Hampir sebulan melihat dunia, kehadiran Bunga Elhaq sebagai penyeri rumah tangga Elisya Sandha dan suami, Uzair benar-benar memberi satu rasa bahagia buat pasangan ini.
Bukan itu saja, Nanny dan Dadda Bunga begitu menyayangi si comel ini dan sentiasa meninggalkan pesanan yang begitu bermakna sekali untuk cucunya setiap kali memuat naik posting mengenai Bunga.
Setelah 23 hari kelahiran, majlis cukur jambul dan akikah Bunga diadakan sempena Hari Raya Aidiladha lalu. Elisya dan Uzair bersepakat untuk mencukur semua rambut Bunga.
Menerusi perkongsian terbaru Elisya, wajah terbaru Bunga Elhaq dah nampak lain bila rambutnya dicukur. Cute pula tengok cucu Nanna Sheila ni!
Ads
Menurut Elisya, bila dah nak masuk usia sebulan, Bunga dah makin banyak akal. Rutin tidurnya juga mula berubah dan banyak nak main. Saja Bunga nak manja dengan mommy dan daddynya tu.
Bukan itu je, gaya tidur Bunga pun dah macam budak besar. Suka letak tangan untuk tutup matanya.
Gaya tidur Bunga turut dapat perhatian ibu Elisya dengan meninggalkan komen mencuit hati.
Amboiiii boiii sayang Bungaa Nanny nii..tak nak tunjuk mata diaaa nii..tahu laa mata awak tu cantik kan..semoga cucu Nanny /Nanna..Mucha/Dadda..membesar dengan sihat..Amin
Ads
Sementara itu, diruangan komen, ramai yang geram melihat Bunga dan memuji hidungnya mancung mummy.
Jika anda ingin melahirkan anak yang bijak, anda perlu mula merangsang otak anak sejak bayi lagi. Bagaimana caranya?
Cuba lakukan kaedah ini bersama bayi anda. Cara ini bukan sahaja boleh menggalakkan fungsi otak bayi bahkan juga dapat merapatkan jalinan kasih sayang ibu bapa dan bayi. Cubalah!
1) Berborak dengan bayi anda bagi membantunya belajar cara berkomunikasi. Ulang perkataan yang disebut dan galakkan si manja apabila dia cuba untuk meniru suara anda.
2) Ajar bayi tentang anggota badan. Contohnya, tanya bayi anda, “Mana hidung, baby?” dan tunjukkan hidung si manja. Teruskan dengan menyebut dan menunjuk anggota tubuh badan bayi yang lain.
3) Menyanyikan lagu dan bertepuk tangan. Jika anda kerap berbuat begitu, si manja akan cuba untuk meniru pergerakan dan suara anda. Cara ini juga dapat membantu bayi mengembangkan kordinasi tangan-mata dan bahasanya.
4) Rangsang kordinasi tangan-mata bayi anda dengan memegang mainan yang berwarna-warni untuk digenggam oleh si manja.
5) Melakukan pelbagai memek muka seperti tersenyum lebar, menjelir lidah ataupun membuka mulut luas-luas. Selang beberapa bulan, anda akan lihat bayi anda meniru gaya anda.
6) Rangsang kordinasi dan kemahiran motor halus bayi dengan menyediakan objek yang kecil dan selamat untuk si manja ambil. Contohnya, anda bawa bayi duduk di luar rumah dan cabut rumput atau petik bunga. Si manja pasti akan seronok melakukannya.
7) Bacakannya buku cerita dan menunjuk kepada objek serta menyebutnya.
8) Jika bayi sudah boleh duduk, letakkan mainan di atas lantai dan rangsangnya untuk merangkak (bergerak) dan mencapai mainan tersebut.
9) Berikan bayi mainan blok ABC dan mintanya memasukkan blok ke dalam kotak acuan.
10) Main permainan “di mana barang tersembunyi”. Sorokkan barang yang berwarna terang di bawah kain atau di bawah pasir kinetik. Kemudian, anda boleh letakkan tangan bayi untuk menyentuh objek dan membantunya mencari barang yang disorokkan. Lama- kelamaan, dia boleh mencari barang tersebut sendiri tanpa bantuan anda.
Anak dua pusar di kepala dianggap nakal, degil dan selalu ‘bawa’ masalah. Anak yang ada dua pusar di kepala selalu sangat dikaitkan dengan sikap nakal, keras kepala dan tak dengar cakap.
“Ooo.. Patutlah dua pusar!” Bila dengar ada adik-beradik atau saudara mara jenis yang mulut laser kata macam itu dekat anak kita, mulalah hati mudah terasa.
Sedihnya, bukan kita yang tentukan pusar anak satu atau dua. Itukan anugerah Allah untuk ibu yang bertuah. Sebab itulah, tak boleh nak hakimi kenakalan anak-anak berdasarkan fizikal mereka, dua pusarlah, lesung pipitlah, kening bertangkuplah.. Rahsia kejadian itu semua di tangan Yang Maha Menciptakan.
Cerita ibu yang ada anak dua pusar di kepala, Puan Aminah Hafizah Abu Bakar boleh dijadikan panduan.
Anak Dua Pusar Benarkah Lasak Dan Banyak Akal
Orang tua-tua memang banyak pengalaman, mereka lebih lama makan asam garam kehidupan. Melalui pengalaman itu timbullah petua-petua untuk panduan dalam kehidupan seharian. Meskipun zaman berubah, petua lama masih utuh dipercayai dan diamalkan.
Tidak setakat petua. Orang lama juga kaya dengan pengalaman hasil pemerhatian. Maka selalulah kita dengar orang menyebut istilah ‘kata orang-orang tua’.
Namun, tidak semua boleh dipercayai. Ada yang terbukti mitos semata-mata. Sebagai umat Islam kita harus memeriksa kesahihah fakta, dan mengetahui hukum agama sebelum menerima bulat-bulat sesuatu kepercayaan atau amalan.
Sering kita mendengar orang berkata anak dua pusar kepala sebagai nakal dan lasak. Entah di mana logiknya, tetapi itulah yang kerap dimomokkan orang.
Apabila ternampak kepala anakku berpusar dua, orang tua-tua terus mengingatkan supaya bersiap sedia dengan karenah anakku itu. Ada yang menyebutnya membesar banyak akal, ada yang melabelnya budak lasak tidak kurang juga yang berani melabelnya budak nakal.
Sebagai ibu baru, hati tentu tersentuh apatah lagi anak masih merah. Tetapi aku selalu memujuk hati mengambil yang positif saja. Dan membiarkan kata-kata orang berlalu seperti angin.
Apabila anakku semakin membesar, aku sedari karakter dirinya yang ekstrovert dan aktif. Dia mudah mengekspresikan emosinya. Dia suka menyanyi dan mempunyai keyakinan diri yang baik untuk kanak-kanak seusia empat tahun.
Tetapi memanglah adat kanak-kanak yang banyak ragamnya, anakku juga tidak terkecuali. Kadangkala dia menghiburkan tapi ada masanya ragamnya juga menyebabkan kami naik marah.
Satu hal yang tidak aku persetujui ialah meletakkan kesalahan kepadanya mengikut tanggapan ciri fizikal dua pusarnya itu.
Apabila dia berbuat silap kita segera memarahinya. Jika terlibat dalam perbalahan anak-anak, cepat saja kita menuding jari kepada si dua pusar tadi. Terkadang tidak sempat dia membela diri, dan belumpun kita selidik duduk letak perkara sebenar. Kita pantas menjustifikasikan situasi dan meletaknya sebagai pesalah.
Aku melihat perkembangan ini sebagai tidak sihat untuk pembinaannya sebagai individu yang bersahsiah mulia. Adakah berkepala dua pusar semestinya nakal? Wallahualam.
Pernahkah kita terfikir dua pusar di kepala ini ciri fizikal, sama juga seperti lesung pipit dan tahi lalat?
Menilik Rahsia Tahi Lalat
Apakah amalan menilik rahsia tahi lalat tidak sama dengan menilik rahsia ciri fizikal tubuh badan yang lainnya. Kening bertangkup, begini. Mata ke dalam begitu?
Adalah amalan ini tidak sama dengan memukul rata peribadi individu melalui zahirnya saja? Lebih sedih jika kita mengaitkan dengan mitos tahayul yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Tanggapan sebegini menanamkan stigma di dalam kepala individu di sekeliling anak tadi. Ibubapa misalnya terdorong memberi layanan tegas dan keras kepada anak ini semata-mata tidak mahunya menjadi nakal. ‘
Setiap langkah kerenah anak sentiasa dibayangi dia dua pusar, maka akalnya banyak. ‘Dia dua pusar, maka dia lasak’. Ibu bapa secara tidak langsung telah meletakkan label kepada anaknya. Adakah adil memandang sikap indvidu berdasarkan ciri fizikalnya? Nah, tidakkah ia juga terpakai dalam situasi ini?
Anak Dua Pusarku Sama Saja Seperti Anak Lain
Ada waktunya apabila timbul rasa marah terhadap si anak, aku mengingat diri, dia sama saja seperti anak lain. Akhlak dan adabnya dibentuk oleh aku dan suami. Sikap dan pembawaan karakternya terbentuk oleh persekitarannya membesar.
Generalisasi dan kata orang tua-tua tidak membantu perkembangan anak-anak. Sebagai ibu bapa menjadi tanggungjawab kita mendidiknya menjadi anak yang baik seperti diidamkan oleh semua.
Semoga kita diberikan kesabaran melayani dan mengasuh anak-anak.
Memperkenalkan bayi dengan telur sebelum usia menginjak setahun dikhuatiri akan mendatangkan alergik kepada bayi. Bagaimanapun cara ini untuk menentukan sama ada bayi kita tu alergik kepada telur ke tidak sebelum ambil injection setahun iaitu MMR (Measels, Mumps, Rubella) nanti.
Perkongsian di blog ibu zarith.com boleh membantu ibu untuk memastikan tahap kesihatan anak berada dalam keadaan baik.
Jadi sebagai seorang ibu yang bertanggungjawab, kita hendaklah mula memperkenalkan telur kepada bayi kita semasa usianya setahun, mengikut langkah berikut.
Minggu Ke-1: 1 sudu besar kuning telur 1 kali seminggu
Minggu Ke-2: 1 sudu besar kuning telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-3: 1 biji telur kuning sahaja
Minggu Ke-4: 1 biji kuning telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-5: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 1 kali seminggu
Minggu Ke-6: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-7: 1 biji penuh telur
Minggu Ke-8: 1 biji penuh telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-9 dan seterusnya dah boleh bagi baby makan sebiji telur penuh tapi tak lebih daripada 3 kali seminggu
Ini kerana kuning telur tidak mengandungi protein yang boleh menyebabkan baby allergic kepada telur. Putih telur mengandungi 4 protein yang boleh menyebabkan alergik sama ada ringan ataupun alergik yang teruk.
Selepas dah lulus semua ujian, boleh la mula membuat makanan yang mengandungi telur dengan jayanya. Yang penting jangan bagi telur separuh masak kerana ia mempunyai sejenis bakteria berbahaya yang dikenali sebagai salmonella. Ia boleh menyebabkan keracunan makanan yang teruk.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.