Diam tak diam, si comel kesayangan pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin sudah pun berusia setahun.
Namun apa yang menarik perhatian adalah majlis istimewa yang dibawakan oleh bapa kesayangan ini buat anaknya cukup cantik dan mempersonakan.
Biarpun hanya disambut di rumah secara kecil-kecilan namun pasangan suami isteri ini, Rizman dan isterinya Nurida Suraya menghiasnya dengan begitu indah bagi meraikan hari ulang tahun kelahiran pertama anak mereka.
Kata Rizman lagi, kelahiran cahaya mata sulungnya itu ternyata memberi kehidupan yang begitu bermakna dalam hidupnya dan isteri.
” Happy 1st Birthday My Beautiful Princess.
” Daddy doakan Rizqaa menjadi anak yang solehah, penyejuk hati dan menjadi anak kebanggaan mummy dan Daddy, duniawi dan syurgawi.
” Thank you so much for giving me, 1 year of wonderful life.. and to my beloved wife @nuridasuraya Thank you so much for everything my love.
“Daddy love you guys 3000x,” kongsinya.
“Hiasan perfect the bomb”
Walau tanpa kehadiran tetamu dan hanya dihadiri rakan terdekatnya, Ruzaini dan isteri, majlis meraikan puteri kecil itu berlangsung meriah. Cantik serba serbi.
Memilih warna merah jambu dan putih sebagai tema, warganet menyifatkan hiasan dan dekorasi yang dipilih pasangan itu cukup sempurna dan hebat.
Mana tidaknya, segenap ruang dihiasi dengan belon-belon gergasi berona merah jambu dan putih juga dilengkapi dengan hidangan serba merah jambu, sesuai dengan tema. Cantik sekali.
Namun menariknya, baik si comel Rizqaa, Rizman dan isteri turut sama bergaya santai dan ringkas untuk majlis kecil mereka. Lengkap sempurna.
Rata-rata wargamaya turut kagum dengan dekorasi indah yang begitu mempersonakan.
Semoga Rizqaa terus membesar dengan sihat serta teruslah membahagiakan ibu dan ayahnya. Selamat hari lahir Rizqaa.
Terdahulu, Rizman dan isteri mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019 dan pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Rizqaa yang dilahirkan pada 2 September tahun lalu.
Menarik: Hari-Hari Tengok Susu Terbuang Macam Tu Saja, Anak Tolak Direct Feed, Shakilla Khoriri Reda
Tinggal lagi 4 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit foto: @rizman.n & @nuridasuraya