“Kena tunggu dan tengok baru elok. Jika tak tengok, ada lah tulisan yang kecil, ada besar. Jenuh cakap.” Ini antara situasi yang biasa ibu-ibu ada anak umur 5 hingga 6 tahun akan alami. Sebenarnya dalam fasa ini anak kita sedang dalam fasa belajar menulis dengan teknik betul.
Tempoh ini juga, ibu bapa tak boleh terus beri penilaian sebaliknya kena bagi semangat untuk anak sebelum masuk ke sekolah rendah. Jika selalu sangat marah-marah, anak pun rasa tak seronok.
Bagaimanapun, berita baik untuk anda sebagai ibu bapa, jika anak-anak usia 5 hingga 6 tahun masih menulis tak kemas, jangan risau. Ada sebabnya ya!
Menerusi perkongsian Sathish Kumar Batumelai, tangan anak-anak yang berada di tadika sedang dalam fasa berkembang dan belum terbentuk sepenuhnya lagi.
Ads
Lihat perbezaan di antara tangan kanak-kanak prasekolah (kiri) dan tangan kanak-kanak berusia 7 tahun (kanan). Ingin tahu kenapa sukar untuk kanak-kanak prasekolah menulis?
Inilah sebabnya.
Tangan mereka masih berkembang dan belum lagi terbentuk dengan sepenuhnya. Jadi apa yang harus mereka lakukan bila berada di tahap prasekolah?
Ads
Bermain!! Main dengan play dough, mewarna, melekat gambar, bermain di luar, lebihkan aktiviti yang menggunakan deria, eksperimen sains, aktiviti sukan dan sebagainya. Semua perkara ini dapat membantu dalam perkembangan tangan mereka.
Ads
Apabila mereka secara fizikal bersedia untuk menulis, mereka akan menulis! Tidak perlu tergesa-gesa kerana mereka akan menunjukkan kepada anda apabila mereka sudah bersedia.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang yang gagal dan bermasalah.
Dalam mendidik anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.
Bagaimanapun, apa yang dikesalkan kegagalan ibu bapa hari ini dalam mendidik anak adalah langsung tidak boleh ditegur oleh orang lain jika anak sendiri buat silap.
Perkongsian dari Puan Intan Dzulkefli boleh dijadikan peringatan buat semua ibu bapa dalam membentuk akhlak anak.
Adab Anak Bercakap
Petang semalam, menemankan anak solehah ke taman permainan. Kelihatan lebih kurang 10 orang anak-anak berumur 7-12 tahun bermain di situ.
Sedang menghayunkan buaian Maira sambil mendukung Insyirah. Tiba-tiba kuat suara menerjah.
“Wei babi! Tak boleh pijak pasirlah!
Jerit seorang kanak-kanak dari atas papan gelongsor.
“Bodohlah perempuan ni. Sakitlah siak!” Seorang lagi menjerit apabila kawan perempuannya berlari merempuh badannya.
Bulat mata ini mendengar perbualan sesama mereka. Rasa tidak percaya pun ada. Tidak enak telinga ini mendengar. Kelihatan tidak padan kata-kata itu keluar dari mulut kanak-kanak seusia itu.
Paling tersentuh, padahal ibubapa yang menemani turut mendengar kata-kata itu. Namun, mungkin tidak berapa jelas kerana fokus hanya pada handset di tangan.
Allahu..
Iya betul, kadang di rumah puas kita mengajar berkata yang baik, namun bila bercampur gaul, anak-anak ni mudah terikut.
Tak Tegur Kesilapan
Malamnya pergi ke Tesco untuk membeli pampers anak yang tinggal berbaki dua keping.
Suami offer nak beli apa yang dihajati. Katanya sebagai balasan jaga anak. Fuh, alhamdulillah berbunga hati.
Terus menolak troli berisi anak-anak solehah ke ruang pastri. Alhamdulillah lengang. Hajat nak beli donut Tesco yang sedap tu.
Alih-alih nampak seorang kanak-kanak perempuan sedang berdiri di hadapan deretan donut, selamba mencolek-colek topping donut & memasukkan ke mulutnya. Dua tiga topping ‘selamat’ dirasanya.
“Adik, jangan buat macam tu..” Spontan mulut ini menegur.
Wallahi, tak perasan langsung ibunya rupanya ada tidak jauh dari situ memerhati. Sangka saya, akan ditegahnya anak itu.
Namun sebaliknya pula berlaku. Bukan sahaja tidak ditegur perbuatan anaknya, sebaliknya patik pula dijelingnya.
MasyaAllah, ampun!
Saya terus menolak troli menjauhi. Cuba senyum pada si ibu, tapi si ibu mengalih pandangan ke arah lain. Dipanggilnya anak itu untuk memilih cupcakes.
Terbiarlah donut yang telah ‘disentuh’ itu begitu sahaja.
Allahu.. terus hilang selera nak ber-donut.
Salah Tetap Salah, Perbetulkan Dari Awal
Dua peristiwa ini menjadi iktibar untuk diri ini sebagai seorang ibu yang mempunyai dua amanah yang besar ini.
Anak-anak ibarat kain putih. Kitalah ibu bapa yang mencorakkannya. Sesuatu perbuatan jika dibiasakan akan menjadi tabiat. Tabiat yang telah sebati dalam diri akan membentuk akhlak anak-anak.
Perbuatan salah anak-anak perlu ditegur. Ya memang penat kerana sekali tegur takkan terus menjadi. Namun, tetap tugas ibubapa, hal yang salah perlu dibetulkan.
Sayang bagaimanalah kita kepada anak, yang batil tetap batil, hak tetap hak. Jangan kerana kita biarkan perbuatan salah, menyebabkan anak berfikir apa yang dilakukannya itu adalah benar.
Impak kepada masyarakat
Maka, apabila kemudiannya kesalahan itu ditegur orang luar termasuklah guru, jiran, mak/pak saudara, sudah tidak lagi dapat ‘diserap’. Tambahan pula jika ibubapa tetap bermatian menyokong si anak.
Saya menulis ini berpesan pada diri saya sendiri. Tugas kita sebagai ibubapa ini amat berat. Bukan sekadar bagi makan, pakai & belikan segala kehendak anak.
Bahkan yang paling penting ialah, ‘sentuhan’ tarbiyyah kita kepada anak-anak yang bakal diwaqafkan untuk masyarakat, bangsa, agama & negara.
Apakah anak kita kelak menjadi generasi yang memberi manfaat untuk agama atau sekadar menjadi beban kepada masyarakat, & tentu menjadi beban kepada kita di dunia & akhirat.
Iya, jangan lupa, segalanya akan dipersoalkan kelak di hadapan Allah.
Buat sendiri mainan anak baru puas hati. Anak pun mesti suka sebab ibu ayah yang buat. Boleh jimat belanja!
Membuat mainan anak sendiri dengan cara DIY memang menjimatkan. Lebih istimewa, ada sentuhan sendiri daripada ibu bapa. Ibu ini, Puan Nur Basirah berkongsikan projek DIY dapur memasak mainan yang dibuat bersama suaminya sebagai hadiah ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-2.
DAPUR KOTAK
Demi memberi sesuatu kelainan untuk anak dara ciqya ini ciqya terfikir untuk buat kan dapur kotak ini untuk dia !
Sempena birthday dia yang dah cukup 2 tahun.
Bukan senang wey nak buat kena sabar.
Nota tangan : terima kasih kat ketua kelas waktu sekolah dulu. Kalau tak bukan dia kerja 99. susah nak dapat kotak elok dan takde la dapur kotak untuk fatima. Minta 3 kotak je di bagi nya 10
HASIL KEGIGIHAN SELAMA 3 HARI
Puan Nur Basirah yang dihubungi Pa&Ma juga menyatakan yang sebenarnya projek ini boleh siap dalam masa sehari tetapi disebabkan dia tidak boleh menumpukan 100% masa dan hanya boleh buat selepas anak kecilnya tidur, ia memakan masa 3 hari. Katanya lagi, dia jadi bersemangat apabila suaminya juga turut membantu.
ANAK GEMBIRA TERIMA HADIAH ISTIMEWA HASIL TANGAN IBU & AYAH
Si kecil, Nur Fatima Az’zahra yang menyambut ulangtahun hari lahirnya pada 3 Oktober yang lalu.
“Kali pertama masa dalam proses nak siap tu dia nampak mmg reaksi dia teruja sangat. Siap cakap “wahh” sambil senyum2 malu. Anak saya baru 2 tahun,” kata Nur Basirah.
Fasha sendiri terkejut melihat gelagat anaknya yang sangat tidak disangka bahkan hairan dari mana si kecil tahu memberikan pendapatnya berkenaan hal tersebut.
Kehairanannya diluahkan menerusii tulisan kapsyen di posting tersebut.
Rayfal oh Rayfal, baru 5 tahun… Dah pandai mintak macam2 pelik2. Entah siapa ajar? Ibu tak faham. Takkan budak 5tahun dah tau benda macam ni?? Apakata mintak je kat Dada adik baru. Haih. ? Off late ni, Almost everyday mintak baby in ibu’s tummy, help!
Memang bijak Rayfal ni. Agaknya dia pun teringin nak mempunyai adik kecil lain seperti abang Rayqal yang sudah mempunyai adik NeyNey.
Selain dari itu mungkin juga si kecil ini rindukan kehadiran seorang ayah di sisinya setiap hari.
Memang normal kanak-kanak sebaya Rayfal meminta ibu memberikannya seorang adik kerana sifat penyayang yang ada dalam dirinya selain ia juga menunjukkan kematangan si kecil yang selama ini mungkin memerhatikan hidup yang dilalui oleh ibunya tanpa suami di sisi.
Video lucu tapi menyentuh hati tersebut mendapat tontonan ramai netizen dan kebanyakannya memberi komen sokongan kepada Fasha dan anak-anaknya.
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.