Kehamilan

“Buat Sendiri Lagi Bermakna” Jam 4 Pagi Masih Jahit Baju Baby, Warganet Puji Kegigihan Maryam!

Share

Selepas mengumumkan kehamilan cahaya mata sulung mereka pada April lagi, pasangan instafamous, Maryam Yun Nae dan Ryzal yang lebih dikenali sebagai nama Durian Kimchi ternyata cukup teruja untuk menimang cahaya mata pertama mereka sedikit masa lagi.

Mana tidaknya, setiap hari ada sahaja yang dilakukan bakal ibu ini untuk anak kecilnya yang bakal lahir tidak lama lagi.

Paling menarik pastinya kesungguhan dan kegigihan Maryam menyiapkan pakaian buat bayinya itu walaupun jam sudah menunjukkan pukul empat pagi.

Menerusi Instagram, Durian Kimchi, rata-rata pengikut kedua pasangan ini memuji usaha dan kegigihan Maryam yang bakal melahirkan bayi perempuannya tidak lama lagi.

 

“Pukul 4 pagi masih lagi menjahit topi untuk bakal anak perempuan kami.

“Bertuahnya anak perempuan bapak ni, dapat omma suka menjahit,” tulis Ryzal di kapsyennya.

Video yang direkodkan jam empat pagi itu bukti kegigihan Maryam buat bayi sulungnya kelak. Bukan hanya topi bahkan Maryam turut menyiapkan sarung kaki dan juga sarung tangan yang cukup comel.

Malah menerusi Instagramnya, Maryam turut menyatakan ia merupakan hadiah dan tanda kenangannya buat anak sulung tersayang mereka.

“First present for my baby as a mother❤.

“Buat sendiri lagi meaningful, 25 weeks 6 days D -99days,” tulis Maryam lagi.

Warganet puji semangat Maryam

Semangat dan usaha Maryam menyiapkan hadiah bingkisan untuk anak perempuan mereka itu sememangnya harus dipuji.

Rata-rata pengikut dan peminat Instagram Durian Kimchi memuji hasil kerja Maryam dan kesungguhan wanita kelahiran Korea ini.

Selepas kembali ke tanah air, pada April lalu, pasangan ini mengumumkan kehamilan bayi sulung mereka. Semoga kehamilan Maryam dipermudahkan.

Menarik: Mengidam Nak Cantik-Cantik Pulak, Ramai Teka Sarah Bakal Dapat Baby Girl

PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @duriankimchi & @maryamyunrrr

IKLAN