tidur guna

Kita ingatkan bila dah tidur, bangun nanti kita akan bertambah segar. Tapi tidak, jadi makin malas dan lemau. Pernah tak anda alami keadaan ini?

Bila bangun pagi, sakit kepala, badan rasa letih dan tekak pun kering. Rupa-rupanya ia disebabkan kita tutup rapat pintu bilik.

Buka Sikit Pintu Bilik Waktu Tidur Malam, Baru Aura Positif Dekat Dengan Suami Isteri!

Ikuti penerangan dari Hafiz Sulaiman ini.

JANGAN TIDUR BILIK TERTUTUP RAPAT
———————————————————————-

Lama dah saya duk hairan dulu-dulu..Kenapa bila bangun tidur waktu pagi. Sakit kepala..badan lemah, kulit dan tekak jadi kering. Moody dan blurr je sokmo.

Ramai orang buat macam ni..tutup pintu dan tingkap rapat..biasanya bila kita tido dalam aircond. Memang syok tido tapi awas kesannya ya..

Kondisi ni dikaitkan dengan “Sick Building Syndrome”. Orang kerja pejabat pun boleh dapat masalah sama. Sebenarnya split aircond yang biasa kita guna kat rumah tu memang tak circulate udara masuk keluar dalam bilik tertutup. Air purifier pun cuma bersihkan udara, paras udara masih sama.

IKLAN

Buka Sikit Pintu Bilik Waktu Tidur Malam, Baru Aura Positif Dekat Dengan Suami Isteri!

Ujikaji oleh syarikat Smart Air Filter ke atas bilik office dijalankan untuk uji paras oksigen dan karbon dioksida. Bilik ditutup rapat diisi padat 7 orang. Keputusannya, oksigen kurang hanya 0.3% saja daripada 21% oksigen di udara… Tapi yang mengejutkan ialah paras karbon dioksida meningkat 0.08% kepada 0.35%. Hampir 3 kali ganda! Perlu kita sedar, karbon dioksida di udara hanya 4% saja..Jadi kesan kepada kesihatan mungkin signifikan.

Karbon dioksida ni boleh rendahkan kognitif dan kesedaran. Tu yang jadi blurr dan moody lama-lama duk berakar dalam office tertutup. Jadi saya nak share beberapa SOLUSI.

Buka Sikit Pintu Bilik Waktu Tidur Malam, Baru Aura Positif Dekat Dengan Suami Isteri!

IKLAN

# Bila tidur dalam bilik aircond, memang tak logik buka tingkap dan pintu luas-luas. Buka aircond untuk sejukkan bilik. Kemudian bila nak tido, buka tingkap dan guna kipas saja. Lepas tengah malam, udara luar biasanya sejukkk.

Artikel Lain: [Tak Tutup Pintu Tandas Punca Suami Isteri Selalu Bergaduh, Tandas Tempat Tinggal Jin & Syaitan]

# Jika kena tido dalam aircond juga sampai pagi.. Bukan sikit celahan pintu atau tingkap sudah mencukupi. At least ada lah pengedaran udara.

# Duk office tertutup dalam sejam sekali pergilah ke tingkap ambik udara. Tarik nafas dalam-dalam, hembus pelan-pelan. Teknik ni mengurangkan stres dan tambahkan oksigen supaya kita jadi segar dan sihat.

IKLAN

Buka Sikit Pintu Bilik Waktu Tidur Malam, Baru Aura Positif Dekat Dengan Suami Isteri!

Tidur kualiti ni penting. Badan perlu rehat untuk pulih dari stres bekerja seharian. Badan kita juga nak repair mana rosak. Bukak celahan tingkap sikit mungkin cegah daripada penyakit

SHARE supaya family kita AWARE. Penting untuk kualiti tidur anak-anak kita. Insha Allah meningkatkan prestasi kerja kita dan rakan di office kita juga.

Artikel Lain: [Jangan Solat Sendiri, Ajaklah Pasangan Bersama. Ini Saat Romantik Untuk Suami Isteri]

Follow saya SEE FIRST untuk tips kesihatan saintifik dan luar biasa. Kesihatan secara semulajadi dan fitrah.

Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.

Semoga dengan penjelasan ini memberi manfaat kepada kita semua. Bolehlah cuba tip ini kalau anda selalu merasa lemau atau jadi malas bila bangun pagi. Dengan cara ini, hubungan suami isteri pun jadi lebih mesra dan hubungan dengan anak-anak juga bertambah baik. Hari yang bermula dengan baik akan berakhir dengan baik. Selamat mencuba!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI