Tidak lengkap rasanya beraya tanpa ketupat yang terhidang di atas meja. Raya dengan PKPB ini apa kata kita cabar diri kita untuk menyediakan sendiri ketupat palas pada hari raya nanti. Tak sukar pun nak sediakan ketupat berlemak dan enak. Ada cara yang dikongsikan oleh Rusmani Hamzah.

Ketupat palasnya berlemak malah sedap dan cukup rasa. Paling menarik, turut disertakan dengan video tambahan untuk memudahkan kefahaman untuk anda yang ingin mencuba. Mudah sahaja. Jom cuba!

Resipi wajib cuba: Laku Keras Waktu Raya Buat Popia Simpul Paling Sedap Mudah!


Raya dah nak dekat. Jom kita pakat buat ketupat palas.

Ketupat lemak

Bahan-bahannya:
Daun palas
1 kg beras pulut -basuh dan rendam 1½ jam atau 2 jam

400 ml santan pekat
1½ sudu besar garam halus
1 sudu besar gula
(campurkan garam dan gula dalam santan kacau sebati. Ketepikan.

Posted by Rusmani Hamzah on Saturday, 9 May 2020

Tos kan beras pulut.

IKLAN

Sebelum kukus pastikan pengukus tu dilapik dengan jaring. Bila letak beras pulut, buat lubang di tengah tengah beras untuk wap naik dalam pulut. Masak air untuk mengukus hingga didih. Kukus pulut kali pertama selama 40 minit.

Posted by Rusmani Hamzah on Saturday, 9 May 2020

Siap kukus tuang dalam besen. Pulut masih panas-panas letak santan tadi. Gaul hingga sebati, gaul makan masa lebih kurang 3 minit. Rehat dalam 5 minit untuk santan meresap dalam pulut.

Kukus pulak kali kedua selama 20 minit. Tuang pulut dalam besen, gaulkan rata. Dalam masa 3 minit. Tunggu pulut sejuk dalam 2 atau 3 jam baru boleh bungkus dengan daun palas.

Lepas siap bungkus boleh difrozenkan ataupun nak kukus terus untuk dimakan.

IKLAN

Buat Sendiri Ketupat Palas Berlemak Untuk Raya, Tak Susah Pun, Sedap!

Ketupat serunding

Bahan-bahannya:
Daun palas
Serunding daging
1 kg beras pulut basuh dan rendam 1½ jam atau 2 jam

400 ml santan pekat
1½ sudu besar garam halus
200 gram gula

(campurkan garam dengan santan kacau sebati, ketepikan)

IKLAN

Buat Sendiri Ketupat Palas Berlemak Untuk Raya, Tak Susah Pun, Sedap!

Tos kan beras pulut. Sebelum kukus pastikan pengukus tu dilapik dengan jaring. Bila letak beras pulut, buat lubang di tengah tengah beras untuk wap naik dalam pulut. Masak air untuk mengukus hingga didih. Kukus pulut kali pertama selama 40 minit.

Siap kukus tuang dalam besen. Pulut masih panas-panas letak santan tadi. Gaul hingga sebati, gaul makan masa lebih kurang 3 minit. Rehat dalam 5 minit untuk santan meresap dalam pulut.

Buat Sendiri Ketupat Palas Berlemak Untuk Raya, Tak Susah Pun, Sedap!

Kukus pulak kali kedua selama 20 minit. Tuang pulut dalam besen, gaulkan rata. Dalam masa 3 minit. Tunggu pulut sejuk dalam 2 atau 3 jam baru boleh bungkus dengan daun palas bersama serunding.

Kukus terus untuk dimakan.

Resipi wajib cuba: Masak Rendang Tok Asli Perak Kena Betul-Betul Kering Baru Menjadi , Resipi Legend Hari Raya!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI