Bunting pelamin ialah apabila si isteri hamil sejurus selepas berlangsungnya pernikahan. Apabila menyebut bunting pelamin, ada yang terfikir bahawa pengantin perempuan telah hamil sebelum majlis persandingan atau ketika berkahwin. Jangan salah sangka. Hakikatnya ia adalah salah sama sekali.

Bunting Pelamin, Isteri Hamil Selepas Berlangsung Majlis Pernikahan

Bunting Pelamin, Isteri Hamil Selepas Berlangsung Majlis Pernikahan, Jangan Salah Sangka
Kredit foto: Pixabay

Maksud bunting pelamin atau bunting kahwin seringkali disalah anggap kerana ramai menganggap pengantin perempuan itu telah hamil ketika di atas pelamin. Pada hakikatnya, sangkaan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Pengertian sebenar bagi istilah ini adalah wanita yang hamil betul-betul selepas atau sejurus berkahwin atau bersanding.

Misalnya, pasangan pengantin telah mengikat tali pernikahan pada 18 November 2023. Dalam sebulan kemudian, pengantin perempuan telah disahkan hamil. Wanita tersebut dianggarkan telah hamil selama satu bulan satu minggu.

Jangan Salah Sangka

Mungkin persoalan baru timbul, mana datangnya satu minggu itu? Jawapannya, usia kehamilan tidak sama dengan usia janin di dalam kandungan. Menurut Very Well Family, sangat penting bagi pasangan, khususnya ibu bapa yang bakal menerima cahaya mata untuk membezakan kedua-duanya.

Usia kehamilan atau (gestational age) akan bermula pada tarikh akhir haid (LMP). Kemudian, usia embrionik (yang kemudiannya akan dirujuk sebagai usia janin) akan bermula pada waktu persenyawaan iaitu, ketika sperma memasuki telur di Tiub Fallopio. Kebiasaanya, usia janin akan berada dua minggu kebelakang dari usia kehamilan dan menggambarkan usia sebenar janin tersebut.

IKLAN
Bunting Pelamin, Isteri Hamil Selepas Berlangsung Majlis Pernikahan, Jangan Salah Sangka
Kredit foto: Pixabay

Kalau usia kehamilan tidak menggambarkan usia sebenar janin, kenapa masih penting? Usia kehamilan masih lagi penting, khususnya dalam penjagaan pranatal. Penentuan permulaan tempoh kehamilan ini sangat penting bagi membantu golongan ibu dan pekerja perubatan untuk menilai tumbesaran janin. Ia juga dapat membantu dalam menentukan tarikh jangkaan bersalin, penjadualan bagi pemeriksaan dan ujian pranatal.

Doktor juga akan merujuk usia kehamilan untuk merawat keadaan bayi-bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup bulan dalam kandungan, mahupun terlebih masa dalam kandungan. Oleh itu jangan panik apabila berdepan dengan situasi tersebut dan sebaik-baiknya bersangka baik terhadap pasangan anda. Jika masih ragu, anda boleh merujuk kepada pakar seperti pegawai perubatan bagi mendapatkan maklumat yang sah.

IKLAN

Bercerita tentang bunting pelamin, melalui perkongsian pempengaruh dan YouTuber, Isa Isarb, dia berasa amat bersyukur apabila isteri yang dinikahinya pada minggu lalu kini hamil anak sulung mereka. Isa Isarb atau nama sebenarnya Isa Batharul Zaman berkongsi berita gembira itu di platform media sosial miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Isa Isarb (@isaisarb)

IKLAN

Dalam perkongsian di laman Instagramnya, Isa kelihatan gembira sambil menunjukkan kit ujian kehamilan dengan memaklumkan isterinya kini hamil. Isa tidak menyangka bakal dikurniakan rezeki zuriat secepat itu memandangkan usia perkahwinan yang dibina masih lagi baru.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Isa Isarb (@isaisarb)

Nota: Sebenarnya bagus juga berkongsi ‘content’ begini agar lebih ramai yang tahu tentang ‘bunting pelamin’ dan cara pengiraannya. 

Sumber: Hello Doktor Very Well Family dan Instagram Isaisarb

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI