Setiap anak, lain-lain ragamnya. Sementara anak-anak nak membesar, pasti akan ada pelbagai gelagat yang mencuit hati. Semua ini akan menjadi kenangan untuk ibu bapa dan anak itu sendiri apabila mereka dah besar.
Sekitar usia anak 0 hingga 7 tahun, tempoh ini adalah fasa yang orang kata banyak akal. Kadang-kadang buatkan ibu ayah gelak, geram, nak marah dan macam-macam lagi perasaan. Tapi semua ini ibarat rencah dalam kehidupan untuk kita menjaga amanah Allah sebaiknya.
Bagi ibu bapa, apabila usia anak menginjak 4 tahun ke atas, masing-masing akan mula memikirkan pendidikan anak. Ini juga antara dilema untuk ibu bapa bagi memastikan anak dapat menyesuaikan diri di alam persekolahan. Cuma bila dah masuk sekolah, mental ibu bapa kena kuat untuk hadap ragam anak pula.
Buat drama nak bawa ‘bucuk’ ke sekolah
Seperti kisah ibu ini, Puan Noramiza Abdullah, gelagat anak ketiganya, Nur Alfiera Raisha, 5 tahun yang baru memulakan sesi prasekolah benar-benar mencuit hati. Masa hari pertama sekolah semua ok, bila masuk hari kedua, ketiga dan keempat, dia dah mula buat drama minta nak bawa ‘barang kesayangan’.
Mulanya saya ingat dia main-main, tapi tak sangka pula masa dah bersiap nak ke sekolah, cepat-cepat dia ambil dan pegang bucuk (panggilan manja untuk anak patung arnab) dan puting.
Ads
Disebabkan tak mahu dia bad mood untuk ke sekolah, saya beritahu cikgu dan cikgunya cakap layan je permintaannya itu. Janji dia mahu ke sekolah.
Jadi nak tak nak, saya bagi dia bawa. Sampai di sekolah tanya dia lagi sekali. Nasiblah dah berubah fikiran dan bersetuju untuk tinggalkan dulu dalam kereta. Dia cakap nanti kawan tengok malu.
Ads
Murung dalam kelas
Bagaimanapun ketika dalam kelas, cikgu ada kongsikan gambar Alfiera Raisha yang nampak sedih walaupun kawan-kawan lain seronok buat aktiviti. Nak tergelak pun ada. Tapi apabila balik sekolah, masuk je dalam kereta, terus cari bucuknya.
Dari muka sedih terus senyum. Apa yang membuatkan saya tergelak, dia siap tanya “Bucuk cari Ina tak masa pergi sekolah tadi.” Jadi terpaksa lah ibu pun buat skrip drama.. “Bucuk cari siap nangis hentak-hentak kaki cari Ina.” Lepas tu barulah senyum.
Ads
Sejak bayi, Bucuk teman setia
Kongsi Noramiza lagi, Bucuk ni dah dianggap sebagai kawan baiknya sejak bayi lagi. Banyak anak patung yang dia suka tapi, ini adalah kesayangannya. Jika hilang dari pandangan, cara dia cari tu seolah-olah seperti mencari anak kucing. “bucuk ooo bucuk, mana bucuk ni..”
Kalau puting dia tak kisah sangat pun. Ada ok, tak ada pun tak apa. Asalkan bucuk dia ada depan mata. Nasib jugalah dia bagi basuh. Jadi bucuk dia tu tak busuk sebab selalu dicuci.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Nak putus nyawa mama, nak tercabut jantung. (Bantal tungku moden) meletup dekat dengan baby. Nasib baik Tuhan nak tolong lagi,” demikian luah seorang ibu yang terkejut dengan kejadian yang berlaku baru-baru ini dan nyaris mencederakan bayinya.
Menurut Farah Iqlima bantal tungku elektrik itu sedang dicas tak sampai lima minit, secara tiba-tiba ia meletup dan mengeluarkan cecair lalu terpercik pada dinding dan juga anaknya yang berada berhampiran dengan bantal tersebut.
“Baby menangis-nangis, tokwannya bangun dari sofa. Jarak bantal itu dengan baby tak sampai sejengkal. Terpercik jugalah kat baby tapi tak teruk. Cepat-cepat basuh dengan air.
“Nak moden sangat la guna bantal tungku moden. Tengah-tengah cas nak bagi panas, sekali meletup. Nak kata lama, baru on plug tak sampai lima minit pun.
“Cecair apa dalam bantal ini, nak basuh pun tak tanggal, bahaya. Sesiapa yang ada bantal ini, jangan guna dah. Buang je,” katanya.
Farah menjelaskan, dia berpantang seorang diri dan dalam masa yang sama perlu menjaga anak kecil dan anaknya yang lain. Sebelum ini dia sudah pernah menggunakan bantal tungku elektrik itu dan tidak pernah mengalami kejadian seumpama itu.
“Guna bantal tungku moden bukan bermaksud membelakangkan cara tradisional. Memang batu tungku itu elok tetapi batu renyah sikit. Nak dipanaskan, kena ambil masa. Itu yang pilih guna bantal tungku moden. Plug in tak sampai lima minit, siap.
“Saya berpantang sendiri saja. Manalah tahu benda ini nak terjadi. Lagipun memang dah biasa guna. Tiga empat kali dah beli dan tak pernah meletup lagi. Tak sangka benda nak terjadi,” jelasnya.
Farah reda dengan apa yang berlaku dan bersyukur anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan. Justeru, beliau menasihatkan mereka yang lain mengambil langkah berhati-hati.
Siapa sangka rezeki anak arwah Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey murah apabila ramai yang prihatin dengan nasib anak kecil berusia 8 bulan ini setelah kehilangan ayah secara mengejut.
Dalam satu posting Abby Abadi, dia berhasrat untuk menziarahi Hamzah dan ibunya untuk menyampaikan sumbangan.
Menerusi laman Instagram, pelakon drama bersiri popular Gerak Khas itu memuat naik foto bayi berusia lapan bulan tersebut yang bergambar bersama ahli kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey.
Menurut Abby, dia ingin memberi sumbangan baju terpakai atau barang permainan yang masih elok dan sudah tidak digunakan bagi Hamzah.
“Hamzah oh Hamzah. Apa pun alasan yang diberi, saya di pihak Baby (Hamzah) & Mak Baby (Siti Nurhidayah Mohd Ali).
“Nanti nak pergi melawat doranglah.. nak bagi baju atau barang mainan Daiyan (anak angkat) yang banyak2 tak guna & muat dah boleh ke?
“Baju Dayana (anak angkat) ada cucu perempuan dah. Arwah Danial (anak pramatang) dah takde, jadi baju Daiyan yang saya kumpul nak bagi pada Baby Hamzah boleh kan Hidayah?,” katanya.
Dalam pada itu juga Abby turut berkongsi artikel dan penjelasan daripada seorang peguam.
“Maaf Achey pinjam gambar ya. Maaf Abby Nadzri pinjam artikel awak dan penjelasan lawyer. Itu juga kefahaman saya mengenai hak seorang balu. Sayang Hamzah. Ada rezeki jumpa ya,” tulis Abby.
Sumber: ig Abby Abadi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jihad seorang ibu sungguh besar. Bermula dari awal kandungan sehinggalah saat nak bersalin, semua itu bukanlah sesuatu yang mudah nak dihadapi. Lain orang, lain pengalaman yang akan dilalui.
Begitu juga kisah seorang ibu muda yang dikenali dengan nama Shamira Roslan apabila arwah telah dijemput ilahi ketika sedang menantikan kelahiran anak keduanya. Siapa sangka, Allah ambil ibu dan anak dalam kandungan ketika semua ahli keluarga menantikan kehadiran orang baru.
Arwah menghembuskan nafasnya ketika sedang menerima rawatan di Hospital Taiping walaupun ahli keluarga mengharapkan ada keajaibannya untuk kembali sedar.
Sesak nafas akibat jangkitan kuman
Menerusi perkongsian sepupu arwah Shamira, Shuhada Fazli di Facebook, arwah mengalami masalah sesak nafas dipercayai disebabkan jangkitan kuman.
Berikutan daripada masalah kesihatan yang dialami si ibu, bayi yang berada dalam kandungan tersebut tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.
Tinggalkan anak yang masih kecil
Namun siapa sangka, tidak lama selepas itu, si ibu yang berada dalam keadaan kritikal pula dijemput Ilahi. Difahamkan, arwah Shamira Roslan telah meninggalkan seorang suami dan seorang anak lelaki berusia 4 tahun.
Moga syurga buatmu
Pemergian Shamira Roslan telah meninggalkan kesan terhadap ramai orang terutamanya ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat.
Yang tak rapat pun terkesan dgr berita pemergian dia..sebab kenal, satu sekolah, pernah bertugas pengawas sama2 , mengejut sangat shaa pegi, mengejutkan ramai orang. dalam keadaan sarat mengandung, ada anak kecil yang sulung lagi ditinggalkan.
Setiap orang pasti merasai mati, kita pun tak tahu bila waktu kita. shaa bertuah ,moga Syurga tempatmu @ Shamira Roslan❤ Al fatihah (dibaca)
Salam takziah buat suami arwah, Shahidan dan anak lelakinya yang kini hilang kasih ibu. Banyakkan bersabar menghadapi dugaan ini.. InsyaAllah syurga buatmu Allahyarhamah Shamira.
Kredit: Shuhada Fazli & Najma Alwie
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.