Bertindak tegas dengan anak memang perlu. Pun begitu ada waktun dan situasi, bertindak tegas ini kelak akan membuatkan anak mula makan hati dan menjauh diri.

Bukan merajuk tetapi anak sudah mula ‘shut down’ dengan kita. Menurut Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim, berlembutlah dengan anak. Anak hanya perlukan perhatian kita.

Bukan Merajuk Tapi Anak Dah Mula ‘Shut Down’ Pada Kita, Mak Ayah Berlembutlah!


5 tanda hati anak dah “shut down” pada kita

1 – Dia dah tak suka bercakap dengan kita
Kita puas ajak dia bercakap tapi dia sikit pun tak ambil kisah. Tanya sepatah, jawab sepatah je. Kadang tak jawab langsung.

2 – Dia selalu menjauh dari kita
Suka main sorang-sorang. Suka bersendirian. Bila kita datang tempat dia duduk, terus dia bangkit pergi ke tempat lain.

Bukan Merajuk Tapi Anak Dah Mula ‘Shut Down’ Pada Kita, Mak Ayah Berlembutlah!

3 – Dia cepat membentak
Tak boleh tegur sikit, cepat dia bentak. Kadang melawan cakap, kadang hentak kaki, kadang pintu di hempas.

IKLAN

4 – Dia tak suka di peluk dan cium
Bila bonding dah shut down itu la tanda besar bahawa hati anak dah sangat jauh. Sampaikan kita nak peluk dan cium pun dia tak suka.

Bukan Merajuk Tapi Anak Dah Mula ‘Shut Down’ Pada Kita, Mak Ayah Berlembutlah!

5 – Dia langsung tak peduli kita
Kita marah ke, kita sedih ke, kita membebel ke anak dah langsung tak peduli. Sedikit pun dia tak terkesan, riak wajah dia sama je. Itu tanda dah hilang kebergantungan pada ibu ayah.

Bila “shut down” ni adalah satu dari gejala 3F yang boleh berlaku pada otak reptilia anak iaitu gejala fight.

IKLAN

Masa ni otak anak dalam mode nak melawan je. Apa kita cakap semua dia nak bangkang. Sikit pun tak takut atau hormat kita.

Bukan Merajuk Tapi Anak Dah Mula ‘Shut Down’ Pada Kita, Mak Ayah Berlembutlah!

Sayangnya jika ini berlaku, sebaiknya kurangkan la berkeras dengan anak walau sekeras mana pun perangai dia.

Sungguh, anak begini sebenarnya cuma kasar di luaran je tapi dalaman dia hanya mahu di beri layanan selembut lembutnya dari ibu ayah. Sebab jarang dapat la dia jadi kasar begitu.
Allahu.

IKLAN

~ Mohd Fhais Salim ~

Menarik: Kalau Tak Nak Anak Belajar Menipu Jangan Biasakan Menjerit Jika Anak Buat Salah

Bukan Merajuk Tapi Anak Dah Mula ‘Shut Down’ Pada Kita, Mak Ayah Berlembutlah!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI