Meraikan ulang tahun kelahiran anak-anak biasanya kita sebagai ibu akan teruja untuk membuat persiapan agar majlis dapat berlangsung dalam suasana yang meriah dan istimewa. Bahkan kalau boleh biarlah majlis tersebut menjadi antara momen yang indah untuk dikenang sampai bila-bila oleh seisi keluarga dan tetamu yang hadir.

Jadi tidak hairanlah untuk mendapatkan elemen wow dan unik untuk majlis yang diraikan setahun sekali ini, mak-mak akan memerah idea untuk mencari kelainan. Bukan sahaja pada pemilihan tema, dekorasi, kek hari jadi bahkan lokasi majlis berlangsung juga tidak terkecuali.

Itulah juga yang dilakukan oleh ibu ini apabila meraikan ulangtahun kelahiran anaknya di balai bomba baru-baru ini.

Buat Majlis Birthday Anak Di Balai Bomba, Begini Mama Ni Dapatkan Kebenaran!

Perkongsiannya di fb Ayu Suhana, berjaya menarik perhatian warganet. Apa tidaknya, siapa sangka rupa-rupanya kita sebagai orang awam boleh mengadakan majlis istimewa di balai bomba! Nak tahu kisahnya, ikuti perkongsian penuh di sini.

Bagaimana Cara Mengadakan Majlis Harijadi di Balai Bomba?

Neno..neno.. jadinya ramai bertanya macam mana Mama organize birthday anak-anak di balai bomba tempoh hari.. di sini dikongsikan panduan untuk rujukan bersama.

Info yang dikongsikan adalah melalui pengalaman sendiri, mungkin berbeza dengan yang lain. Namun kebiasaannya prosedur tidak jauh berbeza.

Buat Majlis Birthday Anak Di Balai Bomba, Begini Mama Ni Dapatkan Kebenaran!

  1. Lokasi Balai Bomba

Yang pertama, pastikan terlebih dahulu lokasi balai bomba mana yang anda nak buat majlis. Telefon dulu bertanya samada balai tersebut membenarkan diadakan majlis harijadi. Janganlah dial 999..kita bukan kecemasan, kita nak buat birthday je pun Boleh google nombor pejabat balai bomba yang kita maksudkan dan bercakap dengan pegawai yang berkenaan. Tanya tarikh yang available utk diadakan majlis harijadi anak anda. Percayakah anda ada balai yang dah fully booked sampai tahun depan? Pastikan anda membuat perancangan awal. Antara balai yang popular ialah Balai Bomba TTDI dan Sri Hartamas. Untung kami buat di Balai Bomba Cyberjaya sebab ada abam bomba influencer yang popular..hai abam Ijat

IKLAN

2.Step seterusnya kena buat permohonan. Tulis surat permohonan memohon kebenaran bagi mengadakan majlis di balai tersebut dan nyatakan butiran-butiran penting lain seperti tarikh, masa dan bilangan tetamu. Surat permohonan tersebut boleh di emel atau dihantar secara serahan tangan.

3.Tunggu kelulusan. Tempoh menunggu kadang kala mengambil masa 1-2 minggu. Kalau masih belum menerima sebarang jawapan, boleh follow up tanya ya. Kena sentiasa beringat yang mereka bomba ya bukan event space

Buat Majlis Birthday Anak Di Balai Bomba, Begini Mama Ni Dapatkan Kebenaran! Buat Majlis Birthday Anak Di Balai Bomba, Begini Mama Ni Dapatkan Kebenaran! Buat Majlis Birthday Anak Di Balai Bomba, Begini Mama Ni Dapatkan Kebenaran!

4.Program aktiviti. Banyak aktiviti menarik yang abam bomba ada antaranya fire safety/ fire extinguisher demo, berpeluang menaiki fire truck pusing-pusing sambil siren dibunyikan (Mama paling excited yang ni!) dan jangan lupa remind tetamu anda untuk bawa tuala dan baju extra sebab aktiviti terakhir ialah mandi pili bomba..Dah macam waterpark. Budak-budak suka lah sangat yang ni..Splash..splash. Namun, semua aktiviti ini bergantung kepada keadaan. Sebab abam bomba sentiasa on standby. Sekiranya mereka ada operasi, mereka akan terus berkejar bertugas.

5.Sekiranya permohonan telah diluluskan, maka barulah kita start buat preparation. Bermula dengan buat invitation. Mama buat RSVP invitation guna Canva sahaja. Kemudian tempah makanan, pilih menu ringkas sebaiknya untuk mudah dikendalikan. Jangan lupa portion makanan untuk abam-abam bomba yang ohsem tu ya.

Buat Majlis Birthday Anak Di Balai Bomba, Begini Mama Ni Dapatkan Kebenaran! Buat Majlis Birthday Anak Di Balai Bomba, Begini Mama Ni Dapatkan Kebenaran!

Katering favourite kami zaman-berzaman : Himawari Catering

IKLAN

Birthday Cake: Kek fire truck yang comel dari Zoora Cake Station.

Pillar Balloon: Cakewhat

Photographer: Anas Malek

Booth ice-cream: MamaCt IceCream

Banner: Shopee

Kostum bomba: Shopee

Helmet bomba untuk semua kids: Shopee

IKLAN

Goodies Puzzle Fireman: Shopee

Meja kerusi kami sewa dari Shah Alam.

Banner birthday kami tempah tak letak nama, kosong sahaja. Jadi kalau sesiapa nak pinjam boleh roger ya. Kostum bomba nak pinjam pun boleh. Ada 7 pasang semuanya..anak sedara ramai

6.Caj Bayaran. Berapa caj yang dikenakan utk event 3 jam ini? TIADA. Ya tiada sebarang bayaran dikenakan. Namun hulurlah sedikit saguhati selayaknya untuk abam-abam bomba yang sangatlah ohsem, sangat sporting, sangat mesra, sangat cool melayani anak-anak sepanjang majlis berlangsung.

Sekian 6 tips dari Mama Firefighter. Harap membantu semua di luar sana..neno..neno

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI