebenarnya, buah-buahan ialah makanan semula jadi yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat dan semuanya penting untuk penyembuhan luka, penghasilan susu badan, serta kesihatan usus dan kulit.
Buah Untuk Ibu Berpantang: 10 Pilihan Terbaik Untuk Cepat Sembuh
1. Oren

Buah oren kaya dengan vitamin C yang sangat penting untuk meningkatkan sistem imun dan membantu penyembuhan luka dalaman. Ia juga memberi tenaga serta membantu penghasilan susu badan untuk ibu menyusu. Antara buah untuk ibu berpantang yang paling mudah didapati dan berkhasiat.
2. Kurma

Buah kegemaran Nabi SAW ini bukan sekadar manis, tapi ‘superfood’ untuk ibu pantang! Kaya dengan zat besi, folat dan serat, kurma membantu memulihkan tenaga, menstabilkan hormon serta mengelakkan sembelit — masalah biasa selepas bersalin.
3. Strawberi

Kaya dengan vitamin C dan antioksidan, strawberi bantu penyerapan zat besi dalam badan ibu dan menyokong pertumbuhan bayi yang menyusu. Rasanya yang masam manis juga boleh mengurangkan rasa loya atau tidak selera makan semasa tempoh berpantang.
4. Epal Merah

Epal merah bukan sahaja sedap dimakan, malah tinggi serat, vitamin A dan C. Kandungan pektin dalam epal bertindak sebagai prebiotik semula jadi yang membantu sistem pencernaan ibu kembali sihat dan lancar. Ia juga sesuai dijadikan snek sihat semasa berpantang.
5. Kurma Merah Cina (Jujube)

Buah ini menjadi rahsia kecergasan wanita dalam amalan berpantang masyarakat Cina. Ia mengandungi antioksidan tinggi yang membantu menguatkan hati, melancarkan peredaran darah dan mengembalikan tenaga selepas kehilangan banyak darah ketika melahirkan.
6. Buah Tin (Fig)
Buah tin kaya dengan zat besi, kalsium dan kalium yang membantu mengawal tekanan darah serta mempercepatkan proses pemulihan. Ia juga bagus untuk mengelakkan sembelit kerana tinggi serat semula jadi — sesuai sebagai buah untuk ibu berpantang yang ingin kekal cergas.
7. Blueberry
Blueberry adalah buah kecil penuh khasiat. Ia kaya dengan vitamin K dan karbohidrat sihat yang membekalkan tenaga berpanjangan buat ibu yang kurang tidur atau sering berjaga malam menjaga si manja.
8. Anggur
Anggur membantu memperkuat sistem imun dan melindungi tubuh daripada jangkitan. Kandungan antioksidan seperti flavonol dan tanin di dalamnya membantu melancarkan peredaran darah serta memulihkan tenaga dalaman ibu.
9. Kismis
Buah kering ini mengandungi tenaga semula jadi yang tinggi serta kaya zat besi. Ia sangat baik untuk membantu pembentukan darah merah dan mengurangkan rasa letih selepas bersalin.
10. Prun

Buah prun mengandungi vitamin A, beta-karoten dan serat yang tinggi. Ia membantu melancarkan sistem pencernaan, mengelakkan sembelit dan memperbaiki kesihatan kulit serta mata ibu yang kurang tidur. Prun juga disyorkan sebagai salah satu buah untuk ibu berpantang paling berkesan.
Tip Tambahan Untuk Ibu Berpantang
- Pilih buah yang masak ranum dan elakkan yang masih mentah.
- Jangan makan buah terus dari peti sejuk, biarkan pada suhu bilik dahulu.
- Ambil dalam kuantiti sederhana, cukup untuk tenaga dan nutrisi harian.
- Minum air secukupnya untuk bantu tubuh serap nutrien dari buah dengan lebih baik.
Buah-buahan bukan musuh ibu berpantang, malah ia sahabat baik untuk pemulihan semula jadi. Dengan pengambilan yang betul, tubuh lebih cepat segar, luka pun cepat sembuh, dan yang paling penting ibu lebih kuat untuk menyusukan dan menjaga si kecil dengan penuh kasih sayang.
Sumbar : Motherhood.com.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





Artikel Menarik:
“Tidak ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan, melainkan dalam pengetahuan-Nya.” (Surah Al-Fatir, ayat 11)
Mudah-mudahan jika sering diamalkan, doa mudah bersalin di atas mampu untuk memberi kekuatan kepada anda dan juga keluarga anda. Doa mudah bersalin di atas juga dapat dijadikan sumber pahala dan taqwa kepada Tuhan. Kalau anda sedang menunggu hari untuk bersalin, belajarlah menjadi lebih positif untuk melalui pengalaman melahirkan anak.




