Anak-anak memang suka sangat makan ayam gunting yang banyak dijual di food truck. Memang happy mereka dapat makan ayam gunting. Yang pasti memang tak cukup satu.

Jadi lebih jimat untuk ibu buat sendiri di rumah. Bahan-bahan pun tidaklah susah untuk didapatkan. Caranya juga mudah dan cepat untuk disediakan. Buat untuk minum petang anak-anak mesti tak sabar nak makan.

Ini resepi ayam gunting yang dikongsikan oleh Puan Zaitun Abd Hamid menerusi laman Facebook Makan Apa Hari Ni.

Memang mudah dan nampak sedap serta menyelerakan!

RESEPI AYAM GUNTING UNCLE BOB SEDAP & MUDAH

Dah berapa kali janji dengan anak nak buat ayam gunting. Selama ni asyiklah membeli hari-hari sampai RM12 habis.

Sebenarnya tak susah mana pun nak buat ayam gunting Uncle Bob ni. Alhamdulillah saya buat first time menjadi. Bahan pun simple je.

Jom saya kongsikan resepinya di bawah ni.

BAHAN-BAHAN

Isi ayam bahagian dada (yang dah dibuang tulang)

– Basuh bersih dan potong nipis

IKLAN

Buat Sendiri Ayam Gunting Rangup & Sedap Untuk Anak Kat Rumah. Guna 3 Bahan Je Siap Untuk Di Hidang!

Bahan perap

  • 4 sudu sos tiram
  • 4 sudu serbuk BBQ / sos black pepper Kimball
  • Sedikit perahan limau / lemon

– Gaul semua bahan dan perapkan ayam selama 1 jam

Saya gunakan sos BBQ jenis ni. Memang sedap, kalau buat chicken chop pun saya biaa pakai yang ni.

Buat Sendiri Ayam Gunting Rangup & Sedap Untuk Anak Kat Rumah. Guna 3 Bahan Je Siap Untuk Di Hidang!

Bahan saduran

  • Tepung Bestaripedas / original (ikut suka)
  • Tepung ubi / tepung beras
  • Sedikit serbuk roti (breadcrumbs)

Tambahan

IKLAN
  • Serbuk cili / serbuk lada putih untuk ditaburkan selepas goreng nanti

Kalau nak senang boleh terus beli bahan-bahan dari Sini

Buat Sendiri Ayam Gunting Rangup & Sedap Untuk Anak Kat Rumah. Guna 3 Bahan Je Siap Untuk Di Hidang!

CARA-CARA MENYEDIAKAN

1. SALUTKAN AYAM DENGAN BAHAN SADURAN

Selepas diperap, salutkan ayam tadi dengan semua bahan saduran di atas.

Tumbuk-tumbukkan sikit ayam tu guna lesung batu supaya bahan perasa daripada campuran tepung dapat melekat pada ayam.

Buat Sendiri Ayam Gunting Rangup & Sedap Untuk Anak Kat Rumah. Guna 3 Bahan Je Siap Untuk Di Hidang!

 

IKLAN

2. GORENG MACAM BIASA

Kemudian agak-agak dah sebati dan bersatu ayam dengan campuran tepung tu, bolehlah panaskan kuali, bubuh minyak masak dan goreng macam biasa.

3. TABUR SERBUK CILI / LADA PUTIH

Akhir sekali, taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili untuk tambahkan lagi perasanya.

Lepas tu bolehlah guntingkan ikut suka ayam tu nak besar macam mana.

Buat Sendiri Ayam Gunting Rangup & Sedap Untuk Anak Kat Rumah. Guna 3 Bahan Je Siap Untuk Di Hidang!

MUDAH & JIMAT BUAT SENDIRI DEKAT RUMAH

Dah siap, tengok hasilnya. Sekali pandang, sebijik macam ayam gunting Uncle Bob!

Tak payah susah-susah nak beli lagi, boleh buat sendiri kat rumah. Semua dapat makan puas-puas.

Simple je kan? Bolehlah buat kudap-kudap hujung minggu ni.

Selamat mencuba!

sumber: Zaitun Abd Hamid (MAHN)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI