Kuih koci mungkin sudah sebati dengan kehidupan kita. Namun kuih yang satu ini sedikit berbeza. Hampir sama dengan kuih koci, namun kuih permata zamrud yang cantik ini rasanya sedikit berbeza. Lebih manis dan berlemak.

Resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini nampak mudah hendak disediakan. Rasanya lembut dan berlemak. Jom cuba!

Resipi wajib cuba: Puas Hati Makan Bila Buat Sendiri Rempeyek Sedap Terlebih Bilis, Padu!

Bukan Koci Tapi Kuih Permata Zamrud, Sedapnya Berlemak, Nak Buat Pun Senang!


KUIH PERMATA ZAMRUD 💓

Kuih permata zamrud merupakan sejenis kuih yang enak dan mempunyai rasa lemak manis seperti kuih koci. Seperti namanya , kuih ini juga comel dan cantik tetapi warnanya tidak sama dengan kuih koci.

Terdapat dua bahagian pada kuih ini iaitu bahagian berwarna hijau dan putih. Bahagian berwarna hijau diperbuat daripada tepung pulut dengan inti kelapa. Manakala bahagian luarnya pula yang berwarna putih merupakan campuran daripada santan pekat , tepung beras serta sedikit tepung gandum dan tepung jagung.

Bukan Koci Tapi Kuih Permata Zamrud, Sedapnya Berlemak, Nak Buat Pun Senang!

IKLAN

Bahan A :
2 cawan tepung pulut
3/4 cawan air pandan
sedikit pewarna hijau

Bahan B :
2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung beras
2 sb tepung jagung
2 sb tepung gandum
1/2 sk garam

Bahan Inti Kelapa :
1 cawan gula merah
sedikit gula pasir ( optional )
1/4 cawan air
1 helai daun pandan
2 cawan kelapa parut
2 sb tepung jagung

Bukan Koci Tapi Kuih Permata Zamrud, Sedapnya Berlemak, Nak Buat Pun Senang!Untuk membuat inti, cairkan gula merah bersama air dan daun pandan di atas kuali. Kacau sebati sehingga gula hancur ke semuanya. Masukkan kelapa parut. Gaul sebati sehingga kering.

Masukkan tepung jagung, gaul rata. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas dan ketepikan seketika.

IKLAN

Bukan Koci Tapi Kuih Permata Zamrud, Sedapnya Berlemak, Nak Buat Pun Senang!Untuk membuat doh pula, masukkan tepung pulut ke dalam bekas. Satukan pewarna hijau dan air pandan. Tuang sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.

Bulat bulatkan doh kepada beberapa bahagian kecil, ketepikan.

Bukan Koci Tapi Kuih Permata Zamrud, Sedapnya Berlemak, Nak Buat Pun Senang!Masukkan pula ke semua Bahan B ke dalam periuk. Kacau sehingga tiada adunan tepung yang berketul. Masak di atas dapur dengan api perlahan sehingga naik wap sahaja, ketepikan.

Sediakan acuan lompang , sapu sedikit minyak pada acuan. Ambil satu doh dan leperkan.

IKLAN

Bukan Koci Tapi Kuih Permata Zamrud, Sedapnya Berlemak, Nak Buat Pun Senang!

Masukkan inti kelapa dan tutupkan doh dengan kemas. Bulatkan semula doh dan masukkan ke dalam acuan. Ulang proses sehingga habis.

Tuangkan Bahan B tadi ke dalam acuan. Pastikan adunan santan tidak menutupi adunan doh. Susunkan di dalam pengukus.

Bukan Koci Tapi Kuih Permata Zamrud, Sedapnya Berlemak, Nak Buat Pun Senang!

Panaskan pengukus dan kukus selama 10 minit menggunakan api sederhana atau sehingga masak.

Siap, sedia dihidang.

Resipi wajib cuba: Agar Agar Gula Merah Santan Legend, Sukatan Tepat Lembut, Senangnya Nak Buat!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI