
American Association of Pediatric menyarankan agar kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah tidak sama sekali dibenarkan untuk menggunakan gajet. Bagi kanak-kanak berumur 2 ke 5 tahun, masa yang dibenarkan adalah kurang dari dua jam sehari.
Untuk mengurangkan tempoh penggunaan gajet di rumah, Ibu bapa digalakkan untuk merancang aktiviti yang melibatkan aktiviti luar rumah seperti perkhemahan, bermain di taman permainan, bersenam atau berenang.
Selain dapat merapatkan hubungan kekeluargaan, ia dapat merehatkan pandangan mata ketika menikmati pemandangan yang jauh.
Pendedahan terhadap cahaya matahari yang mencukupi dapat menggalakkan penghasilan dopamine di dalam tubuh. Pastikan anak anda tidak membawa gajet bersama semasa keluar. Menikmati kebaikan sinar matahari merupakan kaedah paling murah untuk mengawal myopia anak anda.
Selain itu, ibu bapa juga boleh membuat sendiri D.I.Y Placement untuk menggantikan gajet anak terutama pada waktu makan, ikuti perkongsian Puan Sheriena Musa, OT kanak-Kanak.
Sebenarnya ramai tahu keburukan gajet tapi masih sukar mahu mengawal kemahuan anak-anak bukan? Bukan sahaja kerana gajet kadangkala anak-anak yang tiada sitting tolerance tinggi pun sukar mahu duduk lama ketika makan kan?
Elak beri gajet waktu makan pada anak dengan D.I.Y Placemat Ini. Sebab itu perlunya ibu ayah buat D.I.Y Placemat.
Sebab apa D.I.Y placemat ini bantu anak anak berdikari lebih-lebih lagi waktu makan?
1. BANTUAN VISUAL
Memudahkan anak faham arahan bahawa ketika makan memang perlu duduk dan letakkan pinggan di atas meja. Ya mungkin pada mulanya agak leceh. Ye lah takkan setiap kali hendak keluar bawa Placemat kan?
Ahha bukannya suruh bawa setiap masa. Tapi bila di rumah selalukan tunjuk bantuan visual ini bagi mereka faham selagi Placemat ini atas meja mereka perlu duduk.
2. BANTU KAWAL EMOSI
Ya memang Placemat ini banyak bantu anak-anak faham arahan. Secara tidak langsung bila anak lihat Placemat ini dapat mengajar dia Self Control dan kawal emosi mereka.
Di Nuha Kids Care Holistic Therapy & Special Education kami menggunakan ti ini dan memudahkan proses anak kawal emosi dan faham arahan.
BONUS buat DIY PLACEMAT ini adalah dapat juga bantu;
1. Kemahiran Memadan
2. Kemahiran Persepsi Visual
3. Bantu Anak berdikari
Kan seronok!
Buat 1 tapi dapat BONUS BERGANDA. Tunggu apa lagi?
Jemput #share agar lebih ramai raih manfaat dengan Aktiviti Santai tapi sangat bagus untuk perkembangan Anak.
Jom sebarkan Kasih Sayang dan Cinta
Sumber: Nurul Sheriena Musa
#OTNurulSherienaMusa
#urusanakgayasantai
#nuhakids
#mahirdidikanakbersamanuhavengers
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI