Buatkan Chocolate Bar Crunchy Simple Dengan Anak-Anak, 2 Bahan Je Dah Jadi!

Share

Jangan susahkan diri untuk menyediakan biskut raya yang sukar dan menggunakan bahan yang banyak. Ubah kelainan raya PKPB ini dengan menyediakan biskut raya yang mudah bersama anak-anak. Malah masa untuk menyediakannya juga tidaklah lama. Paling mudah dan senang disediakan.

Biskut Chocolate Bar Crunchy yang dikongsikan oleh Sabariah Sareh Saad ini memang sedap malah buat anak-anak makan tak berhenti. Langkah hendak membuatkan juga amat mudah. Jom cuba!

Resipi wajib cuba: Nasi Carrot Ayam Masak Merah Orang Kahwin Untuk Raya Nanti, Paling Simple Tapi Super Sedap!


Hari ni Mama Imani kongsi resepi cookies murah sikit tapi nampak premium dan lazat. Biskut raya yang ni takyah bakar langsung. Senang ya amat.

Biskut Bar Coklat Rangup (Chocolate Bar Bubble Crunch)

Bahan-bahan:
Bubble rice (rice krispies plain)
Milk chocolate coin Beryls

(Acuan petak tu optional bole jugak guna silicone molds atau paper cup ikut kreativiti masing-masing)


Cairkan coklat macam biasa la buat double boil tu.

Ni la bubble rice tu yang selalu orang guna buat coklat jar tu, beli yang plain. Guna terus tau jangan mandai-mandai nak bakar pulak.

Gaul bubble rice dengan coklat kemudian letak dekat acuan.

Kemudian tuang baki coklat sampai paras acuan tu bagi nampak padat. (Step ni ikut kreativiti masing-masing guna acuan apa). Tuang coklat bagi penuh sikit tutup bubble rice tu bagi adunan ni jadi elok bila mengeras nampak rata sket bar tu.

Tekan pembahagi loyang tu bagi terpisah semua adunan jadi bar. Kemudian simpan sekejap dalam peti ais bagi coklat mengeras.

Ni selepas masuk peti ais. Dah mengeras elok boleh angkat pembahagi tu. Tanggalkan loyang bar tu perlahan-lahan. Kemudian simpan biskut dalam balang. Senang je pun.

Sexy kan? Tergoda iman tau tengok ni bulan puasa.


Selamat mencuba.

Ps: Nak nampak cun lagi boleh “drizzle” white coklat atas permukaan biskut bar coklat tu.

Resipi wajib cuba: Biskut Kacang Mazola Lejen Campur Semua Bahan Uli Sekejap, Siap!

IKLAN