Comelnya Karipap Pusing Versi Bulat, Buat 2 Adunan Minyak & Marjerin, Lagi Senang Nak Uli!

Share

Karipap pusing sememangnya cukup enak, rangup dan adunannya lebih rangup berbanding karipap biasa. Namun karipap pusing biasa berbentuk bujur seakan sudah biasa. Apa kata sempena PKP ini kita cuba hasilkan karipap pusing versi bulat comel ni pula.

Resipi perkongsian Pn Iesya Aishah ini mama wajib cuba. Comel!


Assalamualaikum. Karipap pusing versi bulat. Selamat mencuba!

Resepi: (anggaran untuk 10 ketul karipap)

Doh Minyak:
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar minyak masak panas
Air secukupnya
Secubit garam ( bancuh sekali dalam air )
*masukkan minyak masak panas ke dalam tepung, gaul rata tepung. Kemudian masukkan air sikit demi sedikit hingga menjadi doh dan tak melekat di tangan. Rehatkan doh sekejap.

Doh Marjerin:
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar minyak masak panas
Marjerin secukupnya
*masukkan marjerin ke dalam tepung. Kemudian masukkan minyak masak panas, gaul rata semua bahan dan uli. Taambah marjerin sikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.

Bulatkan kedua-dua doh tersebut. Kemudian leperkan doh minyak. Masukkan doh marjerin ke dalam doh minyak.

Balut dan tutup doh marjerin dengan kemas. Leper macam ni ya.

Gulung doh yang dileperkan hingga jadi bentuk memanjang. Memanjang macam ni.

Potong doh memanjang tersebut kepada dua bahagian.

Gelek dan leperkan doh sehingga menjadi nipis. (kalau ada papan atau talam yang lebih besar lagi senang kerja 😄 dah terlebih panjang ni😅)

Gulung lagi sekali. Sehingga menjadi seperti ini.

Kemudian potong doh kepada beberapa bahagian.

 

Gelek dan leperkan lagi . Waktu ni dah nampak dia punya pusingan tu😁

Leper sampai macam ni. Nampak kan pusingan tu ? Hehe

Sebiji karipap kena ada dua keping yaa, satu atas satu bawah. Inti akan letak di tengah-tengah nanti.

Haaa, letak la inti apa yang suka. Saya suka kentang dan sardin macam ni. Tutupkan bahagian atas karipap dengan sekeping lagi doh yang dileperkan. Tekan² hujung doh tu supaya tak terkeluar inti nanti.

 

Kelim ke klim? Hahah .. Haa kelim laa macam mana pun yang kita reti. Dan sedia digoreng.

Siap, dah sedia nak makan.

Menarik: Tak Yakin Buat Donat, Ini Rahsia Donat Kampung Kembang Bulat Cantik, Doh Lembut & Gebu

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?

Just daftar je kat SINI. 

FREE je tau Webinar ni!

ripap

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN