Anak yang mempunyai dua pusar sering dikatakan sebagai seorang yang nakal, degil, tidak mendengar kata, keras kepala, menimbulkan masalah, sukar dikawal dan dikaitkan dengan pelbagai lagi label yang negatif.
Benarkah semua mereka begini?
Menurut Puan Noor Afidah Abu Bakar selalunya dari lahir lagi sudah kelihatan pusar anak. Jika anak mempunyai dua pusar, dari lahir lagilah label diberikan kepada anak terutamanya oleh segelintir orang tua-tua. Walaupun kita belum lagi cuba untuk mengenali anak tersebut dan belum cuba lagi mendidik anak tersebut, dia sudah pun dilabel dengan label yang membawa konotasi ‘akan memberi kesukaran’.
Adilkah begitu?
Jika begitu persepsi kita dari awal, maka segala kebaikan anak tidak akan kita nampak kerana yang kelihatan hanyalah tingkah laku yang menguji kesabaran kita.
Mungkin segelintir orang tua-tua ini mempunyai pengalaman dengan beberapa anak yang mempunyai dua pusar pada masa lalu mereka tetapi untuk membuat generalisasi tentang semua adalah salah sama sekali, apatah lagi menyebarkan kepercayaan yang tidak tepat itu.
Menurut National Human Genome Research Institute, iaitu sebuah institut yang banyak menjalankan kajian tentang genetik dan genomic manusia, 5% penduduk dunia mempunyai dua pusar. Pusar ini berkaitan dengan gene manusia.
Kepercayaan tentang anak dua pusar bukan hanya wujud dalam masyarakat Melayu sahaja, malah ia juga dipegang oleh masyarakat Cina, Vietnam, Filipina, Amerika, Portugis dan beberapa kelompok masyarakat lagi. Kemungkinan besar penghijrahan manusia membawa kepercayaan ini berhijrah dari satu tempat ke satu tempat sejak beratus-ratus tahun dahulu.
Ada kepercayaan kuno yang mengatakan roh akan memasuki tubuh seorang manusia melalui pusarnya sejak dari awal kandungan di dalam perut ibu lagi. Apabila bayi mempunyai dua pusar, dua roh akan memasuki tubuh bayi tersebut dan menyebabkan pertelingkahan antara kedua-dua roh ini. Kedua-dua roh ini akan cuba bersatu menjadi satu roh yang kemudiannya menjadi roh anak tersebut. Kerana pertembungan dua roh inilah, bayi itu membesar menjadi seorang yang keliru, sering memberontak, sukar dikawal, nakal dan degil.
Anda percaya?
Bukankah sebagai seorang Muslim kita percaya bahawa seorang anak dilahirkan seumpama kain putih dan ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya walaupun berapa pusar sekalipun yang dimiliki oleh anak tersebut?
Bukankah seorang anak itu lahir suci bersih tanpa dosa?
Ingatlah, kata-kata adalah satu doa. Kata-kata yang sering anak dengar tentang dirinya terutamanya daripada orang dewasa yang dekat dengan anak akan mewujudkan konsep diri (self concept) anak.
Ads
Anak sering tertanya tentang dirinya.
Siapa saya? Apakah peranan saya? Apakah kebaikan saya? Jika yang sering didengari tentang dirinya adalah label negatif, maka itulah kepercayaan anak tentang dirinya. Berhati-hatilah dalam melabel anak.
Tingkah laku seorang anak tidak bergantung kepada sifat fizikalnya sama ada mata bulat atau sepet, hidung mancung atau pesek, kulit cerah atau gelap, punya cuping telinga atau tidak, boleh gulung lidah ataupun tidak, kaki panjang atau pendek dan sebagainya.
Sifat fizikal tidak menentukan tingkah laku.
Tingkah laku anak bergantung kepada bagaimana ibubapa memahami dan mendidik anak.
Ibubapa perlu faham:
1) Perkembangan kanak-kanak (Child Development).
Semua tingkah laku anak adalah bersesuaian dengan usia dan perkembangannya. Kita tidak boleh mengharapkan anak kecil bersopan seperti orang dewasa kerana dia belum lagi boleh berfikir seperti orang dewasa, apatah lagi jika kita tidak membimbingnya dengan adab yang sepatutnya.
Ads
Kita juga tidak boleh mengharapkan anak A menjadi seperti anak B kerana mungkin perkembangan sosial dan emosi anak A tidak setara dengan anak B. Dia masih perlu dibimbing.
Kita tidak boleh mengharapkan anak berupaya untuk mendengar kata jika perkembangan bahasa dan komunikasinya masih perlu dipupuk supaya dia faham apa yang diberitahu dan diarah kepadanya.
Jika anak mempunyai kelewatan dari segi perkembangannya atau perkembangannya tidak sepadan dengan usia, bawalah anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak.
Mereka dapat membantu dengan terapi yang sepatutnya. Usah diberi anak makan macam-macam produk yang mungkin hanya memudaratkan anak lagi. Kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan anak menjadi lebih sukar dikawal, begitu juga dengan bahan pengawet dan pewarna.
2) Pembawaan kanak-kanak (Temperament).
Setiap seorang daripada kita dilahirkan dengan sifat semulajadi atau pembawaan yang berbeza-beza. Ada yang mudah diuruskan,tidak cerewet, ada yang lebih aktif dan perlukan lebih pemahaman dan pemantauan, ada yang pendiam dan pemalu yang memerlukan lebih galakan.
Sebagai ibubapa kita perlu mengetahui anak kita berada dalam kategori pembawaan yang bagaimana kerana cara kita menguruskan anak bergantung kepada pembawaan mereka. Kita tidak boleh menggunakan satu kaedah saja untuk mendidik pembawaan yang berbeza-beza.
Ads
Oleh itu kenalilah anak anda. Luangkan masa bersama-sama anak untuk lebih mengenali dan memahami pembawaannya.
3) Fahami juga kecenderungan anak.
Kecenderungan anak kecil adalah bermain dan meneroka. Jika anak itu suka meneroka, sering ke sana kemari, mencuba itu ini, memegang itu ini, itu adalah sifat yang normal pada kanak-kanak. Kanak-kanak belajar melalui meneroka dan bermain. Usah di halang.
Apa yang perlu dilakukan oleh ibubapa adalah mewujudkan persekitaran yang selamat supaya penerokaan anak tidak memudaratkan keselamatan anak.
Peraturan juga perlu ditetapkan oleh ibubapa supaya penerokaan si anak tidak mengganggu orang lain atau pun merosakkan harta benda orang lain.
4) Selain itu ibubapa juga perlu sepakat dalam proses mendidik dan membesarkan anak. Ibubapa perlu sepakat tentang kaedah dan peraturan yang hendak ditetapkan dalam rumah supaya anak lebih mudah dikawal.
Jika ayah berkata “Ya” dan ibu berkata “Tidak”, anak akan keliru dan itulah yang menjadi punca utama anak degil dan tidak mendengar kata. Apabila dia keliru cakap siapa yang perlu diikut, dia akan mengikut kata hati dia sendiri yang sering kali menimbulkan lebih banyak masalah kerana dia belum berpengalaman untuk membuat keputusan.
5) Ibubapa adalah guru dan role model terbaik anak. Anak adalah cerminan diri kita sendiri. Adakah kita memberikan teladan tingkah laku yang baik buat anak-anak kita?
Ingatlah banyak faktor yang akan membentuk dan menentukan tingkah laku anak. Di antaranya adalah bimbingan daripada ibubapa, persekitaran anak, rakan-rakan anak, apa yang ditonton dan didengar, keyakinan diri dan jati diri anak, emosi anak, sosio ekonomi keluarga dan juga pegangan agama dalam keluarga yang akhirnya akan menentukan nilai dan akhlak secara keseluruhannya.
Jangan jadikan dua pusar sebagai ‘escapism’ atau jalan keluar untuk kita berputus asa dengan anak. Sentiasalah berdoa supaya anak-anak kita menjadi insan yang berguna dan menyumbang kepada masyarakat.
Oh ya, anak saya sendiri mempunyai dua pusar kepala.
Zaman bercinta dan berkahwin tak sama. Sebab itu kesabaran dan sikap bertolak-ansur sangat penting. Kadang tu apa yang kita harapkan dari pasangan mungkin tak seperti yang kita harapkan.
Jadi perkara paling penting jangan terlalu memikirkan kesempurnaan pasangan kerana setiap dari kita mesti ada kelemahannya.
Setelah bergelar ibu bapa pun, kita juga harus faham apa yang perlu dilakukan. Maksudnya tanggungjawab itu dah lebih besar dan tak boleh buat sewenang-wenangnya. Anak-anak pun akan belajar melalui apa yang kita tunjukkan pada mereka.
Melalui perkongsian dari Afnan Rosli, sebagai suami anda sepatutnya menjalankan tanggungjawab sebaiknya untuk isteri dan anak. Jika rasa isteri seperti susah nak bekerjasama mesti ada sebabnya.
Solat jemaah rahsia kerukunan rumah tangga
Pagi tadi lepas solat jemaah, belum sempat wirid tau-tau wife saya dah landing atas riba. Mungkin penat sangat jaga baby semalam kot. Takpela saya pun teruskan wirid dan doa sampai habis.
Lepas doa, saya nak bangun, tapi bila tengok balik muka wife yang keletihan ni, tak sampai hati nak kejut. Maka saya biarkan lah dia tidur kejap.
Tengah duk termenung sambil tenung muka bidadari saya ni, saya terfikir, macamana budak ni boleh jadi baik sangat ya?
Fikir punya fikir, akhirnya saya dapat. Rupanya Jawapan pada Solat Jemaah. Dulu kami jarang solat Jemaah. Masing-masing kalau tak sependapat kira nak gaduh je. Saya pun ego jugak, kira nak betul kita je kan.
Tapi bila dah mula berjemaah, cakap apa pun semua boleh cakap baik2. Cakap apa pun semua dia ikut. Rupanya Solat Berjemaah ni memang Power!
Ada beberapa concept yang ramai tak faham dalam rumah tangga. Antara basicnya ialah, lelaki ni dia nak Di HORMATI. Manakala wanita pula dia nak di SAYANGI. Apa yang terjadi pada ramai pasangan. Diorang expect dapat benda2 itu dari pasangan mereka dulu.
Maksud nya, kalau u sayang i, i hormat u. Macamtu jugak lah pada lelaki. U hormat i, i sayang u. Sebenarnya, the key is kita kena mula dengan diri kita dulu. Kalau kita lelaki, kita yang mula tunjuk kasih sayang pada Isteri kita dulu, nescaya isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Automatic!
Dan yang best nya, benda ni ada dalam SOLAT JEMAAH. Bila solat jemaah, Automatic Sense of HORMAT pada suami tu akan terbentuk dalam Jiwa Isteri. Sebab suami jadi Imam, apa suami buat semua isteri ikut, patuh dan taat. Bila suami doakan apa-apa hajat pun semua isteri amin kan. Maka dua-dua ada matlamat yang sama, ada doa yang sama. Senang nak capai Kejayaan & Matlamat kalau sama-sama berdoa ni.
The cycle will continue, Bila suami Dihormati, dia Automatic akan rasa bersalah kalau tak mencintai. Isteri bila di Cintai Automatic timbul rasa Hormat. Begitu lah seterusnya kitaran emosi dalam perkahwinan, asbab Solat Jemaah.
Jadi, kalau ada pasangan yang asyik2 nak gaduh, asyik-asyik tak sependapat, asyik suami nak marah. Ajak dia solat Jemaah. Susah lah kalau dah solat Jemaah hari-hari, nak gaduh jugak. Tak percaya cuba dulu 40 hari.
Bila kasih sayang ada dalam rumah, Rahmat Allah tu turun mencurah-curah. Allah Redha suami isteri yang berkasih sayang. Rezeki melimpah-limpah Allah turunkan.InsyaAllah.
Paling bagus pergi masjid bawak anak-anak sekali. Tapi kalau sibuk sangat mulakan di rumah dulu Subuh, Maghrib, Isya. Yela, waktu lain masing-masing dah busy dengan urusan masing2-masingkan. Waktu ni lah nak berkumpul family pun.
Orang kata lagi banyak kita memberi, lagi banyak rezeki yang tak jangka sentiasa dekat dengan kita. Ibaratnya duit yang kita bagi tu dapat semula dalam bentuk lain. Hebatkan!
Itu sebabnya bila kita tak berkira dengan ahli keluarga atau bersedekah pada orang yang memerlukan hati rasa lapang. Walaupun gaji kecil, masih mencukupi untuk tunggu gaji seterusnya. Inilah kuasa sedekah.
Bagaimana kita nak pastikan duit yang kita peroleh tu berkat. Perkongsian dari Puan Hana Shahadan ini cukup mudah.
Tip Elak Kebocoran Wang
Contohnya kan, baru dapat duit gaji ni, tiba-tiba tayar motor pancit. Tengok-tengok kereta rosak, eh kena bayar itu ini. Duit pun habis lagi. Kena tunggu gaji bulan depan pula.
Pesanan unggul Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, nak sedekah paling baik adalah waktu subuh. Dan setiap kali nak beri sedekah, niatkan dalam hati “ya allah supaya mengalir pahala sedekah ini, saya niatkan untuk diriku, pasanganku, mak ayah ku, keluargaku, adik beradikku, guru guru ku dan seluruh umat Islam.
Setiap kali dapat rezeki pula, “Ya Allah berilah berkat dalam setiap rezeki yang saya dapat”. Amin Ya Rabb.
So ini tipsnya, dahulukan mana yang penting dan mana paling perlu. Dengan kita gembirakan isteri, Allah turunkan rezeki. Dengan kita bahagiakan mak ayah, Allah beri rahmat.
Dengan kita belanja anak-anak, Allah beri kita rezeki berkasih sayang. Dengan kita bersedekah, hati jadi lapang. Jiwa pasti tenang. Mereka mendoakan kita kembali. Dengan kita bayar orang makan atau belanja orang makan itu juga adanya berkah dan gembirakan orang.
Amalkan 5 tip ini untuk dapatkan keberkatan rezeki
1) jangan berkira dengan isteri.
2) jangan berkira dengan mak ayah.
3) jangan berkira dengan anak2.
4) jangan berkira untuk sedekah tak kira berapa sen. Lagi lagi kepada orang tua dan anak yatim.
5) selalu bagi orang makan/ bayar orang makan.
*buat tabung sedekah subuh*, masukkan duit tak kira berapa setiap kali subuh. Dan hari Jumaat, pergi masjid masukkan dalam tabung masjid. Jumaat yang baraqah. Insyaallah, memberilah.
#share perkongsian ini juga adalah sedekah ilmu untuk ramai orang belajar.
Wanita dari tulang rusuk lelaki. Sifat tulang rusuk ni mudah patah. Begitulah hati wanita ni sangat halus, mudah sangat nak terguris. Jangan samakan hati suami dengan isteri. Hati lelaki tak sama sama dengan perempuan. Orang laki lebih cepat memaafkan berbanding wanita sebab lelaki lebih banyak rasional berbanding emosi.
SUAMI JANGAN BIARKAN ISTERI TANPA DIPUJUK.
Isteri lebih banyak melayani emosi, jangan marah pada isteri, sebab Allah sudah jadikan fitrah wanita begitu.
Cuba kita tengok orang perempuan bila bersembang suka laga pipi, berpelukan sesama mereka, dan perkara ni kalau jadi kat kaum lelaki orang akan pandang jelek.
Jadi bila isteri tu merajuk, jangan kita biarkan dia tersadai dengan emosinya sendirian, dia perlu dibelai, perlu dipujuk, say sorry to her, peluklah dia. Orang perempuan kebanyakannya suka dipeluk.
Tak rugi peluk isteri, hormon Oxytocin isteri akan bertambah, dia akan jadi orang yang sangat happy bersuamikan kita. Bukan itu sahaja, bila isteri happy, ia mengundang rahmat Allah. Bila rahmat Allah datang, bertambah lagi keberkatan dalam kehidupan suami in shaa Allah
"Tak siapa sangka, rumah yang dulu penuh dengan suara gelak tawa kini bertukar menjadi lokasi tragedi berdarah."Awal pagi tadi, ketika kebanyakan daripada kita masih...