Burger Prosperity Homemade. Puas Hati Buat Sendiri, Hilang Kempunan Nak Makan!

Share

Memandangkan prosperity burger antara menu setahun sekali dijual dan sering dinanti-nantikan oleh peminatnya, apa kata anda cuba buat sendiri di rumah. Walaupun tak sama 100 peratus, tapi dari aspek rupa dan rasanya ada dan bolehlah untuk dimakan satu keluarga.

Apa kata anda buat sendiri di rumah dengan anak-anak dan sudah pastinya akan lebih puas kerana boleh makan dengan lebih banyak!

ARTIKEL RESIPI MENARIK [ Apam Mekar Gebu Gebas, Blend Sebati & Kukus Sahaja, Mudahnya!]

BAHAN-BAHAN

1. Roti gardenia

2. Daging Ramly

3. Bawang besar 1/2 potong dadu.

4. Bawang holland hiris nipis

5. Tepung gandum 2 sudu

6. Air 1 gelas

7. Lada hitam serbuk+tumbuk

8. Butter 2sb

9. sos tiram 2sb

10. Kicap manis 1sb

11. garam secukup rasa

CARA-CARA

1.Mula-mula letak butter pada roti dan goreng dulu kejap

2.Uli daging ramly dan bentukkan macam bentuk roti(refer gambar)

3.Goreng daging dulu (cucuk-cucuk dengan garfu)

CARA BUAT SOS

1. Panaskan butter 2 sudu besar dan masukkan tepung gandum.. kacau sampai jadi gold..

2.Pastu masukkan air 1 gelas dan kacau.. masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1sb, sos tiram, kicap dan garam.. masak sampai pekat mana korang nak..

3.Celupkan daging yang dah goreng tadi.. letak atas roti dan letak bawang yang korang hiris tadi.. Siappppp.. Sedap sangat! Nak letak sos cili atau tak ikut citarasa masing-masing.

RESIPI WAJIB CUBA [Resipi Ikan Bilis Masak Asam, Sekejap Je Masak. Lauk Simple, Tambat Selera!]

Sumber: Mohd Faiz Fitri Iberahim via Viral Muafakat Johor

IKLAN