Che Mad atau Muhammad anak sulung Datin Diana Danielle & Datuk Farid Kamil sering mendapat perhatian netizen. Selain kecomelannya dan telatahnya, kegemarannya dalam sukan bola sepak sering dipaparkan dii Instagram.
Abang yang penyayang kepada Nur Aurora, 3 tahun ini mengikuti kelas bola sepak dan perkembangannya sering dimuatnaik di Instagram. Sempena Piala AFF Suzuki yang sedang hangat, gambarnya ketika jatuh semasa bermain bola dimuatnaik dengan kapsyen ucapan selamat maju jaya kepada pasukan Harimau Malaya.
Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah cara jatuh Che Mad yang ada gaya. Malah mereka memuji Che Mad ada bakat pemain bola. Tidak kurang memuji kecomelan dan ketampanan Che Mad yang mewarisi darah kacukan daripada ibunya.
Ingatlah bila kita bercakap dengan anak jagalah tutur kata kerana anak mudah mengingatinya. Mungkin perkataan yang kita ucapkan itu juga akan digunakan bila anak bercakap dengan teman sebayanya.
Ibu bapa kena ingat pujian yang keterlaluan juga boleh menyebabkan jadi mudah lupa diri. Walaupun begitu, ada beberapa perkataan yang memang baik diucapkan kepada anak-anak dan ini juga disarankan oleh pakar psikologi Dr Justin Coulson yang juga merupakan pengarang buku What Your Child Needs From You: Creating A Connected Family.
Antara perkataannya adalah:
1. TERIMA KASIH
Ucapan terima kasih dan rasa syukur adalah ayat motivasi yang paling efektif. Perkataan ini dapat membuatkan anak-anak berasa dihargai. Coulson menyarankan ibu bapa untuk mengucapkan terima kasih kepada anda kerana ini akan menjadi contoh baik yang boleh diikuti dan juga membantu membentuk ikatan yang kuat antara ibu bapa dan anak-anak.
2. MAAF, IBU AYAH JUGA MASIH BELAJAR, SAMA SEPERTI AWAK
Ibu bapa yang sering menunjukkan sikap tahu segalanya dan tidak salah akan membuatkan anak berasa dihakimi dan tidak sempurna. Tetapi, jika ibu bapa melakukan kesalahan dan mengaku salah, ia akan membuatkan anak-anak belajar bahawa kesalahan itu tidak mengapa dan berani mencuba lagi.
3. BAGUSNYA ANAK IBU AYAH
Ibu bapa kerap berharap dan meminta prestasi yang baik dari anak-anak. Jika ibu bapa kerap menyokong anak-anak, mereka akan selalu berani untuk mencuba yang terbaik dan tidak berasa rendah diri apabila gagal. Ini pelajaran penting bagi mereka belajar memperbaiki diri.
4. APA PENDAPAT AWAK?
Jika anda ingin memiliki anak yang bertanggungjawab, berilah mereka pegang tanggungjawab. Salah satu cara terbaik adalah memberikan peluang kepada mereka untuk membuat keputusan. Ibu bapa boleh mendorong dan membimbing dengan menanyakan pendapat anak. Jadi, anak boleh memberikan pendapat mereka sendiri.
5. IBU AYAH SAYANG AWAK
Anak-anak harus dengar perkataan ini setidaknya sekali sehari. Bukan hanya perkataan, ibu bapa harus menunjukkan dan mewujudkan perasaan cinta ketika berkomunikasi. Setiap orang ada cara yang berbeza dalam mengungkap kata cinta kepada anak-anak. Carilah masa dan cara terbaik untuk meluahkan perasaan ini kepada keluarga anda.
Coulson juga turut menyatakan apabila anak-anak sering mendengar perkataan yang baik-baik, mereka akan membentuk peribadi yang berkeyakinan diri, merasa dicintai dan bahagia bersama keluarga sendiri.
Sumber: www.abangbrian.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap anak mempunyai impian yang berbeza—ada yang bercita-cita menjadi doktor, jurutera, angkasawan, atau seperti dalam video ini, menjadi seorang pramugari. Impian ini sering kali dipengaruhi oleh imaginasi, pengalaman harian, atau idola yang mereka kagumi. Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan penting dalam menyemai, menyokong dan membimbing mereka dalam perjalanan mengejar cita-cita tersebut.
Walaupun impian anak-anak kelihatan kecil atau seperti main-main, seperti menjadi pramugari sehari, adalah penting untuk kita tidak meremehkan hasrat mereka. Memberi peluang kepada mereka untuk merasai pengalaman sebenar—seperti yang ditunjukkan dalam video ini—dapat menanam rasa yakin dan semangat dalam diri mereka.
Anak-anak belajar dengan lebih baik melalui pengalaman. Menyertai aktiviti atau program simulasi, lawatan sambil belajar, atau pengalaman ‘role play’ seperti dalam video, di mana mereka memakai pakaian seragam dan melakonkan watak yang mereka impikan, sangat membantu untuk memberi mereka gambaran dunia sebenar.
Luangkan masa untuk berbual dengan anak tentang impian mereka. Tanyakan mengapa mereka berminat dengan kerjaya tersebut, apa yang mereka suka, dan bagaimana mereka membayangkan masa depan mereka. Ini membantu anak merasa dihargai dan memberi kita peluang untuk memahami minat sebenar mereka.
.
Setiap impian memerlukan semangat dan ketabahan. Anak-anak memerlukan dorongan yang berterusan untuk kekal yakin. Pujian, kata-kata semangat dan kehadiran ibu bapa dalam aktiviti mereka adalah bentuk sokongan yang sangat bermakna.
Memberi anak peluang untuk mengejar impian mereka bukan sekadar soal akademik atau kejayaan kerjaya, tetapi ia adalah satu pelaburan jangka panjang dalam membina keyakinan diri dan kebahagiaan mereka. Seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut, kadang-kala impian boleh bermula daripada permainan, tetapi dengan bimbingan yang betul, ia boleh menjadi realiti.
Jika anda berminat untuk anak anda mencuba pengalaman seperti ini, cuba cari program atau aktiviti yang menyeronokkan dan membina—siapa tahu, itu mungkin langkah pertama menuju impian mereka yang sebenar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aktiviti bermain air atau berenang antara aktiviti yang menjadi kesukaan kanak-kanak. Sama ada di rumah ataupun ketika menginap di hotel-hotel, aktiviti dalam air adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Aktiviti sebegini dapat memberi keseronokkan kepada mereka kerana air bersifat terapeutik yang menjadi terapi ketenangan, menghilangkan tekanan serta kebosanan dikalangan kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, aktiviti air seperti berenang juga dapat membantu anak anda untuk jadi lebih berani dan yakin diri. Berenang merupakan salah satu bentuk aktiviti yang sangat penting bagi kecerdasan sekaligus ia dapat merangsang keberanian si kecil. Malah dengan berenang juga dapat melatih otot-otot fizikal anak anda untuk lebih mantap.
Berenang lazimnya melibatkan rangsangan pada otot-otot bahagian gerakan tubuh dan pernafasan. Aktiviti ini perlu dilakukan bersama tenaga pengajar untuk menjamin keselamatan anak anda. Peralatan untuk berenang seperti pelampung dan pakaian renang yang sesuai juga penting supaya anak dapat bergerak dengan selesa.
Ramai kanak-kanak tidak mahu berenang kerana takut air, jadi sebaiknya anda perkenalkan aktiviti sebegini sejak usia dini anak-anak supaya mereka lebih berani untuk mencuba aktiviti di dalam air.
Bermain tidak semestinya di bilik atau taman sahaja. Kolam renang juga boleh menjadi tempat untuk anda bermain dengan gembira.
Dengan bermain air, otot-otot anak anda berkembang dan pertumbuhan badannya meningkat. Dengan kata lain kompenan badan kanak-kanak akan terlatih dengan aktiviti renang kerana semua anggota badan bergerak mulai dari kaki, tangan hingga kepala walaupun Teknik gerakan mungkin belum cukup sempurna.
Berenang mendorong anak menjadi lebih berani, yakin diri dan memiliki rasa percaya diri yang tinggi. Ketika berenang, mereka dapat menggerakkan anggota badan mereka dengan sendiri. Aktiviti sebegini pastinya memerlukan keberanian buat si kecil anda. Berikan kata-kata semangat agar mereka dapat lakukan dengan baik tanpa rasa takut.
Berenang bersama orang ramai akan membuatkan hubungan sosial si kecil anda berkembang dengan lebih baik. Dengan aktiviti renang, si kecil bakal mendapat teman baru. Cara ini dapat membantu mereka untuk lebih yakin diri bagi berhadapan dengan orang ramai. Ia juga secara tidak langsung mempengaruhi psikologinya untuk berani berenang.
Pakai pakaian mandi yang sesuai dan selesa ketika aktiviti air. Elakkan pakaian yang boleh menghadkan pergerakan kanak-kanak semasa aktiviti air bagi mengelak risiko berlaku kemalangan.
Pastikan peralatan seperti pelampung, goggle dan sebagainya berada dalam keadaan bersih, tahan lama dan tidak berkarat serta tajam. Ia penting supaya anak-anak dapat meneroka dengan selamat di dalam air.
Berenang juga boleh dilakukan di rumah menggunakan kolam plastik. Pastikan kedalaman air yang digunakan tidak terlalu dalam dan bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.
Ibu bapa perlu memantau aktiviti kanak-kanak semasa main air. Elakkan membiarkan kanak-kanak bersendirian atau membiarkan mereka bermain sesama rakan sebaya tanpa pemantauan. Jelaskan pada kanak-kanak peraturan dan prosedur semasa bermain air dengan menggunakan arahan yang mudah difahami seperti mengingatkan mereka supaya beratur sebelum masuk ke kolam renang, tidak menolak kawan dan membaling pelampung bagi mengelak kemalangan yang tidak diingini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kata orang mengidam makanan manis ketika hamil mengandung anak perempuan. Sementara mengidam makanan masam, ini bermakna bakal dapat bayi lelaki. Betul ke?