Mainan warna antara salah satu daya tarikan dan trik untuk memujuk anak makan. Kuasa warna ternyata mampu membuat anak ‘buka mata’ dan mula tertarik untuk mencuba makanan yang disediakan oleh ibu.

Ketika inilah ibu harus bijak memainkan warna-warna terang daripada bahan semulajadi seperti sayuran lobak merah, tomato dan sebagainya demi memastikan anak tertarik untuk makan. Resipi cantik penuh daya tarikan yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Farisha Sofea antara resipi yang boleh dicuba untuk menarik perhatian anak kecil.

Campuran Serbuk Kunyit Dan Pandan

Apam Puri Versi Bayi ini dihasilkan daripada campuran serbuk kunyit dan intinya pula daripada rasa dan warna daun pandan asli. Bukan cantik sahaja tapi berkhasiat dan sedap!

Cantiknya Warna Apam Puri Versi Baby Ni, Anak Tak Nak Makan Pun Boleh Tertarik!

APAM PURI VERSI BABY

Apam puri ini boleh dipelbagaikan warna kulit dan juga inti. Misalnya jika mahu membuat kulit berwarna hijau, boleh gantikan air biasa kepada air daun pandan.

IKLAN

Inti juga boleh diubah mengikut citarasa masing masing , contohnya inti puree buah buahan. Dengan menghasilkan makanan yang mempunyai warna warna yang berbeza pasti dapat menarik minat si manja anda.

Bahan Bahan :

Bahan Kulit:
1/2 cawan tepung gandum tanpa bahan peluntur
Sedikit serbuk kunyit
1 biji telur
1/4 cawan air

Bahan Inti :
1/2 cawan air pati pandan
1/4 cawan santan
1/4 cawan susu penuh krim
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung jagung non gmo

Cantiknya Warna Apam Puri Versi Baby Ni, Anak Tak Nak Makan Pun Boleh Tertarik!Satukan ke semua Bahan Kulit kecuali air. Kacau sebati dan tuangkan air sedikit demi sedikit. Adunan mestilah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

IKLAN

Cantiknya Warna Apam Puri Versi Baby Ni, Anak Tak Nak Makan Pun Boleh Tertarik!Kemudian panaskan kuali tahan lekat dan sendukkan adunan. Masak sehingga permukaan atas menjadi kering. Angkat dan ketepikan. Ulang sehingga habis.

Cantiknya Warna Apam Puri Versi Baby Ni, Anak Tak Nak Makan Pun Boleh Tertarik!Untuk membuat inti pula, satukan ke semua Bahan Inti dan kacau sebati hingga tiada adunan yang berketul.

Kemudian masak di atas dapur menggunakan api kecil sehingga adunan menjadi pekat dan meletup letup. Sejukkan sebelum digunakan. (Mama guna inti sangkaya frozen hasil lebihan buat roti sangkaya hari tu).

Cantiknya Warna Apam Puri Versi Baby Ni, Anak Tak Nak Makan Pun Boleh Tertarik!

IKLAN

Ambil sekeping Bahan Kulit tadi dan letakkan di dalam acuan karipap.

Cantiknya Warna Apam Puri Versi Baby Ni, Anak Tak Nak Makan Pun Boleh Tertarik!Masukkan inti dan kepitkan acuan tersebut. Buangkan lebihan kulit di keliling acuan. Ulang sehingga habis.

Cantiknya Warna Apam Puri Versi Baby Ni, Anak Tak Nak Makan Pun Boleh Tertarik!

Cantiknya Warna Apam Puri Versi Baby Ni, Anak Tak Nak Makan Pun Boleh Tertarik!

Siap , sedia dihidang.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI