Hampir 5 bulan usia anak kedua Fizo Omar dan isterinya, Fazeera yang diberi nama Wan Khaleeda. Walaupun jarang berkongsi di media sosial mengenai anak-anaknya, namun setiap kali Fizo memuat naik gambar Maryam dan Khaleeda pasti akan dapat perhatian ramai.
Di instagramnya, Fizo ada berkongsi beberapa keping gambar Khaleeda yang terkini dah mula pandai senyum bila diagah dan melihat orang.
Apa yang menarik perhatian, muka Khaleeda seiras mommynya. Dengan mata, mulut dan senyumannya persis mommy. Macam fotostat! Manis sangat Khaleeda senyum. Kita yang tengok pun geram.
Fizo juga akui, kehadiran Khaleeda ini beri kegembiraan pada Maryam kerana selama ini dia yang begitu teruja nak adik. Kiranya Maryam ada gengn nak bermain.
Sebelum ini, menerusi perkongsian Fizo memang jelas nampak kasih sayang Maryam pada adiknya. Walaupun adik masih kecil dan belum faham apa-apa, Maryam mesti juga ingat pada adiknya.
Pada perkongsian yang lalu, Fizo akui gugur air mata jantannya saat melihat orang tersayang menahan sakit dan bertarung nyawa melahirkan zuriat.
Ads
Tidak terhenti di situ, dia memberitahu air matanya sekali lagi gugur apabila melihat bayi perempuannya buat pertama kali selepas dilahirkan.
Perasaan terus bertukar gembira, sedih dan sebak ketika pertama kali melihat anak yang dinanti-nanti selama ini.
Ads
Untuk rekod, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang dan Fazeera melahirkan Khaleeda pada 25 Jun lalu.
Dunia baru sahaja dikejutkan dengan gempa awal pagi dengan magnitud 7.8 itu dipercayai yang terburuk melanda Turki pada abad ini, malah gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan. Ia turut disusuli satu lagi gempa besar pada petang ini dengan magnitud 7.7.
Angka kematian akibat gempa bumi besar yang melanda Turki dan barat laut Syria kini dipercayai 1,400 orang manakala ribuan lagi cedera.
Kerosakan akibat gempa kedua itu masih belum diketahui, dan anggota penyelamat berusaha mencari mangsa terperangkap, dalam keadaan cuaca sejuk.
Dalam satu video yang tular, ada ibu hamil yang terperangkap dibawah bangunan runtuh dan sempat melahirkan anak sebelum meninggal dunia. Bayi tersebut dilaporka anak selamat manakala ibu meninggal dunia.
Video tersebut dikongsi oleh pempengaruh media sosial, Farah Lee dan menurutnya dia pernah ke sana pada musim salji tahun lepas.
“Farah ke sana winter tahun lepas, memang sejuk sangat-sangat. I cannot imagine dorang dekat sana diuji macam ni time-time ni. Kurang makanan, pakaian, selimut, bantuan medikal etc. Jom sama-sama bantu dari jauh. Farah inshaAllah akan ke sana nanti bawa donation korang”
Antara mangsa yang sempat ditemuramah media agensi berkata “Ketika itu kami sembilan beranak berada dalam rumah, dan dua anak lelaki masih terperangkap dalam runtuhan,” kata seorang wanita yang patah tangan dan mengalami kecederaan muka berhampiran runtuhan bangunan kediamannya di Diyarbakir, tenggara Turki
Bayi baru lahir patutnya mudah diurus kan? Tapi kenapa ada yang selalu meragam walaupun dah tukar diapers dan menyusu? Paling stres bila waktu malam, ibu penat anak pula yang asyik menangis.
Ini antara tip yang boleh diamalkan oleh ibu sama ada dalam pantang atau selepas pantang. Janji ia untuk keselesaan anak dan ibu pun senang hati.
Alhamdulillah, sepanjang berpantang 3 bulan lepas, anak saya sangat jarang meragam dan boleh tidur lena sehingga 4 jam straight walaupun kakaknya suka keluar masuk bilik. Sebab apa? 3 benda asas ni setel.
Oh ye.. selain 3 petua di atas, saya sebenarnya guna satu lagi senjata paling ampuh. Memang sejak dalam kandungan lagi, memang saya minta Allah mudahkan jaga anak-anak. Alhamdulillah Allah izinkan.
Semoga bermanfaat buat ibu-ibu muda. Selamat berpantang dengan gembira. Jangan stres-stres tau nanti kan effect benda lain.
Kemahiran komunikasi bayi penting kerana apa yang bayi belajar dari lahir hingga satu tahun akan menentukan kejayaan dari segi perkembangan membaca, menulis dan kemahiran sosial mereka. Ibu bapa boleh mula untuk menggalakkan bayi berkomunikasi sejak saat mereka dilahirkan di dunia.
Jangan menganggap bayi yang masih belum boleh bercakap tidak boleh berkomunikasi dengan anda.
Bagaimana cara bayi saya berkomunikasi?
Bayi berkomunikasi melalui tangisan, jeritan, membuat bunyi ‘coos’, ekspresi wajah, dan bahasa tubuh mereka sebelum mereka mengeluarkan perkataan pertama. Sejak lahir, bayi sudah mula mempunyai dua set kemahiran komunikasi iaitu kemahiran reseptif dan kemahiran ekspresif.
Kemahiran reseptif adalah keupayaan untuk menerima dan memahami mesej dari orang lain. Bayi menunjukkan kemahiran ini dengan memalingkan kepala mereka ke arah suara anda dan memberi respon kepada arahan mudah.
Kemahiran ekspresif adalah keupayaan untuk menyampaikan mesej kepada orang lain melalui bunyi, ucapan, tanda, atau tulisan. Menangis, membebel ‘babbles’, dan menggunakan bahasa badan adalah contoh kemahiran ekspresif awal bayi anda.
Bagaimanakah saya boleh menggalakkan perkembangan komunikasi bayi saya?
Anda boleh menggalakkan perkembangan komunikasi bayi anda dengan tersenyum, bercakap, bermain dan membaca dengan mereka. Aktiviti tersebut akan membantu mereka mengembangkan kemahiran komunikasi yang diperlukan untuk membina atau menjalinkan hubungan yang bermakna dan berjaya di sekolah.
Apa yang perlu saya pilih? Bercakap dalam satu bahasa atau ajar anak saya banyak bahasa?
Kajian menunjukkan bahawa lebih daripada 50% orang di dunia bercakap dalam dua bahasa atau lebih. Sebagai Terapis Pertuturan-Bahasa, saya tidak mempunyai masalah jika anda mahu mengajar anak anda lebih dari satu bahasa.
Perkara yang paling penting untuk saya ialah konsistensi dan cara bagaimana anda mengajar anak anda. Saya amat bersetuju bahawa setiap kanak-kanak mempunyai tahap penguasaan bahasa dan gaya pembelajaran yang berbeza. Ibu bapa juga adalah orang yang paling mengenali dan memahami anak-anak walaupun mereka selalu ragu-ragu dengan kemampuan mereka sendiri.
Apabila saya menyentuh mengenai konsistensi, saya merujuk kepada penggunaan kosa kata atau ‘vocab’ tertentu. Contohnya, jika anak-anak anda tidak tahu apa itu “cawan”, anda akan mengajar mereka dengan memperkenalkan item tersebut, menerangkan fungsi dan penggunaannya semasa bermain dan melalui aktiviti harian. Sesetengah ibu bapa, mereka akan mempunyai harapan yang tinggi bahawa anak akan memahami perkataan apabila mereka hanya memperkenalkan item yang ingin diajar sekali sahaja. Sekiranya anda mempunyai niat untuk mengajar anak-anak anda lebih dari satu bahasa, anda perlu memastikan bahawa anak anda dapat memadankan kata dengan objek atau tindakan terlebih dahulu dalam bahasa pertama yang anda kenalkan kepada anak anda. Saya mengambil contoh yang sama “cawan” – Jika hari ini anda mengajar kepada anak anda “Ini cawan”. Esok dengan item yang sama anda namakan item tersebut sebagai “gelas” dan “cup” untuk hari berikutnya. Anak anda akan menjadi keliru. Kanak-kanak belajar melalui pengulangan. Bahkan orang dewasa dan semua manusia di seluruh dunia juga sama. Selain itu, gaya pembelajaran anak juga menentukan bila dan bagaimana cara anda mengajar mereka. Anda hanya memerlukan sedikit masa untuk memerhatikan anak-anak anda. Kekuatan dan minat mereka. Jika anda tahu bahawa anak anda hanya mempunyai fokus atau tumpuan antara 10 hingga 15 minit – anda perlu menggunakan masa yang singkat itu sebaiknya! Pastikan anda memberi rangsangan bahasa apabila mereka boleh memberikan tumpuan. Tidak ada gunanya jika anda memberikan rangsangan apabila mereka tidak selesa dan meragam pada masa itu.
Petua untuk Menggalakkan Perkembangan Bahasa dan Pertuturan;
-Gunakan suara yang bernada tinggi dan seperti menyanyi – Suara sebegitu membantu mendapatkan fokus dan tumpuan bayi anda semasa anda bercakap.
-Bermain dengan bunyi – Buat pelbagai jenis bunyi seperti bunyi haiwan, kenderaan atau mengajuk bunyi dan apa yang dilakukan oleh anak anda.
-Gunakan ekspresi wajah dan gerak isyarat atau bahasa tubuh – Untuk menyampaikan maksud perkataan.
-Terangkan apa yang anda sedang lakukan – Anda boleh terangkan setiap perkara yang anda sedang lakukan atau lakukan bersama anak cth. semasa anda memakaikan baju, menyuapkan makanan, dan memandikan anak anda. Penggunaan perkataan dan frasa yang sama dengan memadankan aktiviti rutin harian adalah cara terbaik untuk mengembangkan lagi kemahiran bahasa dan pertuturan anak anda.
-Menggalakkan komunikasi dua hala – Apabila anak anda berkomunikasi dengan anda menggunakan bunyi, perkataan, atau gerak isyarat, pastikan anda memberi respon dan mengambil gilir dalam perbualan.
-Membaca dengan anak anda. Cara membaca yang mudah ialah dengan hanya menerangkan gambar tanpa mengikuti kata-kata bertulis. Pilih buku dengan gambar-gambar yang besar, berwarna-warni, dan menggalakkan anak anda menunjuk dan menamakan objek yang biasa.
-Kembangkan perbendaharaan kata anak anda dengan membina ayat menggunakan perkataan yang sudah mereka ketahui. Sebagai contoh jika anak anda mengatakan “anjing” anda boleh berkata “Ya, itulah anjing besar!”
-‘Reword’ frasa anak anda. Jika anak anda membuat kesalahan dalam ucapan atau pertuturan mereka, balas dengan frasa dalam bentuk yang betul. Perkara ini membantu mereka mempelajari sebutan dan tatabahasa yang betul. Sebagai contoh, jika anak anda mengatakan “Besar anjing” anda boleh bertindak balas dengan “Ya, anjing itu besar.”
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...