Agar-agar antara manisan pencuci mulut yang paling senang hendak disediakan. Pun begitu sukatan dan kuantiti air adakalanya buat kita keliru dan teragak-agak. Apa lagi bila hendak menyediakan Agar-Agar Gula Merah Bersantan ini. Punyalah sedap tetapi bila hendak cuba membuatnya kita jadi keliru dengan gabungan santan. Bimbang terlebih air.
Resipi yang dikongsikan oleh Mizah Ngatiman ini memang awesome. Agar-agar gula merahnya lembut dan sedap. Malah aromanya cukup wangi. Nak tahu cara tepat menyediakan agar-agar ni? Jom cuba.
Resipi wajib cuba: Sambal Goreng Jawa Versi 6 Bintang, Ringkas Tapi Sedap Terangkat Padu!
Suami request nak makan sebab dia bagitahu cuaca panas sedap makan sejuk sejuk. Jadinya buatlah jugaa. Bulan puasa buat time berbuka compom sedap.
Bahan bahan disediakan.
18gm agar agar tali
Daun pandan
1 biji telur
1 cawan gula merah
3/4 cawan gula pasir
1 kotak kecil santan
5 cawan air
Secubit garam
Masak air dan agar agar hingga larut. Simpulkan daun pandan sekali.
Masukkan gula merah.
Masukkan gula pasir. Kacau hingga semua hancur.
Sementara itu, satukan santan, telur dan garam. Kocok.
Dah hancur gula tadi, tutup api dan tapis.
Masuk semula periuk. Masak lagi.
Masukkan santan tadi.
Sentiasa kacau. Supaya santan tak bergentel. Tunggu mendidih manja. Tutup api. Sedia dituang dalam loyang.
Tips, loyang basahkan dulu supaya mudah diterbalikkan nanti. Sejukkan dan kalau nak cepat masuk peti sejam dua hingga keras.
Selepas keluar dari peti. Sisipkan sedikit bahagian tepinya. Kemudian terbalikkan.
Siap dipotong. Wangiiii. Cukup manis lemak rasanya.
Cantik dah siap potong. Teksturnya cukup pejal.
Cukup tebal tak santannya… Hiks.
Resipi wajib cuba: Mudahnya Buat Biskut Oat Cornflakes Ni Ekstra Sedap, Rasa Pun Power!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI