Pelakon Datin Niena Baharun mengakui seolah-olah tak percaya melihat perubahan yang berlaku pada anak lelakinya, Adiel sejak dilahirkan lapan bulan lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Niena berkongsi luahan sempena ulang tahu ke lapan bulan anaknya semalam.
“Pejam celik harini Adiel dah 8 bulan. Rasa macam baru semalam duk dalam bilik OT tengah menahan perasaan nervous nak tunggu Adiel keluar dari perut mommy.
“Tengok harini awak dah besar dan dah pandai macam-macam. Adiel @adielmikael anugerah yang terindah buat mommy & daddy, penyeri hidup kami setiap saat setiap masa.
“Semoga Adiel membesar menjadi anak yang soleh, berakhlak mulia, berilmu dan menjadi jalan untuk mommy & daddy ke syurga nanti. InsyaAllah. Aamiin,” tulisnya.
Niena juga mengakui semakin Adiel besar, makin buat dia geram dan nak gomol.
Ads
Rasa sekejap je masa berlalu dan tak puas lagi nak tengok Adiel masa bayi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji kecomelan Adiel dan mendoakan agar dia sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Memang seronok pandang muka baby baru lahir yang comel. Masa pandang tu rajinlah bercakap dengan anak walaupun mereka tak faham lagi.
Ini petua anak cepat cakap yang diajar oleh Speech Therapist atau Jurupulih Pertuturan, Ruby Atika yang berkongsi caranya bercakap dengan bayi baru lahirnya.
Ibu ayah lain yang baru dapat anak bolehlah ikut cara beliau ini. Ia penting sebagai satu cara untuk merangsang anak cepat bercakap.
1) Siri Bercakap Dengan Bayi.
Baby Nisa’ baru 34 hari. Dia belum bercakap. Dia cuma tau nangis, susu, tidur, berak dan urusan-urusan penting sebagai seorang bayi.
Saya tidak mengajar dia bercakap. Saya hanya nak dia dengar saja. Dengarlah wahai anakku.
2) Siri Bercakap Dengan Bayi
Saya guna intonasi yang pelbagai dengan gaya bahasa keibuan yang memanjakan bayi.
Tidak pelat. Tapi berirama dan macam rhyme / pantun sikit.
“Sayang umi sayang, sayang umi Nisa”
Ayat pendek. Perkataan berulang-ulang.
Saya rajin buat urutan bayi (walaupun saya sendiri belum berurut). Sambil urut, saya cakap.
‘tangan yang rajin’ ‘kaki yang kuat’ ‘perut yang sihat’
‘telinga yang tajam’ ‘hidung yang mancung’ ‘pipi yang comel’
ni contoh saja…boleh juga masukkan unsur-unsur Islamik.
Saya juga menyebut sukukata tidak bermakna. Tapi dengan intonasi naik turun dan panjang pendek. Saya hanya mahu dia mendengar.
3) Siri Bercakap Dengan Bayi.
Mudah saja. Tapi raaaamai yang lupa nak buat. Realitinya, ada ibu-ibu di luar sana yang tak bercakap dengan bayi. Cakap sikit-sikit saja, sudah. Balik-balik panggil nama atau zikir-zikir suruh tidur.
Ada yang ralit dengan handphone. Ada yang ralit tengok tv. Saya juga ralit tengok cerita Korea. Banyak dugaan masa berpantang. Terutama online shopping. Laju ja..
Masa sesi penilaian, ada ibu-ibu yang mengaku, dia tak tau nak cakap apa dengan anak dia. Kenapa jadi mcm tu? Sebab tak berlatih.
Bagi ibu-ibu introvert, yang memang pendiam dan jarang membebel, anda kena berlatih untuk bercakap dengan anak. Lama-lama kekok tu akan berkurangan.
Selagi anda rasa kekok bercakap dengan bayi, selagi tu anda kena banyak berlatih.
4) Siri Bercakap Dengan Bayi
Bermain dgn “silly sounds” ialah aktiviti yang boleh dibuat semasa baby berjaga. (Masa tidur, bialah dia tidur, jangan kacau)
Ba ba ba…buuuu…..
chu chu chu….beep beep….
Tit tit tit…..bum bum!
Lihat reaksi anak. Pandang matanya.
Anda juga boleh buat “raspberries” atau sembur bibir yang mcm budak-budak selalu buat tu atau boleh juga buat bunyi “clicking” macam cicak tu.
Ni pun nak kena habaq, sebab ramai ibu-ibu muda yang blur sungguh. Yang ibu-ibu tua pun blur juga, anak-anak dia dah besar, dia lupa dah cara nak main dengan baby.
5) Siri Bercakap Dengan Bayi
Kalau dah tak tau sangat nak cakap apa, pergi ambil buku/quran, baca. Senang. Baca je.
Jangan fikir pasal dia faham ke tidak.
Kita cuma nak dia mendengar.
Pada umur baby ni, sel-sel dalam koklea dia baru nak mula diaktifkan. Dia dengar semua bunyi, semua jenis bahasa.
Dia belum boleh kod atau mengecam bahasa yang dia familiar. Macam kita, orang dewasa, jika kita tak pernah dengar bahasa jepun, kita tak boleh nak dengar betul-betul bunyi-bunyi pertuturan tu.
Kita rasa….macam bunyi bercampur dan tak dapat dibezakan apa pun.
Bagi bayi, dia mendengar semuanya. Makin banyak jenis bahasa yang kita dedahkan, jenis bunyi pertuturan yang kita dedahkan, makin banyak sel-sel dalam koklea tu, diaktifkan.
6) Siri Bercakap Dengan Bayi
Menyebut kata-kata positif.
“Nisa yang baik hati”
“Nisa yang rajin, rajin belajar”
“Nisa yang pandai, pandai mengaji”
“Anak solehah, yang terang hati”
Cakap dengan intonasi berlagu ala-ala pantun.
Cakap apa saja harapan anda.
“Belajar rajin-rajin, masuk universiti”
“Ramai kawan, selalu disayangi”
7) Siri Bercakap Dengan Bayi
Ya, seawal 2 bulan. (walaupun Nisa belum genap 2 bulan, tapi kita anggarkan umur 2 bulan)
Maka, ini ialah permulaan kepada wujudnya interaksi 2 hala. Kita cakap, tunggu dan lihat respon dia. (Nisa dah boleh senyum bila diagah).
Ada masanya dia aktif, goyang tangan kaki, bila kita cakap dengan dia, terus dia stop dan tumpu pada muka kita.
Ini ialah asas turn taking semasa komunikasi.
Kemudian bila dia bersuara, kita stop dan buat muka terkejut, lalu tiru bunyi suara dia tadi.
Asas sangat benda ni. Jika saya bukan ST, nescaya saya tak heran pun. Tapi sebab saya ST dan hari-hari jumpa budak yang tak ada interaksi 2 hala, maka saya rasa sujud syukur kepada Allah apabila melihat kemahiran-kemahiran ini pada Nisa.
Menangis ialah cara anak berkomunikasi. Bayi menangis sebab lapar, tak selesa, mahukan belaian, mahu didukung atau sakit.
Semakin umur anak membesar, motif menangis juga boleh jadi bertambah banyak. Mahukan perhatian, merajuk, mahukan sesuatu yang telah dilarang, kemahuan tak menepati jangkaan dan sebagainya.
Bagi anak yang boleh bercakap, dia akan cakap apa yang dia mahu atau apa yang dia marah.
Yang tak boleh cakap, dia akan buat perangai, jerit dan ada yang menangis.
Maka apabila anak menangis, ibu bapa biasanya cuba meneka, apa punca anak menangis dan segera turuti kemahuan anak itu supaya dia cepat berhenti menangis.
Memahami punca tangisan sangat penting utk kita tentukan apa tindakan selanjutnya.
A) Adakah kita perlu ikut kemahuan dia?
B) Adakah kita perlu pujuk, duduk di samping dia?
C) Adakah kita perlu abaikan dia dan elak eye contact dgn dia?
D) Adakah kita perlu alih tumpuan dia kepada perkara lain?
Anak yang langsung tidak menangis pun ada. Orang selalu kata, mudah diurus. Senang dijaga.
Tapi yang tak menangis ni lagilah kita risau sebenarnya. Dia tak minum susu dah separuh hari, dia tak nangis pun. Lampin dah bocor pun tak nangis. Dia diam saja.
Seolah-olah dia rasa tak perlu pun menangis. Tak ada usaha pun untuk teran suara kuat-kuat supaya mak dia segera datang kat dia.
Maka bersyukurlah apabila anak menangis. Kerana sesungguhnya memang ada anak yang langsung tak menangis.
Bila kita lihat anak menangis, kita bersyukur bahawa anak itu ada juga keinginan untuk protes, menyampaikan sesuatu kepada kita.
Ada orang tua-tua, tak suka dengar budak menangis. Jadi ibu-ibu berasa serba-salah dan cepat-cepat mahu anak itu diam.
Hakikatnya, anak berada dalam proses belajar. Dari tangisan, dia dapat tau bagaimana respon mak ayah dia.
Oo…..kalau dia nangis lama-lama, tak ada siapa layan, buat letih saja.
Oo….kalau dia nangis sambil tunjuk tempat yang dia nak, nanti mak dia bagi benda tu.
Oo…kalau nangis kat ayah, nanti ayah bagi main hp. Tapi kalau nangis kat mak, tak dapat pun.
Kita belajar dari tingkahlaku anak. Anak pula belajar dari respon kita terhadap tingkahlaku dia.
Pasangan selebriti, Amyra Rosli dan Amar Baharin baru sahaja melakukan adat jejak tanah pada anak sulungnya Aqeef Anaqi dua hari lepas iaitu pada 22 Oktober 2018. Amar telah memuat naik gambar sekitar majlis adat jejak tanah di laman instagramnya.
Semoga langkah kecil nya diberkati Allah dan setiap jejak kaki itu dipermudahkan إن شاء الله.
Jejak tanah atau adat memijak tanah adalah sebahagian daripada budaya bangsa melayu yang merujuk kepada anak kecil yang baru pandai bertatih, dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang permulaan kehidupannya.
Adat ini seakan-akan semakin terpinggir dan ada dikalangan generasi muda kini yang tidak tahu langsung mengenai adat ini.
Netizen turut memuji pasangan selebriti ini kerana masih berpegang pada adat. Tak kurang jugak ada yang tidak tahu tentang adat ini di Malaysia. Namun yang paling menarik perhatian netizen tentang kecomelan Aqeed Anaqi yang mencairkan hati semua.
Baru first time dgn adat ni, pape pon prod of u masih kekalkan adat
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.