Mengenangkan jasa dan pengorbanan yang ibu ayah kita lakukan dahulu pasti boleh buat jatuh air mata. Bukan mudah untuk membesarkan serta mendidik anak-anak. Bila kini kita dah jadi ibu ayah, barulah faham kenapa dulu mereka cukup tegas dan garang semata-mata nak pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Seboleh-bolehnya bila kita dah dewasa ni nak buat sesuatu untuk balas semula jasa ibu aya. Dah tentulah tak boleh dibayar dengan duit kerana segala kasih-sayang dan pengorbanan mereka tiada nilainya.
Bercerita tentang penghargaan anak terhadap segala jasa ibu ayah, ahli perniagaan yang dikenali kerana sikap rendah diri dan murah hati, Hafiz Mahamad telah memuatnaik sebuah video di laman Instagram di mana dia membuat kejutan buat mama dan abahnya sempena hari mereka berpencen.
Dalam video tersebut, Hafiz dan adiknya bersalam dan memeluk abah mama mereka sebelum membuka penutup mata untuk melihat hadiah yang disediakan. Alangkah terkejutnya kedua orang tua Hafiz kerana hadiahnya berupa sebuah kereta mewah!
Ads
“Mama besarkan saya & adik dengan bekerja sebagai jururawat. Bila dh besar ni, saya mula sedar. Bukan mudah untuk besarkan kami..”
Harini hari terakhir mama bekerja,
Dalam lori ni, ada hadiah pencen untuk mama & abah,
3 bulan saya persiapkan untuk “hari bahagia” ini
Semalam saya datang surprise di “tempat kerja” mama. Sebak sangat rasa & surprise ni adalah surprise paling bermakna.
Mama besarkan saya & adik dengan bekerja sebagai jururawat. Bila dh besar ni, saya mula sedar. Bukan mudah untuk besarkan kami.
Ingat lagi waktu kecik dulu, kita minta apa pun Mama & Abah cuba sediakan tanpa ada air muka yg menunjukkan dia tak mampu walhal saya tahu dia perlu berkira kira. Itu yg saya mula sedar sekarang.
Saya membesar di kuarters kerajaan. Sampai 1 masa. Mama perlu pindah kerja ke negeri lain.
“Harini, seolah olah seperti “saya dapat mama & Abah saya balik
Diwaktu umur 13 tahun lah hingga lah besar. Saya terpaksa hidup berjauhan dgn “Mama”. Saya & adik pun, kami terpaksa berjauhan atas sebab Abah & mama bertugas di negeri lain.
Orang lain boleh rasa masakan Ibu setiap hari, tp saya ? “menjemput” Mama setiap kali dia datang di stesen kereta api, dari sk sampailah besar. itu saat saya paling bahagia
Apa yg saya boleh banggakan Mama ?
Tak terbalas semuanya
Mama & Abah selalu doakan perniagaan AINAA Beauty maju.
Saya bangga dibesarkan dengan didikan Abah Mama. Saya bangga dengan usaha abah mama besarkan saya.
Harini, saya nk hadir untuk bahagiakan mama & abah.
Terima kasih untuk isteriku, sayang tanpa awak “abang bukan siapa siapa” & abang hanya menumpang rezeki awak.
Terima Kasih team sampai pukul 4AM bantu saya siapkan surprise ni, Terima Kasih officemate mama banru untuk mencipta kenangan ni & Terima Kasih HaFis NaSerr permudahkan saya untuk hadiahkan kereta ini.
Abah pesan
“Selepas Abah Mama Pencen”
Kami hanya ada 10 tahun sahaja lagi, disaat kami umur 70 tahun nanti. Selepas pada umur tu, semuanya hanya lah bonus.
Abah Mama,
Hafiz tak membazir & bermewah selama ni.
Semuanya untuk Abah & Mama.
Hafiz & adik akan usaha untuk bahagiakan Mama Abah
Hafiz janji akan menjadi anak yg sentiasa sebarkan
“Kejayaan Demi Kebahagiaan”.
Jom, tonton video kejutan Hafiz buat mama dan abahnya;
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Anak comel kesayangan pelakon, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana menarik perhatian ramai apabila meminta ibunya mengejutkan seawal jam 4.30 pagi.
Semuanya kerana ingin melakukan solat solat tahajud sebelum ke sekolah pada jam 7 pagi.
Menerusi akaun Tik Tok, Che Ta berkongsi gelagat Aisyah yang memang comel. Tak hairanlah dipuji wargamaya.
Menerusi video yang di muat naik di TikTok, Aaisyah menyatakan hasrat untuk bangun beribadat pada awal pagi dan meminta ibunya untuk mengejutkannya.
“4.30 pagi saya akan bangun untuk solat tahajud, kemudian pukul 7 saya akan bangun untuk pergi ke kelas.
“Boleh la mummy, nanti mummy sembur air dekat Aaisyah,” katanya kepada ibunya.
Che Ta bagaimanapun meluahkan rasa bimbang kerana menurutnya Aaisyah perlukan tidur yang cukup untuk bangun awal pagi.
“Tak payahlah Aaisyah, mummy susah nak kejut. Siang tu bagi cukup dulu.
“Tapi sekarang Aaisyah tidur lambat, macam mana nak bangun pukul 4.30?
“Cita-cita memang setinggi Gunung Himalaya, nak bangun pukul 4 pagi. Katil runtuh pun belum tentu dia bangun,” tambah Che Ta berseloroh.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji semangat Aaisyah untuk beribadah meskipun masih lagi kanak-kanak selain turut mendoakan anak anak kecil itu menjadi anak yang solehah kelak.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Ada berita yang membuatkan hati terdiam lama. Bukan kerana terlalu ngeri untuk dibaca, tetapi kerana ia menyentuh sesuatu yang sepatutnya paling selamat dalam hidup seorang anak keluarga.
Kes bayi dibuang sumbang mahram yang terbongkar baru-baru ini bukan sekadar laporan jenayah, tetapi tamparan sunyi kepada masyarakat tentang apa yang boleh berlaku apabila perlindungan dalam rumah gagal berfungsi.
Penemuan seorang bayi lelaki yang dibuang di belakang sebuah rumah, dan siasatan yang kemudiannya membongkar hubungan terlarang melibatkan adik-beradik, adalah realiti pahit yang sukar diterima namun tidak boleh dinafikan.
Berdasarkan laporan Sinar Harian, bayi tersebut ditemui di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja, Besut pada Ahad. Penemuan itu dibuat oleh penghuni rumah yang terkejut apabila terdengar tangisan sebelum menemui bayi berkenaan dalam keadaan menyayat hati.
Hasil siasatan polis mendapati bayi tersebut merupakan anak kepada seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, hasil hubungan terlarang dengan adik lelakinya sendiri. Bayi itu dipercayai dilahirkan secara rahsia sebelum dibuang sejurus selepas kelahiran.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, hasil siasatan mendapati bayi berkenaan adalah hasil hubungan terlarang remaja perempuan berusia 16 itu yang dilahirkan secara rahsia.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan sumbang mahram, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun, serta sebatan.
Beliau berkata, polis telah menahan reman seorang lelaki sehingga tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan.
Difahamkan bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan dan tindakan lanjut. Semoga dia diberi peluang untuk hidup, dan semoga kes ini membuka mata semua pihak agar tragedi seumpamanya tidak berulang lagi.
Namun di sebalik aspek perundangan, kes bayi dibuang sumbang mahram ini membuka persoalan yang jauh lebih besar bagaimana perkara sebegini boleh berlaku dalam sebuah keluarga sendiri?
Isu sumbang mahram sering berlaku dalam senyap. Ia jarang bermula dengan paksaan yang jelas, tetapi bermula dengan batas yang kabur, pengawasan yang longgar, serta ketiadaan komunikasi yang sihat antara ahli keluarga.
Dalam banyak kes, mangsa berada dalam keadaan keliru, takut, dan tidak memahami sepenuhnya apa yang berlaku. Apabila kehamilan berlaku, rasa malu, panik dan ketakutan pula mendorong kepada keputusan yang lebih tragis termasuk menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.
Lebih menyedihkan, bayi yang dibuang itu langsung tidak berdosa. Dia menjadi mangsa kepada kegagalan orang dewasa di sekelilingnya kegagalan mendidik, melindungi, dan bertindak lebih awal.
Kes bayi dibuang sumbang mahram ini mengingatkan kita bahawa jenayah paling menyakitkan kadangkala berlaku di tempat yang kita anggap paling selamat.
Ajarkan anak tentang aurat, sentuhan selamat dan tidak selamat, serta hak ke atas tubuh badan mereka menggunakan bahasa yang sesuai dengan umur bukan dengan cara menakut-nakutkan.
Anak yang tidak diberi ilmu akan mencari jawapan sendiri. Lebih baik mereka belajar daripada ibu bapa berbanding sumber yang salah.
Ibu bapa perlu peka terhadap perubahan tingkah laku anak seperti menjadi terlalu pendiam, takut berlebihan, atau perubahan emosi mendadak.
Pastikan anak tahu mereka boleh bercerita tanpa dimarahi atau dipersalahkan. Reaksi ibu bapa akan menentukan sama ada anak berani bersuara atau memilih untuk berdiam diri.
Batas tetap perlu dijaga walaupun dalam keluarga. Privasi, susunan tidur, dan pengawasan perlu diberi perhatian serius.
Kes bayi dibuang sumbang mahram ini bukan untuk dijadikan bahan sensasi, tetapi sebagai cermin besar buat masyarakat. Ia mengingatkan kita bahawa perlindungan anak bermula dari rumah, dan kealpaan kecil boleh membawa tragedi besar.
Pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa mendedahkan rahsia kebahagiaan rumah tangganya bersama suaminya, Haris Ismail atau juga lebih dikenali sebagai PU Riz.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor di Instagran, dia berkata rahsia kebahagiaan rumah tangganya adalah sentiasa berpegang kepada nasihat suaminya.
Pendedahan tersebut dibuat secara spontan oleh ibu kepada dua cahaya mata itu ketika sesi podcast, setelah pengacara, Natasha Ozeir, menyatakan bahawa ada wanita berpendapat dalam sebuah rumah tangga mereka perlu menjadi isteri yang baik, pandai memasak, cantik, dan memiliki tubuh yang langsing.
Namun, Neelofa menolak dakwaan tersebut dengan menegaskan bahawa faktor-faktor itu bukanlah jaminan kebahagiaan dalam perkahwinan. Sebaliknya, saling menghormati antara pasangan adalah kunci utama untuk mencapai hubungan yang harmoni.
“Tapi Haris selalu bagi tahu dalam perkahwinan, bukan mengenai masakan,bentuk tubuh, dan wajah.”
“Tapi penghujungnya adalah rasa hormat. Serta akhlak dan adab you (isteri) kepada I sebagai suami. “
Dalam pada itu, turut membuat kenyataan bahawa siaran podcast berkenaan adalah rakaman yang telah dibuat pada bulan Jun lalu dan tiada kaitan dengan isu semasa.
Sekadar info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan Muhammad Bilal, 2, dan Abdullah Abbas, 1.