Golongan ibu-ibu antara golongan yang paling penat menguruskan kelas online anak-anak. Mana taknya, ibu lah tukang masak, ibu jugalah pekerja dan dalam masa yang sama terpaksa berkongsi laptop dengan anak-anak untuk kelas mereka. Tambah pula perlu memastikan tugasan sekolah mereka dihantar tepat pada masanya.
Situasi ini sama seperti yang di kongsi oleh Ozlynn yang mana dia perlu menguruskan anak-anak semasa PDPR.
Pernah melalui 2 masa
Ramai parents cakap online class ni memang betul-betul struggle.. mane nak cekau ipad pada yang anak ramai.. mane nak kejar masa sorang anak nak itu sorg anak nak ini.. pada yang bekerja atau yang tak bekerja sama je penat dia.. sebab aku melalui dua masa.. bila tak shoot dengan bila shooting..
Mak-mak paling penat
Dan mak-mak yang akan paling penat.. sebab kita la yang paling awal bangun dan yang paling akhir tidur.. macam aku seawal 5am bangun dan aku jugak yang paling lewat tidur setelah aku pastikan semua pintu dah berkunci, anak-anak dah tidur, beg sekolah dah tersedia, barang masak utk bekal dan breakfast dah ready untuk mudah aku masak esok pagi.. masa atas katil pun kepala masih lagi berlegar-legar fikir ada ke benda yang termiss?..
Ads
Sama jugak kalau hari aku bekerja.. aku takkan tinggal rumah dengan tak ada lauk lunch.. pastu breakfast kat rumah menu lain, bekal sekolah menu lain dan lunch menu lain.. tak ke pecah otak hari-hari nak mikir.. pukul 8am bergegas pergi kerja.. balik malam masih lagi menguruskan hal umah..
Ibu-ibu semua hebat dengan cara masing-masing
Kadang kat tempat kerje pon dok call umah tanya laki.. semua ok ke?? Anak dah makan ke? Baju i basuh dah keringkan.. tolong check maid dah lipat dan gosok ke.. masyaAllah.. tugas ibu takkan pernah habis.. aku tak pernah pandang rendah pada kaum ibu.. ibu-ibu semua hebat dengan cara memasing.. sape yang dapat suami jenis pandai bantu or ringan tulang Alhamdulillah pada yang tidak .. heloo encik suami.. meh tolong picit badan kami sat🤪
Ads
Rata-rata warga maya bersetuju dengan Ozlynn, bukan mudah menguruskan anak-anak yang belajar dari rumah tambahan pula dengan tugasan yang hakiki.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ads
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Sikap sesetengah ibu bapa yang suka membuang lampin merata-rata jadi medium HFMD. Sikap ini seolah-olah sukar dibendung. Walaupun kini sudah ramai mempunyai kesedaran, namun masih ada lagi segelintir daripada mereka mengamalkan sikap ini.
Anak buang air besar?
Mudah saja, gulungkan dan lempar sahaja dari tingkap ke celah-celah semak atau di dalam longkang.
Golongan yang membuang najis anak sesuka hati ini, ternyata begitu rendah tahap siviknya. Sedangkan haiwan pun tahu mengkambus najis mereka.
Tahukah anda, “Lampin pakai buang” merupakan antara sampah pepejal yang paling banyak ditemui di bahu jalan, didalam longkang, kawasan rekreasi dan tempat awam.
Sampah yang mengandungi najis ini boleh menjadi sumber jangkitan penyakit. Najis merupakan antara medium jangkitan penyakit merbahaya seperti HFMD, kolera, hepatitis dan Polio.
Virus dari najis ini boleh meresap dan merebak ke sumber air dan menyebabkan lebih banyak penyebaran penyakit.
Kebersihan adalah kunci utama untuk mencegah penyakit berjangkit.
Cara cara membuang lampin pakai buang;
1) Najis perlu dibuang dalam lubang tandas terlebih dahulu dan pam.
2) Gulung lampin pakai buang ke arah dalam (kawasan kotor di sebelah dalam).
3) Tampal semula di sebelah kiri dan kanan dengan menggunakan pelekatnya supaya gulungan tidak terbuka
4) Masukkan dalam plastik dan ikat
5) Sekiranya tiada plastik, gunakan suratkhabar untuk membalutnya
6) Buang dalam tong sampah khas yang biasanya disediakan dalam tandas atau sekiranya tiada, sila isikan dalam beg plastik atau beg khas dan bawa pulang untuk dibuang di rumah dalam tong sampah khas atau plastik khas.
Sehingga 5 keturunan anda berakhir, lampin pakai buang masih belum terurai sepenuhnya. Ia mengambil tempoh 500 tahun untuk terurai!
Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab. Bukan kena basuh, cuma mohon buang lampin pakai buang di tempat yang betul.
Kepulangan bayi kesayangan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang sedang menjalani rawatan di London telah ditangguhkan ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.
Ainul Mardhiah yang bertolak dari United Kingdom sepatutnya dijadualkan tiba di Malayisia pada petang ini. Bagaimana pun kepulangan bayi ini terpaksa dibatalkan susulan masalah kesihatan dihadapinya.
PENERBANGAN DIBATALKAN
Ibu saudara Ainul, Anis Sofiah Ahmad Razak, 22, berkata, penerbangan yang sepatutnya dijadualkan 9.30 malam tadi (waktu United Kingdom) dibatalkan 11.45 malam tadi.
“Abang beritahu, doktor tidak benarkan Ainul balik lagi namun tidak dimaklumkan punca jangkitan.
AMBIL ANTIBIOTIK & AKAN BERADA DI UK 2 MINGGU LAGI
“Ainul perlu mengambil ubat antibiotik semula sekurang-kurangnya seminggu dan mereka mungkin akan berada di sana (UK) selama dua minggu lagi,” katanya kepada NSTP di Melaka, hari ini.
Pa&Ma sebelum ini melaporkan bayi berusia 10 bulan itu, dijangka tiba di negara hari ini sebelum akan terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Ainul bersama bapa Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 24, sudah bertolak dari United Kingdom (UK) 9.30 malam tadi (waktu UK).
Semalam Pa&Ma juga melaporkan Ainul akan dibawa pulang ke tanah air secara rahsia.
Sementara itu, mama Ainul Nurul Erwani turut memuatnaik perkembangan Ainul menerusi Insta Story.
“Semua ini perancangan dari Allah. Kita hanya merancang tapi kita kena sentiasa ingat yang Allah punya perancangan lagi hebat.
“Bagaimana hebat pun seorang manusia itu merancang, tapi Allah jua lah yang tentukan mana yang terbaik untuk kita.
AINUL SUKA BUAT SURPRISE “Saya mama kepada Ainul Mardhiah sangat berharap untuk sentiasa doakan anak saya sihat dan bertenaga setiap hari. Ainul sangat suka buat surprise kepada kami. Agaknya Ainul dah selesa tinggal kat London, Ainul rasa seronok dengan nurse dekat sini layan Ainul macam princess.
AKAN BERADA LAMA DI LONDON “InshaAllah , kemungkinan kami akan berada lama sikit di London untuk pastikan Ainul dalam keadaan yang selesa untuk naik flight. Keawangan kami Alhamdulillah Allah masih cukupkan lagi dan terus beri rezeki untuk kami.
HARAP MEDIA BERIKAN RUANG “Jangan risau pada kami. Dan saya harap pihak media haruslah beri ruang pada kami sekeluarga untuk jaga Ainul sebaiknya.
TIDAK MAHU PERKARA LAMA BERULANG “Kami perlu cari jalan yang paling terbaik untuk Ainul setibanya di Malaysia. Saya tak mahu perkara lama berulang.
“InshaAllah bila tiba waktu yang tepat Ainul akan pulang ke Malaysia, saya akan beritahu. Cuma teruskan kirimkan doa pada Ainul di setiap solat anda semua yang sayang pada Ainul.”
Mengambil kira keadaan negara yang disebabkan penularan wabak COVID-19 dan sebagai tanda keprihatinan kepada peminjam, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menangguhkan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan.
Menerusi satu kenyataan media, PTPTN merujuk kepada kenyataan Menteri Kanan- Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, dengan penuh rasa prihatin kerajaan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN bermula 19 Mac.
Berkuat kuasa serta merta
Sehubungan itu, penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam ini akan berkuat kuasa serta merta selama 3 bulan sehingga 30 Jun depan.
Bantu 1.5 juta peminjam
Penangguhan yang diberikan ini dijangka akan memberi manfaat dan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam PTPTN yang sepatutnya membuat bayaran balik pinjaman mereka melibatkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini sebanyak RM375 juta.
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui talian Careline di 03-2193 3000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat 9 pagi hingga 5 petang.
Maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my.
Dalam keadaan sekarang ini, PTPTN sentiasa prihatin dan peka serta mengambil berat terhadap kebajikan semua peminjam PTPTN.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.