Ramai yang menganggap peti sejuk tempat penyimpanan makanan paling selamat. Bukan itu saja kita turut menyangkakan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tidak akan basi.
Sebenarnya tanggapan itu salah kerana peti sejuk juga boleh menjadi tempat pembiakan bakteria dan merosakkan makanan serta berpotensi sebagai punca jangkitan kuman kepada ahli keluarga.
Gambar Hiasan
Kebiasaan masalah yang boleh berlaku kepada ahli keluarga disebabkan bakteria dalam peti sejuk iaitu keracunan makanan dan jangkitan pada usus.
Ditambah pula dengan pelbagai jenis barang kering dan basah disimpan, kadang tu akan menyebabkan bau kurang menyenangkan. Nak buang sayang sebab nampak elok. Tapi sebaik-baiknya seminggu sekali boleh bersihkan peti sejuk dan buang mana yang dah tak guna.
Bagi yang mengalami masalah peti sejuk berbau, tip yang dikongsikan oleh saudara Sufri Jamaluddin di Group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official boleh dicuba. Modal tak sampai RM3 pun boleh selesaikan masalah ini.
Ads
Tips mewangikan peti sejuk di rumah
Hanya menggunakan esen vanila, peti ais yang berbau boleh jadi wangi tanpa menjejaskan bau dan rasa pada makanan yang disimpan. Caranya sangat mudah, tuangkan esen vanila pada sehelai kain atau tisu dan lapkan di dalam peti sejuk.
Ads
Tapi video ini tetap melibatkan proses penyediaan makanan harian kita di rumah. So dalam kita nak menyediakan makanan, kekemasan di dapur adalah kunci kepada mutu kebersihan makanan yang kita buat yerr.
p/s: Saya record video ni masa saya tengah kerja di balai. Time ni saya nak masak untuk rakan-rakan kerja. That’s why saya sedang pakai uniform. Harap tak ada yang salah faham. Btw, loghat yang saya cakap ni bukan loghat perak ye. Orang kiter lapor diri sikit kat komen.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penceramah Ustaz Ebit Lew antara penceramah yang cukup prihatin dalam membantu meringankan bebanan pelbagai pihak. Keprihatinannya dalam kesusahan hidup insan lain sememangnya tidak mampu disangkal oleh sesiapa pun. Dia cepat bertindak dalam serba serbi.
Begitu juga dalam kehidupan berkeluarganya. Biarpun sibuk membantu mereka yang memerlukan bantuannya saban hari namun suami penyayang ini tetap tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya kepada isteri dan anak-anak yang sentiasa memerlukannya.
Biarpun dihimpit tugas sebolehnya dia akan cuba untuk meluangkan masa bersama bidadari hatinya yang sentiasa menjadi penyokong kuat. Biar tidak lama, bersantai di belakang rumah sambil mendengar luahan hati si isteri sudah memadai dan inilah tip berkeluarga yang cuba disampaikan oleh Ustaz Ebit Lew menerusi instagram miliknya.
“Rindunya..dating belakang rumah jer. Pegang tangan dan berbual-bual terasa best sangat. Indahnya. Terapi dalam perjalanan hidup ini.
“Bestkan pegang tangan bidadari pun leh rasa tenang jer. Tengok rasa sejuk hati. Sayang bidadariku terima kasih sentiasa menemani abang dalam hidup ini,” kongsi Ustaz Ebit Lew menerusi sebuah video pendek.
Katanya lagi, biar pun satu ketika dahulu isterinya pernah menangis kerana tidak rela sering ditinggalkan kerana kerja dakwahnya namun kini isterilah orang yang paling memahami perjalanan dakwahnya. Malah bidadari kesayangannya ini sentiasa tersenyum dan tidak pernah bermasam muka, tanda sokongan padunya buat suami.
“Senyum jer. Tak pernah masam muka. Bila-bila masa abang pergi untuk kerja dakwah relaks jer. Walau mula-mula dulu menangis. Sama-sama menangis. Bidadari yang terlalu banyak pengorbanannya dalam menjadi asbab perjalanan hidup saya kini,” katanya lagi.
Malah kata Ustaz Ebit Lew lagi, kunci bahagia dan kejayaan seorang suami pastinya adalah menjaga sebaiknya dua insan penting iaitu ibu dan isteri.
“Nak bahagia hargai ibumu. Dan hargai bidadari dalam hidupmu. Doa seorang isteri itu besar nilainya. Doa insan disebalik hidup seorang lelaki. Bahagiakan hatinya. Sakitinya hilanglah nikmat dan rezeki dalam hidupmu. Doa di hati kecilnya amat berharga,” katanya lagi berkongsi.
Inilah yang sebaiknya dilakukan oleh semua suami. Biar sibuk bagaimana sekali pun, kewajipan pada isteri jangan diabaikan. Cubalah cari ruang walau pun seketika untuk bersama isteri yang selalu menjadi pendokong kuat kita.
Mama yang nak relaks sambil cuci mata, jom ke SINI.
Selepas pengumuman rentas negeri dibuat oleh Perdana Menteri, pastinya masing-masing dah ada perancangan untuk membawa ahli keluarga balik ke kampung atau bercuti ke destinasi pilihan. Semestinya dalam tempoh ini, lebuh raya akan kembali ‘meriah’ dengan kenderaan.
Bagi keluarga yang ada anak-anak kecil, perjalanan yang lancar dan tak perlu menempuh kesesakan berjam-jam sangat diharapkan bagi mengelakkan anak buat hal kerana mula bosan berada dalam kereta.
Lagi satu, dalam keadaan Covid sekarang ini, seboleh mungkin ibu bapa akan berhati-hati untuk berhenti di kawasan rehat yang ramai orang untuk memastikan keselamatan dan kesihatan ahli keluarga terjaga.
Oleh itu, bagi anda yang ada perancangan dalam masa terdekat untuk merentas negeri, perkongsian dari saudara Afnan ini mungkin boleh jadi panduan.
Boleh check dulu lebuh raya sesak atau lancar
Kalau plan nak rentas negeri, selain dari Apps Waze, boleh jugak check kesesakan highway melalui portal rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia. Anda akan dapat Live Picture berapa banyak kereta sedang lalu dekat highway tersebut. Memang bagus dan boleh membantu untuk plan perjalanan.
Search je lembaga lebuhraya Malaysia.
Then, pilih lebuhraya mana yang nak tengok. Nanti akan appear Live view dari setiap camera yang ada dekat highway tu. Semoga perjalanan kita semua berjalan dengan lancar.
Ok itu sahaja! Rancang perjalanan anda dulu sebelum merentas negeri. Baru senang hati atas jalan raya tak banyak kereta. Hati-Hati di jalan. SOP jangan lupa.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak yang mempunyai dua pusar sering dikatakan sebagai seorang yang nakal, degil, tidak mendengar kata, keras kepala, menimbulkan masalah, sukar dikawal dan dikaitkan dengan pelbagai lagi label yang negatif.
Benarkah semua mereka begini?
Menurut Puan Noor Afidah Abu Bakar selalunya dari lahir lagi sudah kelihatan pusar anak. Jika anak mempunyai dua pusar, dari lahir lagilah label diberikan kepada anak terutamanya oleh segelintir orang tua-tua. Walaupun kita belum lagi cuba untuk mengenali anak tersebut dan belum cuba lagi mendidik anak tersebut, dia sudah pun dilabel dengan label yang membawa konotasi ‘akan memberi kesukaran’.
Adilkah begitu?
Jika begitu persepsi kita dari awal, maka segala kebaikan anak tidak akan kita nampak kerana yang kelihatan hanyalah tingkah laku yang menguji kesabaran kita.
Mungkin segelintir orang tua-tua ini mempunyai pengalaman dengan beberapa anak yang mempunyai dua pusar pada masa lalu mereka tetapi untuk membuat generalisasi tentang semua adalah salah sama sekali, apatah lagi menyebarkan kepercayaan yang tidak tepat itu.
Menurut National Human Genome Research Institute, iaitu sebuah institut yang banyak menjalankan kajian tentang genetik dan genomic manusia, 5% penduduk dunia mempunyai dua pusar. Pusar ini berkaitan dengan gene manusia.
Kepercayaan tentang anak dua pusar bukan hanya wujud dalam masyarakat Melayu sahaja, malah ia juga dipegang oleh masyarakat Cina, Vietnam, Filipina, Amerika, Portugis dan beberapa kelompok masyarakat lagi. Kemungkinan besar penghijrahan manusia membawa kepercayaan ini berhijrah dari satu tempat ke satu tempat sejak beratus-ratus tahun dahulu.
Ada kepercayaan kuno yang mengatakan roh akan memasuki tubuh seorang manusia melalui pusarnya sejak dari awal kandungan di dalam perut ibu lagi. Apabila bayi mempunyai dua pusar, dua roh akan memasuki tubuh bayi tersebut dan menyebabkan pertelingkahan antara kedua-dua roh ini. Kedua-dua roh ini akan cuba bersatu menjadi satu roh yang kemudiannya menjadi roh anak tersebut. Kerana pertembungan dua roh inilah, bayi itu membesar menjadi seorang yang keliru, sering memberontak, sukar dikawal, nakal dan degil.
Anda percaya?
Bukankah sebagai seorang Muslim kita percaya bahawa seorang anak dilahirkan seumpama kain putih dan ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya walaupun berapa pusar sekalipun yang dimiliki oleh anak tersebut?
Bukankah seorang anak itu lahir suci bersih tanpa dosa?
Ingatlah, kata-kata adalah satu doa. Kata-kata yang sering anak dengar tentang dirinya terutamanya daripada orang dewasa yang dekat dengan anak akan mewujudkan konsep diri (self concept) anak.
Anak sering tertanya tentang dirinya.
Siapa saya? Apakah peranan saya? Apakah kebaikan saya? Jika yang sering didengari tentang dirinya adalah label negatif, maka itulah kepercayaan anak tentang dirinya. Berhati-hatilah dalam melabel anak.
Tingkah laku seorang anak tidak bergantung kepada sifat fizikalnya sama ada mata bulat atau sepet, hidung mancung atau pesek, kulit cerah atau gelap, punya cuping telinga atau tidak, boleh gulung lidah ataupun tidak, kaki panjang atau pendek dan sebagainya.
Sifat fizikal tidak menentukan tingkah laku.
Tingkah laku anak bergantung kepada bagaimana ibubapa memahami dan mendidik anak.
Ibubapa perlu faham:
1) Perkembangan kanak-kanak (Child Development).
Semua tingkah laku anak adalah bersesuaian dengan usia dan perkembangannya. Kita tidak boleh mengharapkan anak kecil bersopan seperti orang dewasa kerana dia belum lagi boleh berfikir seperti orang dewasa, apatah lagi jika kita tidak membimbingnya dengan adab yang sepatutnya.
Kita juga tidak boleh mengharapkan anak A menjadi seperti anak B kerana mungkin perkembangan sosial dan emosi anak A tidak setara dengan anak B. Dia masih perlu dibimbing.
Kita tidak boleh mengharapkan anak berupaya untuk mendengar kata jika perkembangan bahasa dan komunikasinya masih perlu dipupuk supaya dia faham apa yang diberitahu dan diarah kepadanya.
Jika anak mempunyai kelewatan dari segi perkembangannya atau perkembangannya tidak sepadan dengan usia, bawalah anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak.
Mereka dapat membantu dengan terapi yang sepatutnya. Usah diberi anak makan macam-macam produk yang mungkin hanya memudaratkan anak lagi. Kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan anak menjadi lebih sukar dikawal, begitu juga dengan bahan pengawet dan pewarna.
2) Pembawaan kanak-kanak (Temperament).
Setiap seorang daripada kita dilahirkan dengan sifat semulajadi atau pembawaan yang berbeza-beza. Ada yang mudah diuruskan,tidak cerewet, ada yang lebih aktif dan perlukan lebih pemahaman dan pemantauan, ada yang pendiam dan pemalu yang memerlukan lebih galakan.
Sebagai ibubapa kita perlu mengetahui anak kita berada dalam kategori pembawaan yang bagaimana kerana cara kita menguruskan anak bergantung kepada pembawaan mereka. Kita tidak boleh menggunakan satu kaedah saja untuk mendidik pembawaan yang berbeza-beza.
Oleh itu kenalilah anak anda. Luangkan masa bersama-sama anak untuk lebih mengenali dan memahami pembawaannya.
3) Fahami juga kecenderungan anak.
Kecenderungan anak kecil adalah bermain dan meneroka. Jika anak itu suka meneroka, sering ke sana kemari, mencuba itu ini, memegang itu ini, itu adalah sifat yang normal pada kanak-kanak. Kanak-kanak belajar melalui meneroka dan bermain. Usah di halang.
Apa yang perlu dilakukan oleh ibubapa adalah mewujudkan persekitaran yang selamat supaya penerokaan anak tidak memudaratkan keselamatan anak.
Peraturan juga perlu ditetapkan oleh ibubapa supaya penerokaan si anak tidak mengganggu orang lain atau pun merosakkan harta benda orang lain.
4) Selain itu ibubapa juga perlu sepakat dalam proses mendidik dan membesarkan anak. Ibubapa perlu sepakat tentang kaedah dan peraturan yang hendak ditetapkan dalam rumah supaya anak lebih mudah dikawal.
Jika ayah berkata “Ya” dan ibu berkata “Tidak”, anak akan keliru dan itulah yang menjadi punca utama anak degil dan tidak mendengar kata. Apabila dia keliru cakap siapa yang perlu diikut, dia akan mengikut kata hati dia sendiri yang sering kali menimbulkan lebih banyak masalah kerana dia belum berpengalaman untuk membuat keputusan.
5) Ibubapa adalah guru dan role model terbaik anak. Anak adalah cerminan diri kita sendiri. Adakah kita memberikan teladan tingkah laku yang baik buat anak-anak kita?
Ingatlah banyak faktor yang akan membentuk dan menentukan tingkah laku anak. Di antaranya adalah bimbingan daripada ibubapa, persekitaran anak, rakan-rakan anak, apa yang ditonton dan didengar, keyakinan diri dan jati diri anak, emosi anak, sosio ekonomi keluarga dan juga pegangan agama dalam keluarga yang akhirnya akan menentukan nilai dan akhlak secara keseluruhannya.
Jangan jadikan dua pusar sebagai ‘escapism’ atau jalan keluar untuk kita berputus asa dengan anak. Sentiasalah berdoa supaya anak-anak kita menjadi insan yang berguna dan menyumbang kepada masyarakat.
Oh ya, anak saya sendiri mempunyai dua pusar kepala.