Diam tak diam dan betapa pantasnya masa berlalu, anak kesayangan Mira Filzah dan suami, Wan Khair Amir rupanya kini sudah pun berusia dua tahun.
Menerusi Instagramnya, Mira memuat naik momen bahagianya sepanjang dua tahun bergelar ibu malah turut membingkiskan ucapan penuh bermakna buat Amir.
“Dua tahun cukup cepat berlalu. Syukur Alhamdulillah, anakanda membesar dengan cepat dan sihat.
“Wahai Wan Khair Amir putera kesayangan kami, anakanda membawa tawa dan suka dalam setiap hari kita bersama. Ada masa kami gelisah sewaktu melindungimu dari luka, mengingatkan kami betapa besarnya jasa dan pengorbanan orang tua kami.
“Kini, tanggungjawab kami untuk besarkan anakanda, sebagai permata untuk masa depan ummah, insha’Allah,” tulisnya.
Malah Mira juga turut berkongsi momen Amir ketika waktu kecil sehingga kini sudah pun berusia dua tahun dan semakin membesar.
Ads
Ibu cantik jelita ini juga turut mendoakan perjalanan anak kesayangannya itu agar menjadi insan yang berguna buat bangsa dan agama kelak.
“Moga doa semua mengiringi ulangtahun kelahiran anakanda, untuk menjadi anak yang soleh dan insan berguna untuk bangsa dan negara.
“Tidak terkata sayang Papa & Mama buat anakanda Wan Khair Amir. Selamat Ulangtahun Kelahiran yang kedua wahai cinta hati Papa Mama,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut setia Mira turut sama menitipkan ucapan hari lahir buat Amir malah mendoakan kesejahteraannya.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Anak buat perangai? Tantrum tiba-tiba? Tak dengar kata walaupun dah ulang banyak kali? Lagi kita marah, lagi dia buat. Sounds familiar? Jangan risau, ini bukan bermaksud anak tu “nakal sangat”—ini normal. Ya betul, wahai parents. Anda tak keseorangan dalam struggle ni.
Bila Suara Mula Tinggi, Anak Mula Shutdown
Kebanyakan ibu bapa, bila dah penat dan stress, automatik akan naik suara. Kadang bukan naik suara je, terus menengking. Tapi tahu tak, bila kita tengking, kita sebenarnya tengah merosakkan komunikasi kita dengan anak.
Anak jadi takut, rasa tak selamat, dan mula anggap itu cara normal untuk berkomunikasi. Sebab tu, ada anak-anak yang membesar dengan suara kasar dan suka marah-marah — sebab dia belajar dari kita.
“Ingatkan Anak Saya Pekak” — Dr. Phil
Dalam satu artikel dari The Wall Street Journal, disebutkan kebanyakan ibu bapa di seluruh dunia gunakan jeritan sebagai cara untuk “mendidik” anak. Tapi sebenarnya lebih kepada luahan marah kita sendiri. Dr. Phil McGraw, seorang pakar psikologi terkenal, pernah bergurau dalam satu rancangan:
“Saya fikirkan anak-anak saya pekak sehinggalah mereka berusia lima tahun. Mana taknya, kita ni suka sangat menjerit tanpa sebab.”
Lawak memang lawak, tapi mesejnya jelas. Jeritan tak bantu pun. Dr. Phil kata bila kita mula menjerit, anak akan terus ‘shutdown’. Komunikasi terus putus. Yang tinggal cuma rasa takut dan keliru.
Apa Patut Buat Bila Anak Mengamuk?
Bila anak tengah tantrum, jangan jerit. Sebaliknya, dekatkan diri dan cuba berbisik. Yes, bisik. Anak yang biasa dimarah akan terkejut bila kita tiba-tiba bercakap lembut. Dia akan jadi lebih tenang. Bila emosi dia stabil, barulah dia boleh mula dengar dan faham apa kita nak sampaikan.
Anak Yang Selalu Dijerit Mungkin Akan Membesar Dengan Luka Emosi
Fakta yang menakutkan — anak-anak yang selalu dimarahi dengan suara tinggi lebih cenderung untuk ada masalah sikap, rasa down atau depresi, dan bila besar nanti, jadi orang yang sukar puas hati. Kita semua sayang anak-anak kita, kan? Tak sanggup tengok mereka membesar dalam tekanan.
Jadi… siapa kena mulakan perubahan? Kita lah, parents. Kita yang kena ajar diri kita sendiri untuk sabar, tarik nafas panjang, dan belajar komunikasi yang lebih lembut. Demi mereka, demi masa depan mereka.
Tonton video ini;
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang bila dengar perbualan anak-anak ni boleh buat kita terhibur. Tak sangka topik yang mereka bualkan tu di luar jangkaan. Imaginasi anak-anak ni menunjukkan betapa mereka seorang yang kreatif dan mempunyai kebolehan untuk menyusun jalan cerita supaya jadi menarik.
Begitulah yang dikongsikan oleh usahawan dan selebriti cantik, Hanis Zalikha, yang telah merakam perbualan anak-anaknya ketika dia tidak bersama mereka. Ketika itu, Yusuf dan Alisa berada di dalam kereta apabila dua beradik ni bersembang tentang mommy mereka.
Ia bermula apabila Yusuf bertanya kepada adiknya, adakah Alisa sentiasa berharap mommy akan sentiasa bersama mereka. Alisa dengan tekun mendengar cerita abangnya dan kata Yusuf hanya mereka saja boleh melihat mommy ketika di sekolah.
Tambah Yusuf lagi, cikgu pun takkan nampak mommy mereka. Hanya mereka berdua yang akan nampak mommy. Kemudian Alisa pula menambah, kanak-kanak lain juga tidak boleh lihat mommy. Namun yang lucunya, Alisa kelihatan sedikit bingung apabila bersembang dengan abangnya itu.
Yusuf kemudian menambah ketika hari akhir persekolahan, dia dapat melihat mommy mereka sedang mengikutnya naik tangga. Biarpun nampak seperti keliru tetapi kesungguhan Alisa mendengar cerita abangnya itu membuatkan ramai yang terhibur.
Cerdik sungguh anak-anak kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ni. Topik perbualan tentang mommy menunjukkan betapa mereka berdua sangat menyayanginya. Semoga Yusuf dan Alisa akan membesar menjadi anak-anak yang baik dan sentiasa membanggakan kedua orang tua mereka.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Luth Syauqi, kanak-kanak 2 tahun termakan keropok bercampur racun tikus meninggal dunia. Seorang lagi kanak-kanak yang termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus, Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.
Luth Syauqi, Kanak-kanak 2 Tahun Termakan Keropok Bercampur Racun Tikus Meninggal Dunia
Memetik Harian Metro perkara itu disahkan ibunya Nurain Hasnorizal, 25, selepas melawatnya di wad. Muhammad Akil menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 pagi, kelmarin.
“Luth sudah meninggal dunia kira-kira jam 1.24 tengah hari tadi, hilang sudah kesakitannya.
“Jenazahnya dijangka dikebumikan Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah berhampiran pusara abangnya,” katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai dua beradik, Muhammad Luth Syauqi dan Muhammad Akil Syauqi yang masing-masing berusia dua dan tiga tahun, kritikal selepas termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, Ahad lalu.
Makanan ringan berupa keropok itu digantung pada pagar dawai dikatakan dipasang pemilik kebun, bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya.
Kedua-dua kanak-kanak malang berkenaan dikejar ke HPP selepas menerima rawatan di Hospital Kulim.
Rabu lalu, abang mangsa, Muhammad Akil Syauqi,3, yang turut termakan keropok beracun terbabit meninggal dunia di HPP selepas bertarung nyawa selama empat hari.
Kronologi insiden dua beradik termakan keropok bercampur dengan racun tikus:
1.Muhammad Akil dan Muhammad Luth mengikut datuk mereka, Muhammad Nazar Abdullah, 53, mencari lembu di kawasan kebun terletak 50 meter dari rumah.
2. Nenek mangsa, Saadiah Yaacob, 62 berkata, beliau kemudian ternampak kedua-dua anak kecil itu masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik ibu mereka sambil membawa dua bungkus keropok.
3. Saadiah bagaimanapun keluar dan pergi ke kebun getah berhampiran meninggalkan dua beradik itu bersama ibu mereka.
4. Nenek itu kemudian ternampak ambulans masuk ke kawasan rumah dan jirannya memberitahu dua cucunya dibawa ke klinik kerana muntah dan mulut berbuih.
“Cucu saya balik sambil bawa keropok di tangan dalam keadaan riang. Masa tu saya nampak mereka tak makan lagi sebab sampai rumah baru mereka buka. Mereka terus ke dalam bilik ibu mereka. Saya diberitahu, selepas makan, tiba-tiba kedua-dua mereka menggelupur sambil muntah dan mulut berbuih.” – Nenek
5. Datuk, Muhammad Nazar tidak menyangka perkara itu berlaku kerana kedua-dua cucunya memang rapat dengannya dan sering mengikutnya mencari lembu.
6. Dalam kejadian itu, beliau sudah menyuruh dua cucunya itu pulang ke rumah dan tidak menyangka mereka mengambil bungkusan makanan ringan itu bersama.
7. Muhammad Nazar berkata racun yang terdapat dalam makanan ringan itu berkemungkinan bukan racun tikus sebaliknya lebih kuat.
8. Sedih dengan kejadian yang menimpa dua cucunya itu dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang agar hal berkenaan tidak terjadi kepada orang lain.
9. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi mengesahkan kejadian itu.
10. Katanya keropok berkenaan dipercayai digantung oleh pekebun kampung pada dawai besi di sekeliling pagar kebun bertujuan untuk memerangkap monyet.
11. Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi selepas ibu mereka yang berusia 25 tahun menyedari kedua-dua anaknya yang berusia dua dan tiga tahun mengalami muntah-muntah dan mulut berbuih.
12. Pada jam lebih kurang 11.30 pagi ibu mereka terus membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Malau dan ke Hospital Kulim untuk rawatan.
13. Namun hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kulim mendapati kedua-dua mangsa berada dalam keadaan kritikal.
14. Pada jam 7.30 malam kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
15. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.
16. 10 Julai 2024, Muhammad Akil Syauqi, 3 tahun, meninggal dunia pada jam 8.40 pagi.
17. 11 Julai 2024, pekebun serah diri di balai Polis. Dakwa keropok beracun diikat tinggi.
18. 12 Julai 2024, Luth Syauqi, 2 tahun meninggal dunia pada jam 1.24 petang.
Siapa sangka, Datuk Ramli MS atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Ram—yang sinonim dengan gaya serius sebagai juri program realiti—kini tular di TikTok apabila...