Tak dinafikan, kadang-kadang bila dah terlalu penat ibu ayah akan cenderung untuk lekas marah dan melampiaskan segala perasaan itu pada anak-anak. Kasihan juga anak, bila mereka tak tahu apa-apa tetapi dimarahi teruk. Tugas kita adalah untuk mendidik dan mengajar mereka, tetapi bukanlah dengan cara memarahi anak.
Sebagai ibu ayah, kita harus bijak mengawal emosi supaya tidak menjadi teruk. Bila kita dapat manage emosi, sekurang-kurangnya dapatlah kawal diri dari sentiasa rasa nak marah dan sebagainya. Menurut penulis keibubapaan, Mohd Fhais Salim, salah satu cara untuk mengawal emosi adalah dengan abaikan hal remeh.
Ikuti penjelasan lanjut ini;
10 cara kawal emosi buat ibu ayah
1 – Abaikan hal remeh Kadang mainan bersepah, makanan tertumpah atau anak tak reti duduk diam tu abaikan je la. Anak dah relax dah tidur baru kemas. Tak ada la nak berpuluh kali kemas benda yang sama. Buat kerja berulang tu la punca cepat emo.
2 – Time out Ada masa memang tengah marah, stress atau serabut sangat. Time tu juga la anak trigger emosi kita. Amik time out. Jauhkan diri dari anak atau tempat kejadian, take as many time yang di perlukan untuk tenangkan diri.
3 – Non verbal respon Mulut ni tajam. Time marah mulut jadi makin tajam. Dan sebab mulut juga marah kita boleh jadi makin kejam. Jadi alternatifnya pelihara mulut & marahlah guna non verbal respon.
4 – Guna bahasa tubuh Contoh non verbal respon adalah dengan bahasa tubuh seperti jeling mata, cekak pinggang, kerut dahi, jungkil biji mata atau berdehem sedikit. Anak lebih mudah faham bahasa tubuh dari bahasa melayu sebenarnya.
5 – Kenal pasti trigger Ada orang emosi dia trigger bila anak ganggu ketika dia sibuk. Ada orang mudah trigger bila dah cakap berulang kali tapi anak tak nak ikut. Ada orang trigger bila kepenatan. Kenalpasti trigger anda.
Ads
6 – Break the pattern Dah tahu apa trigger anda sekarang usaha untuk break the patern. Kita tak boleh kawal anak dari ganggu kita sebab itu memang kerja dia sebagai anak. Yang boleh kawal adalah emosi sendiri dari tertrigger lagi.
7 – Terima sepenuh hati Antara punca senang marah ialah kita asyik denied pada kelemahan diri, kelemahan anak anak dan kelemahan pasangan kita. Terima dahulu kelemahan ini sepenuh hati. Baru senang hati.
Kredit foto: Facebook Mohd Fhais Salim
8 – Upgrade ilmu Bila dah boleh terima sepenuhnya kelemahan diri baru la kita akan komited untuk upgrade diri jadi lebih baik lagi. Syarat nak upgrade diri ialah kena ubah habit & tambah ilmu.
9 – Alert Sentiasa alert dengan mental & emotion state diri sendiri. Jika penat rehat, jika stress tenangkan diri. Kita tak boleh nak kawal diri jika sistem imun kita sendiri lemah.
10 – Semak doa Kita ni hamba je sebenarnya, tak berdaya apa pun. Jika dah usaha macam macam, ikhtiar macam macam tapi masih tak berjaya juga kawal emosi cuba semak doa kita. Kita ada tak minta bantuan Allah swt.
Ads
Kredit foto: Facebook Mohd Fhais Salim
Emosi sumber kekuatan dan kelemahan diri kita sendiri. Bagaimana kita urus dan kawal emosi kita menentukan bagaimana kita respon terhadap semua perkara yang anak buat. Ibu ayah yang bijak kawal emosi akan melahirkan anak yang matang dalam perhubungan kelak.
Wallahu a’lam..
Rasa stres ibu ayah ni sebenarnya dapat dirasai anak-anak. Bila kita dapat belajar untuk mengawal emosi, tidaklah kita menjadi pemarah. Sebenarnya bila asyik marah anak, kita akan rasa tertekan juga.
Perasaan bahawa kita bukanlah ibu atau ayah yang baik akan berlegar-legar dalam pemikiran dan membuatkan kita jadi down. Oleh itu, belajarlah untuk cuba mengawal emosi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Luluh hati seorang ibu apabila bayinya yang baru di hantar ke rumah pengasuh telah pergi buat selama-lamanya. Bayi perempuan berusia empat bulan, Luna Aralyn Amar Ridhwan yang baru sebulan dihantar ke rumah pengasuhnya ditemui lemah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini petang 7 Disember.
Pengasuh beritahu muka anak biru
Ibu bayi berkenaan, Lilis Handayani Sukran, 24, berkata, dia sedih dengan pemergian anak tunggalnya yang baru dilahirkan akhir Julai lalu.
“Masa itu, saya berada di tempat kerja, dapat panggilan dari pengasuh yang memaklumkan muka anak sudah biru dan dia suruh segera datang ke rumahnya.
“Bayi ini merupakan satu-satunya anak saya dan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik, HTJ, Seremban.
Belum dapat tahu punca kematian
Sementara itu, bapa saudara bayi tersebut, Nashrullah Mohd. Non, 32, berkata, buat masa ini, punca kematian masih belum dikenal pasti dan keputusan hasil bedah siasat hanya akan diperoleh dalam masa terdekat.
“Jenazah bayi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda, Jempol selepas solat Zuhur hari ini,” katanya.
Keadaan lemah, tiada tindak balas
Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 4.40 petang semalam, ibu mangsa yang berada di tempat kerja menerima panggilan telefon daripada pengasuh yang memintanya datang segera ke kediamannya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini kerana bayi itu dalam keadaan sangat lemah dan wajahnya pucat.
Beliau berkata, sebaik tiba, ibunya mendapati keadaan kulit wajah anaknya, Luna Aralyn, empat bulan, telah pucat dan tiada tindak balas apabila dia cuba mengejutkannya.
Bayi itu kemudiannya dihantar ke HTJ di sini untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila dah ada anak, perkara pertama mesti fikirkan anak dulu. Begitu juga bab orang yang menjaga anak bila keluar bekerja. Mesti kita nak yang boleh jaga sebaik mungkin agar anak sentiasa gembira.
Kalau dapat jaga anak sendiri dikira rezeki, tapi bagi pasangan yang perlu bekerja kekangan ini terpaksa dihadapi dan berharap yang baik-baik sahaja sepanjang berada di bawah jagaan orang lain.
Bagi penyanyi, Akim Ahmad dia mengakui ada cara tersendiri dalam menjaga dua orang anaknya yang kian membesar.
Menurut Akim, dia dan isteri, Stacy sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan anak-anak mereka ketika berada di rumah.
“Sejujurnya saya memang tidak percaya untuk hantar anak pada pengasuh tanpa pantauan daripada pihak saya ataupun Stacy.
“Mungkin setiap orang ada cara tersendiri untuk menjaga anak namun bagi saya walaupun ada pembantu rumah namun kami masih memantau anak setiap kali keluar rumah.
“Saya dan Stacy mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan orang yang rapat dan percaya seperti saudara mara untuk berada di rumah bagi memantau apa yang berlaku jika kami keluar bekerja.
“Bukan tidak percaya tapi kami mengambil langkah berjaga-jaga kerana anak ini adalah tanggungjawab kerana perkara itu akan menyenangkan hati kami ketika melakukan kerja diluar.
“Mungkin apa yang dilakukan kami boleh dijadikan contoh pada orang lain di luar sana kerana kami tidak mahu menyesal dikemudian hari,” katanya.
Hasil perkongsian hidup, Akim dan Stacy dikurniakan anak perempuan, Eshaal, yang kini berusia 1 tahun 5 bulan. Mereka juga mempunyai seorang anak angkat, Bella, 6 tahun.
Sumber: astro gempak / ig akim & stacy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang bertanya tentang bagaimana upah asuhan anak jika tidak dihantar kerana tempoh PKP. Menurut laman rasmi facebook Jabatan Mufti Negeri Perak, pembayaran haruslah dibuat setakat perkhidmatan yang diberikan sahaja namun ibu bapa dan pengasuh haruslah berbincang dengan baik agar tidak berlaku sebarang salah faham.
Ibu bapa, pengusaha taska dan pusat pendidikan di Perak dinasihatkan merujuk perjanjian lisan atau bertulis antara mereka bagi menangani isu bayaran upah atau yuran yang perlu dilunaskan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jabatan Mufti Perak dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan perkara itu penting supaya dua pihak itu reda hasil rundingan awal yang dibuat.
Menurutnya, sebarang perkhidmatan disediakan pihak berkenaan juga tertakluk kepada undang-undang dan peraturan dikemukakan pihak berwajib yang perlu dipatuhi selagi mana tidak bercanggah dengan syarak.
“Isu memberi dan membekalkan perkhidmatan merupakan unsur utama serta penting dalam sesuatu kontrak yang dimeterai antara pihak berkenaan. Pelaksanaan PKP antara faktor yang tidak terduga dan memberi kesan kepada perkhidmatan.
“Bagi menjamin perkhidmatan boleh dilaksanakan kepada pelanggan, pengasuh dan pengusaha perkhidmatan boleh membekalkan perkhidmatan mereka dengan pelbagai mekanisme seperti kaedah dalam talian. Penyediaan perkhidmatan dan penjualan produk adalah asas kepada transaksi muamalat,” katanya dalam kenyataan rasmi tersebut.
Jabatan Mufti Perak melihat pihak pembayar dan pembekal perkhidmatan perlu memberi perhatian terhadap sebarang syarat, terma, perjanjian, persetujuan dan perbincangan terhadap sesuatu kontrak bagi mewujudkan keredaan kedua-dua pihak tanpa menimbulkan anasir negatif seperti ketidakadilan dan ketidakjelasan dalam urusan mualamat.
Sehubungan itu, pihaknya menasihatkan orang ramai melihat penjelasan hukum yang dikeluarkan dari sudut positif dan tidak emosional dalam membuat penilaian.
Selain itu, pengusaha perkhidmatan atau pengasuh perlu mengambil langkah menang-menang bersama ibu bapa melalui perbincangan dalam menentukan keadilan kepada pihak yang terlibat.
“Pihak ibu bapa dan penjaga juga perlu mengelakkan sifat terlalu berkira dan bersikap tolak ansur dengan mengambil kira jasa serta pengorbanan pengasuh dan pengusaha perkhidmatan terhadap anak-anak.
“Pengasuh dan pengusaha perkhidmatan berkaitan juga perlu membuat persediaan kewangan dengan mewujudkan dana rizab dan simpanan untuk menjamin kelangsungan perniagaan mereka ketika keadaan tidak diduga,” jelas kenyataan tersebut.
Jabatan Mufti Perak memaklumkan penjelasan yang dikeluarkan itu setelah meneliti komen netizen menerusi paparan jawapan menerusi Facebook sebelum ini berkaitan bayaran upah mengasuh anak sama ada perlu dibayar penuh sedangkan anak tidak dihantar ke rumah pengasuh seperti yang disiarkan pada 30 Mac lalu.
Melalui pengalaman keguguran sememangnya cukup menyedihkan bagi seorang ibu hamil. Perlukan sokongan emosi yang cukup kuat dari orang-orang sekeliling. Ditambah pula dengan kerisauan sama ada sudah sembuh sepenuhnya ataupun belum.