Tidak dinafikan masalah anak cerewet makan adalah masalah yang selalu dihadapi ibu bapa. Buntu dibuatnya bila semua makanan dia tak suka!
Bukan mudah untuk mengendalikan anak-anak yang cerewet makan dan hanya makan makanan tertentu sahaja. Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan masalah tumbesaran kepada kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa hendaklah melipat gandakan usaha dalam menangani permasalahan ini.
Dalam hal ini, ibu bapa perlulah mengutamakan makanan dari sumber semula jadi selain daripada pengambilan multivitamin yang mengandungi Lysine sebagai suplemen. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi menangani anak yang cerewet makan:
#1.Tetapkan jadual makan
Tiga waktu hidangan utama dan berselang seli dengan tiga waktu snek. Pilihan snek boleh terdiri daripada buah-buahan segar, biskut dan roti. Elakkan minuman ringan, manis, berjus dan bersusu semasa snek kerana itu boleh menyebabkan anak kurang selera makan semasa hidangan utama.
Ads
#2. Waktu makan menyeronokkkan
Jadikan waktu makan satu pengalaman yang seronok. Nikmati waktu makan bersama seluruh ahli keluarga. Tutup televisyen dan berikan tumpuan ke arah hidangan yang terhidang di atas meja makan. Kanak-kanak akan jadi lebih bersemangat bila melihat ahli keluarga yang lain juga makan bersama.
#3. Kreatif dalam penyediaan makanan
Hidangkan sayur-sayuran bersama sos pencicah mayonis atau buah-buahan dimakan bersama celupan sos coklat. Potong makanan kepada bentuk yang kelihatan menarik. Pelbagaikan warna makanan dalam satu pinggan lobak yang berwarna oren, brokoli yang berwarna hijau dan tomato yang berwarna merah.
Ads
#4. Perkenalkan makanan baru satu persatu
Selalunya anak akan mencuba dahulu secubit sebelum dia berani untuk makan makanan yang baru. Jika dia tidak mahu pada pertama kali, cuba lagi beberapa kali sehingga dia mahu merasa. Galakkan dengan bercerita mengenai warna, bau dan rasa makanan itu. Bukan sekadar mengatakan makanan itu sedap. Hidangkan makanan baru itu sekali dengan makanan yang dia sudah biasa.
Ads
#5. Jangan upah makanan ringan
Jangan sesekali menjanjikan aiskrim jika anak anda mampu menghabiskan sebiji epal. Itu boleh mengelirukan pertimbangan mereka. Sebaliknya, tetapkan satu hari yang dibenarkan makan aiskrim dalam seminggu.
#6. Libatkan mereka
Apabila sedang membeli-belah di pasar raya, minta mereka pilihkan sayur dan buah dan masukkan ke dalam bakul. Jangan beli makanan yang tidak sihat yang anda tidak mahu mereka makan. Di rumah, galakkan mereka membantu anda membasuh sayur, atau menyiapkan meja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Stretch mark tu bukan dosa besar pun tapi kalau boleh elak, siapa tak nak kan? Garis halus yang tiba-tiba muncul kat perut, peha, atau punggung masa bayi tengah membesar tu kadang buat kita rasa down. No worries mama! Jom try 5 tip mudah ni, confirm kulit kekal anjal dan glowing sepanjang 9 bulan yang penuh magik ni!
Mula amalkan dari trimester pertama lagi, jangan tunggu perut dah besar baru nak cari losen. Pilih yang kaya dengan vitamin E, shea butter, atau cocoa butter. Lepas mandi, sapu terus kat kawasan ‘hotspot’ macam perut, dada, peha & punggung. Antara bahan semula jadi yang boleh mama gunakan untuk dioleskan pada selulit adalah seperti:
Minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kulit yang cukup air membantu untuk kulit lebih sihat dan tak mudah ‘koyak’ bila perut mula membulat. Bonus: Kurang sembelit dan badan pun rasa ringan je!
Kalau mama tak berapa pasti cara betul untuk kira waktu subur, tonton video ini:
Nak kulit cantik, kena makan banyak buah-buahan dan sayur. Fokus pada makanan kaya antioksidan, vitamin C & kolagen seperti:
Bila kulit makin tegang, memang rasa nak garu tu tinggi. Tahan okay! Bila menggaru boleh rosakkan kulit. Guna gel aloe vera atau minyak kelapa untuk lega dan tenangkan rasa gatal tu.
Bukan tak boleh makan, tapi kena berpada-pada. Bila berat naik terlalu cepat menyebabkan risiko berlakunya stretch mark lebih tinggi.
Stretch mark tu tanda pengorbanan seorang ibu, tapi tak salah kalau kita usaha untuk jaga kulit dari awal. Bila kulit sihat, kita pun rasa lebih yakin, glowing, dan gembira! Semua wanita hamil cantik, biarpun berlaku banyak perubahan fizikal.
Sudah terbiasa bagi kita untuk menyuapkan anak setiap kali makan. Apa kata sesekali kita biasakan anak untuk makan sendiri. Berikan bayi kecil kita sepenuhnya kepercayaan.
Salah satu cara yang mama wajib cuba adalah menggunakan kaedah Baby Led Weaning (BLW) seperti yang disyorkan oleh Penulis Keibubapaan, Wan Nur Syakira.
Sejak Maryam Sofiyyah berumur 6 bulan 2 minggu, dah mula latih dia makan sendiri. Alhamdulillah, bermula umur setahun 9 bulan, memang fully makan sendiri.
Sekarang, dah umur 2 tahun 5 bulan, alhamdulillah, memang makan sendiri di kebanyakan masa. Untuk bayi ketiga ni, saya gunakan pendekatan Baby Led Weaning ( BLW ).
Apa BLW ni ? Baby Led Weaning adalah satu kaedah memperkenalkan makanan pepejal (seperti makanan halfed-cooked yang dipotong dadu) kepada bayi tapi tanpa bantuan suapan melalui sudu.
Bayi makan sendiri sejak usia 6 bulan dan makan makanan pepejal ( bukan puree atau bubur ).
Perjalanan BLW Sofiyyah walaupun kali pertama untuk pengalaman peribadi , alhamdulillah, Sofiyyah betul-betul suka makan sendiri.
Bila anak makan sendiri, yang saya nampak kesan positif
✅Fasa mengutip makan semua benda dalam rumah berkurang , mungkin sebab dah bagi explore ketika makan.
✅ Tak penggeli dengan pelbagai tekstur makanan
✅Tak memilih makan .
✅Sangat berdikari dan kurang tantrum Bila di kedai makan sebab sibuk makan.
✅Tak perlukan gajet untuk bantu selera makan.
✅ Aware dengan apa yang dimakan , cepat tahu apa yang boleh dimakan dan tak boleh
✅ Banyak vokabulari baru berkaitan makanan dan proses makan sebab kita bercerita ketika dia makan, dia pun bertanya. Abangnya dulu tak buat BLW, sebab tiada ilmu tentangnya.
✅Jimat masa saya untuk buat aktiviti messy play, sebab dah messy play dengan makanan. Alhamdulillah.
Kesan positif kepada saya memandangkan ada 3 anak bawah 7 tahun,
❤️ Kurang stress dalam uruskan makan Anak, mereka tak cepat tantrum bila lambat kita santuni makan sebab mereka dah boleh makan sendiri. Tak perlu tunggu Ummi.
❤️ Bila di kedai makan, alhamdulillah, mereka boleh makan sendiri tanpa perlukan gajet. Ummi happy.
❤️ Jimat masa dalam rangka aktiviti messy play untuk anak sebab setiap hari, mereka dah bereksplorasi dengan makanan.
Jadi, bila kita praktik BLW, kena ambil berat tentang cara penyediaan supaya tak tercekik dan sesuai untuk bayi.
Saya nak share satu apps yang boleh jadi panduan untuk ibu ayah yang nak mulakan BLW atau mencari tips penyediaan makanan untuk toddler.
Bolehkah saya beri bayi makanan yang mengandungi rempah ratus (pedas atau beraroma) setelah berusia 6 bulan dan ke atas? Persoalan di atas sememangnya lazim diajukan oleh ibu bapa kepada doktor ketika janji temu.
Malaysia merupakan negara yang terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan. Asimilasi budaya membuatkan makanan yang mengandungi rempah ratus lazim dinikmati segenap masyarakat.
Walau bagaimanapun, apabila ia berkaitan dengan makanan untuk bayi yang sedang membesar, kita perlu berwaspada. Ia berikutan makanan yang diberikan perlulah mengikut kesesuaian, menepati citarasa dan mengandungi pelbagai jenis nutrien yang berkhasiat.
Jika anda ingin tahu sama ada makanan pedas sesuai untuk diberikan kepada anak ataupun tidak, teruskan membaca artikel ini.
Kenapa bayi perlu makan makanan pejal setelah berusia 6 bulan?
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan bayi yang baru lahir untuk diberikan susu badan eksklusif tanpa sumber makanan yang lain. Susu ibu sememangnya berkhasiat dan ia mengandungi nutrien penting yang dapat menyokong tumbesaran anak.
Namun, apabila mereka mencecah usia 6 bulan, nutrisi yang dibekalkan oleh susu ibu tidak mencukupi untuk menyokong tumbesaran mereka pada tahap yang optimum.
Perkara ini menyebabkan anda perlu beri mereka makanan pepejal (pejal) berikutan:
Pemberian makanan juga sering dilakukan secara berperingkat. Makanan yang mengandungi rempah ratus kebiasaannya diberikan pada fasa lewat. Ia akan disertakan dengan pemberian susu badan sehingga anak mencecah usia 2 tahun.
Debat berkaitan dengan pemberian makanan pedas kepada bayi
Secara amnya, terdapat dua jenis rempah ratus. Satu yang ditambah di dalam masakan untuk memberikan kepedasan makanan dan satu lagi ditambah bagi meningkatkan aroma.
Bagi bayi yang berusia 6 bulan dan ke atas, pemberian makanan seharusnya tertumpu kepada penggunaan rempah ratus beraroma. Ini berikutan makanan pedas melibatkan rangsangan reseptor oleh bahan aktif cili yang dikenali sebagai capsaicin.
Ia boleh melekat pada reseptor sakit yang terletak pada lidah bagi menghasilkan signal untuk dihantar ke otak. Ya, rasa pedas yang anda alami pada lidah sebenarnya adalah rasa sakit.
Oleh sebab itulah kita perlu berhati-hati apabila memberikan makanan berempah kepada bayi yang sedang membesar. Namun, di Asia, lazim bagi ibu bapa untuk memberikan makanan pedas kepada anak mereka semasa awal usia.
Pendedahan awal ini menyebabkan berlakunya proses adaptasi terhadap tahap kepedasan pada peringkat awal. Kelak, keupayaan mereka untuk menahan pedas meningkat.
Jika ditanya adakah boleh bagi makanan pedas kepada anak, jawapannya adalah bergantung. Tambahan pula, terdapat sesetengah bayi yang sudah pun familiar dengan rasa pedas jika anda sering mengambil makanan pedas ketika menyusu badan.
Rasa itu boleh meresap masuk ke dalam susu badan sehingga boleh mempengaruhi citarasa bayi.
Jika anda ingin memberikan makanan seperti kari, lada dan sebagainya, tunggu mereka mencapai sekurang-kurangnya usia 1 tahun.
Kanak-kanak yang berusia di bawah 1 tahun mudah untuk mendapat tindak balas makanan dan agak sensitif memandangkan mereka hanya biasa dengan makanan asas (bubur dan sebagainya).
Beri tumpuan kepada khasiat makanan untuk perkembangan optimum, bukan makanan pedas sahaja
Makanan merupakan aspek penting bagi kanak-kanak memandangkan ia mempengaruhi kadar pertumbuhan dan perkembangan mereka. Tumpuan seharusnya diberikan kepada makanan berzat dan mengandungi khasiat mineral yang optimum.
Namun, bukan semua ibu bapa mampu untuk membiayai kos makanan yang dikhususkan untuk bayi memandangkan harganya yang boleh jadi mahal. Maka, dalam situasi tersebut, jika anda ingin memberikan makanan yang kebiasaannya anda masak kepada bayi yang berusia 1 tahun ke atas, pastikan anda memeriksa tahap kepedasannya.
Bukan semua makanan pedas tidak baik untuk kesihatan. Malah, capsaicin yang menyebabkan rasa pedas itu sendiri mempunyai kebaikan anti barah sehingga boleh menghindarkan kanser.
Namun, ia juga boleh merangsang reseptor sakit menyebabkan anak anda tidak selesa dan mungkin meraung kepedasan jika mereka tidak biasa dengan makanan yang diberi.
Jadi, adalah lebih baik jika anda memperkenalkan makanan pedas seperti rempah ratus dan sebagainya secara berperingkat.
Konklusi
Makanan pedas boleh diberikan kepada anak yang masih kecil (1 tahun ke atas), namun anda disarankan untuk mengawal tahap kepedasan secara berperingkat. Jika anda bimbang sekiranya si manja tidak dapat menahan makanan pedas atau mereka menunjukkan sebarang simptom (menangis tidak berhenti, cirit birit dan sebagainya), bawa mereka berjumpa dengan doktor.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱