Sejak zaman bujang, pelakon cantik Emma Maembong sudah memasang harta untuk mempunyai anak ramai. Bahkan pelakon drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan ini pernah membuat kenyataan sudah mencuba untuk hamil anak kedua selepas tamat tempoh berpantang.
Sumber foto: Instagram Emma Maembong
Rezeki sudah tertulis, hasrat Emma dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar, untuk menimang cahaya mata kedua kini tertunai. Baru petang tadi Emma mengumumkan tentang kehamilannya di akaun Instagram.
Di dalam video itu Emma membuat kejutan kepada Shazli, konon-kononnya mahu membuat reviu tentang produk kosmetik. Sebaik memulakan rakaman video, suaminya terkejut apabila melihat kit ujian kehamilan tersebut.
Tidak dapat berkata-kata, akhirnya Shazli bertanya kepada Emma tentang kesahihan berita gembira itu. Ternyata mereka berdua sangat bahagia dengan kehamilan kedua ini dan saling berpelukan kerana bakal menimang seorang lagi cahaya mata.
Sumber foto: Instagram Emma Maembong
Tidak dapat menahan rasa gembiranya, Shazli melahirkan rasa syukur ke atas kebesaran Allah SWT apabila Emma hamil sekali lagi. Bukan itu saja, bahkan Emma turut berkongsi reaksi ahli keluarga serta teman rapatnya apabila dimaklumkan tentang dirinya yang kini sedang berbadan dua.
Ads
Sekadar recap, Emma Maembong telah melahirkan anak pertamanya secara normal di sebuah pusat perubatan di Shah Alam sekitar bulan November 2020. Bayi yang dilahirkan dengan berat 3.2kg itu kemudiannya diberikan nama Shariq Gabriel.
Semoga Emma melalui fasa kehamilan ini dengan selamat dan segala urusannya dipermudahkan. Harap-harap kali ni baby girl pula, boleh geng dengan Emma. Tahniah sekali lagi buat Emma dan keluarga!
Keguguran berlaku bila semua atau sebahagian dari kandungan terkeluar atau dikeluarkan dari rahim pada usia kandungan kurang dari 22 minggu. Kandungan yang tidak menunjukkan perkembangan atau tidak lagi menunjukkan tanda-tanda hidup juga dirujuk sebagai keguguran jika berlaku kurang dari 22 minggu.
Keguguran berlaku kepada 8-20% ibu mengandung. Kebanyakan kes (80%) berlaku sebelum minggu ke 13 manakala 20% berlaku pada ibu yang kurang dari 22 minggu mengandung.
Sebab-sebab
Banyak faktor boleh menyebabkan keguguran dan selalunya ia berbagai (multifactorial) dan bertindih. Antaranya adalah:
Masalah genetik: 30% keguguran berlaku sebelum minggu ke-8 dan penyebab utama adalah masalah genetik. Embrio terhasil dari persenyawaan telur isteri dan sperma suami gagal membesar dan membahagi kepada janin. Masalah genetik merangkumi 40-45% dari sebab keguguran.
Masalah penyakit si ibu: seperti kencing manis yang tidak terkawal, masalah struktur dalam rahim (septum) atau fibroid (lihat fibroid)
Faktor-faktor yang meningkatkan risiko keguguran
Usia ibu: ibu yang berumur (lebih tua) berisiko tinggi berbanding yang lebih muda
Pernah keguguran sebelumnya: jika keguguran sekali, risko untuk gugur lagi adalah 20%, dan jika pernah 2 kali gugur, risiko adalah 30%. Risiko meningkat kepada 43% kalau pernah 3 kali gugur atau lebih.
Merokok: merokok lebih dari 10 batang sehari (atau perokok pasif) boleh meningkatkan risiko
Alkohol: pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit boleh menyebabkan keguguran.
Demam panas: melebihi 37.80C atau lebih boleh menyebabkan keguguran
Trauma: trauma (kemalangan) dibahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko. Ini termasuk juga rawatan amniocentesis dan chronic villous sampling (sila lihat)
Kafeine: pengambilan kopi atau bahan berkafein spt cola dan sebagainya berlebihan boleh meningkatkan risiko keguguran. Tidak digalakkan mengambil lebih dari 300mg sehari.
Sebab-sebab lain: risiko meningkat kalau si ibu tercemar dengan bahan seperti: jangkitan, sesetengah ubat-ubatan, stress fizikal yang berlebihan, radiasi dan bahan-bahan kimia.
Jenis
Ancaman keguguran (Threatened miscarriage) – ibu akan mengalami turun darah dan sakit di bahagian bawah perut. Pangkal rahim (servik) masih tertutup, dan saiz rahim sama dengan minggu mengandung. Di kebanyakkan kes, pendarahan akan berhenti sendiri dan kandungan boleh selamat dilahirkan cukup bulan. Ada juga kes dimana pendarahan menjadi lebih banyak (tumpah darah) dan akhirnya gugur. Majoriti kes tidak berakhir dengan keguguran.
Keguguran tidak dapat dielak (inevitable miscarriage) – keguguran tidak dapat dielakkan. Pangkal rahim terbuka, tumpah darah bertambah banyak dan sakit perut bertambah kuat.
Keguguran tidak lengkap (incomplete miscarriage) – bermakna kandungan telah gugur keluar tetap masih ada yang tertinggal lagi dalam rahim. Pintu pangkal rahim terbuka dan boleh tumpah darah yang banyak.
Keguguran lengkap (complete miscarriage) – kandungan telah keluar sepenuhnya. Keguguran berlaku sebelum minggu ke-12. Pendarahan dan sakit berkurang tanpa rawatan. Semasa pemeriksaan dilakukan (oleh doktor), pintu pangkal rahim sudah tertutup dan simptom-simptom mengandung sudah hilang. Ultra bunyi menunjukkan rahim tidak tertinggal janin.
Keguguran septik (septic miscarriage) – ibu yang keguguran dijangkiti kuman yang menjangkiti rahim. Simptom termasuk demam panas, mengigil, sakit perut, pendarahan faraj dan lendiran dari faraj (berbau busuk dan kental berwarna kuning)
Persembahan klinikal
Antara simptom adalah pendarahan (tumpah darah) dan sakit (di bahagian bawah perut) semasa awal mengandung (kurang minggu ke-12). Pendarahan yang sedikit dan rasa kurang selesa di bahagian perut boleh dianggap normal kepada kebanyakkan wanita yang mengandung, akan tetapi kalau pendarahan yang banyak dan sakit itu bertambah; pesakit dinasihatkan berjumpa doktor segera.
Diagnosis
Dalam kebanyakkan kes, ultra bunyi digunakan untuk memastikan kandungan tersebut masih bernyawa atau tidak (viable). Ultra bunyi juga penting dalam mengenalpasti lokasi kandungan itu (lihat ectopic pregnancy)
Rawatan
Pemerhatian (observation) – kebanyakan ibu yang mengalami keguguran tidak memerlukan rawatan, baik rawatan perubatan atau pembedahan. Jika keguguran berlaku sebelum minggu ke-13, dan si ibu stabil (tidak tumpah darah yang banyak atau tidak dijangkiti kuman), cukup sekadar pemerhatian sahaja. Selalunya janin tersebut akan keluar dari rahim dalam masa seminggu dua. Ada kalanya mengambil masa 3 hingga 4 minggu selepas itu. Apabila kandungan itu keluar, doktor selalunya akan membuat ultra bunyi untuk melihat tiada bahagian janin yang masih tertinggal di dalam rahim (incomplete miscarriage).
Rawatan perubatan– sesetengah kes, doktor akan memberi ubat pil untuk dimakan atau masukkan ke dalam faraj untuk mengeluar kandungan yang telah keguguran tersebut
Rawatan Pembedahan– prosidur ini dinamakan dilatation & curettage (D&C). Doktor akan membuka (dilatation) pangkal rahim (servik) dan membuat curettage (cuci) dalam rahim bagi mengeluarkan janin yang telah keguguran tersebut. D&C dilakukan jika si ibu tidak mahu menunggu janin keluar secara spontan ataupun terdapat banyak pendarahan atau jangkitan berlaku. Suatu kaedah lagi yang boleh digunakan adalah “MVA”, iaitu “Manual Vacuum Aspiration” atau kaedah menyedut janin yang agak mudah dilakukan.
Selepas keguguran?
Selepas keguguran, ibu dinasihatkan supaya tidak memasukkan apa-apa bahan (tampon) atau douching selama 2 minggu. Selalunya doktor menasihatkan tunggu 2-3 bulan sebelum cuba mengandung lagi. Tiada masalah mengambil kaedah perancang (termasuk IUCD) selepas keguguran. Doktor mungkin memberi ubat tambah darah dan antibiotik untuk mengurangkan kurang darah (lihat anemia) dan risiko jangkitan (keguguran septik).
Kredit: KKM portal
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi seorang yang bijak dan pandai. Untuk melahirkan anak yang memiliki IQ tinggi, usaha perlu dilakukan sejak hamil lagi.
Berikut adalah usaha rangsangan perkembangan otak bayi yang boleh mama lakukan sejak dia di dalam kandungan lagi.
1. Rangsangan melalui perbualan
Bayi di dalam kandungan berupaya untuk mendengar, melihat cahaya dan bertindak balas melalui pergerakan. Jadi, ambil kesempatan ini dengan berbual-bual dengan bayi seawal usia kandungan.
Walaupun kemampuannya masih terbatas, namun bayi sudah dapat membezakan suara ibu atau bapanya.
Di Barat, doktornya mengesyorkan agar bayi dipendengarkan dengan muzik-muzik lembut. Tujuannya ialah tindakan ini dipercayai mampu merangsang otaknya sejak dari dalam kandungan.
Bagi Muslim, anda digalakkan untuk membaca atau memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran. Namun sebaik-baiknya, anda dan/atau suami yang membacakannya.
2. Rangsangan melalui visual
Salah satu rangsangan secara visual yang boleh dilakukan ialah melalui penggunaan gambar. Rangsangan sebegini akan melibatkan fungsi otak kanan dan bakal memberi pengaruh positif terhadap perkembangan bayi.
Otak kanan anda boleh dilatih dengan cara merakam gambar dan memotretkannya. Anda boleh juga melihat gambar permandangan. Rasa tenang daripada gambar yang dilihat itu akan merangsang peningkatan IQ pada bayi biarpun dia masih dalam kandungan
3. Rangsangan cahaya
Kajian di Barat mendapati cahaya redup yang dihalakan berdeekatan ibu hamil mampu merangsang bayi dalam kandungannya.
Untuk itu, anda boleh menggunakan lampu picit yang mempunyai kadar pencerahan bertahap. Elakkan pencahayaan yang terlalu terang kerana ia boleh mengganggu keselesaan bayi. Pergerakan yang dilakukan oleh bayi menunjukkan dia memberi tindak balas kepada cahaya yang ditalakan ke arahnya.
4. Pemakanan berkhasiat
Mengambil makanan yang kaya dengan sumber perangsang otak sangat penting untuk perkembangan otak si bayi.
Jadi, makanlah makanan-makanan yang dipercayai membantu usaha ini seperti ikan salmon, tuna dan sardin; minyak ikan, kekacang seperti pistachio, badam dan walnut; sayur-sayuran serta buah-buahan.
5. Kawal stres
Tekanan yang ibu hamil alami boleh menganggu kesihatan diri dan juga bayi. Untuk itu, anda boleh elak dan kawal tekanan dengan membiasakan diri untuk kekal bertenang walaupun menghadapi masalah.
Lakukan senaman ringan agar tubuh dan fikiran lebih relaks yang secara tidak langsung bermanfaat untuk menghindari stres. Ia turut mempengaruhi ketenangan bayi dan meningkatkan kecergasan otaknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dikatakan individu wanita yang menjadi perokok pasif – dikelilingi pasangan, keluarga atau rakan sekerja yang merokok – boleh menjadi punca sukar hamil, adakah ia benar?
Perokok pasif dan kesannya
Individu yang merokok dianggap perokok aktif. Manakala perokok pasif adalah apabila seseorang yang tidak merokok menghidu atau menyedut asap rokok yang dihasilkan oleh perokok aktif tanpa disedari.
Ramai individu sedar dan tahu bahawa merokok boleh mengakibatkan barah serta masalah kesihatan utama yang lain.
Dan jika seorang ibu hamil merokok, perbuatan itu akan menyebabkan masalah serius.
Bayi anda mungkin dilahirkan terlalu awal (kelahiran pramatang), mengalami cacat kelahiran atau mati kesan sindrom kematian mengejut (SIDS).
Bahkan, berada di persekitaran yang dipenuhi asap rokok juga boleh menyebabkan masalah kesuburan, punca sukar hamil.
Individu wanita yang terdedah kepada asap daripada perokok di sekelilingnya memerlukan masa lebih lama untuk hamil.
Sekiranya wanita terdedah kepada asap rokok semasa kehamilan, termasuk menghirup asap individu lain (perokok pasif), ia boleh mempengaruhi perkembangan ovari bayi perempuan.
Berapa ramai antara kita yang tidak merokok tetapi masih menyedut atau menghirup udara yang tercemar dengan asap rokok?
Perokok pasif dan punca sukar hamil
Bagaimana menjadi individu yang menghidu asap rokok boleh terkesan sehingga menyebabkan punca susah mengandung?
Banyak keadaan yang berbeza boleh menjejaskan kesuburan sama ada pada lelaki mahupun wanita.
Berdasarkan kajian yang dilakukan di Britain, tabiat merokok menurunkan kesuburan wanita sekitar 20%.
Sementara lelaki yang merokok mempunyai jumlah sperma yang lebih rendah sekitar 16%.
Ini bermakna wanita yang menghisap rokok secara automatik menurunkan potensi kesuburannya.
Bukan itu sahaja, bagi wanita yang banyak terhidu atau menyedut asap rokok individu lain, mereka mungkin memerlukan tempoh yang lebih lama untuk mengandung.
Wanita yang terdedah sebagai perokok pasif mempunyai kecenderungan risiko untuk mengalami masalah ketidaksuburan.
Sukar hamil
Kajian yang melibatkan lebih 88,700 wanita pascamenopaus mendapati bahawa mereka yang menghisap rokok secara aktif 14% cenderung berdepan masalah sukar hamil.
Pemerhatian serupa juga dilakukan kepada wanita tidak merokok tetapi terdedah untuk tempoh yang panjang – lebih 10 hingga 20 tahun – kepada asap rokok yang tinggi.
Hasilnya menunjukkan mereka adalah 18% lebih cenderung mengalami kesukaran mengandung berbanding wanita yang tidak pernah terdedah kepada asap rokok.
Penyelidikan yang dilakukan ini dikatakan sebagai kajian pertama yang mengukur dan mengkaji kaitan masalah merokok aktif serta pasif terhadap kesihatan wanita.
Secara tidak langsung, kajian ini menguatkan bukti bahawa semua wanita perlu dilindungi daripada asap tembakau aktif mahupun pasif.
Asap rokok jejaskan rawatan ivf
Dalam kajian lain, hasil data menunjukkan kesan perokok pasif berkaitan kesuburan adalah sama seperti mereka yang menghisap secara aktif.
Para penyelidikan mengatakan kesannya sangat jelas sehingga mereka memberikan amaran kepada pesakit yang menjalani rawatan IVF untuk mengelakkan daripada terdedah kepada asap rokok.
Dalam penyelidikan itu, seramai 225 wanita yang menjalani rawatan prosedur rawatan kesuburan in-vitro (IVF) ditanya sama ada mereka bukan perokok, penghisap rokok atau tinggal bersama pasangan yang merokok.
Pengkaji kemudiannya membandingkan hasil kejayaan rawatan IVF untuk ketiga-tiga kumpulan tersebut
-48% wanita yang tidak merokok hamil
-19% wanita perokok hamil
-20% wanita yang tinggal dengan perokok hamil
Walaupun mungkin lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan tentang dapatan ni, namun ia menunjukkan individu pasif yang menyedut asap rokok mempunyai masalah sukar hamil.
Menurut penyelidik, hasil penemuan kajian ini boleh dianggap sebagai peringatan dan amaran untuk wanita mengurangkan atau jika boleh mencegah pendedahan kepada asap rokok, terutamanya jika sedang merancang kehamilan.
Dikatakan individu wanita yang menjadi perokok pasif – dikelilingi pasangan, keluarga atau rakan sekerja yang merokok – boleh menjadi punca sukar hamil, adakah ia benar?
Perokok pasif dan kesannya
Individu yang merokok dianggap perokok aktif. Manakala perokok pasif adalah apabila seseorang yang tidak merokok menghidu atau menyedut asap rokok yang dihasilkan oleh perokok aktif tanpa disedari.
Ramai individu sedar dan tahu bahawa merokok boleh mengakibatkan barah serta masalah kesihatan utama yang lain.
Dan jika seorang ibu hamil merokok, perbuatan itu akan menyebabkan masalah serius.
Bayi anda mungkin dilahirkan terlalu awal (kelahiran pramatang), mengalami cacat kelahiran atau mati kesan sindrom kematian mengejut (SIDS).
Bahkan, berada di persekitaran yang dipenuhi asap rokok juga boleh menyebabkan masalah kesuburan, punca sukar hamil.
Individu wanita yang terdedah kepada asap daripada perokok di sekelilingnya memerlukan masa lebih lama untuk hamil.
Sekiranya wanita terdedah kepada asap rokok semasa kehamilan, termasuk menghirup asap individu lain (perokok pasif), ia boleh mempengaruhi perkembangan ovari bayi perempuan.
Berapa ramai antara kita yang tidak merokok tetapi masih menyedut atau menghirup udara yang tercemar dengan asap rokok?
Perokok pasif dan punca sukar hamil
Bagaimana menjadi individu yang menghidu asap rokok boleh terkesan sehingga menyebabkan punca susah mengandung?
Banyak keadaan yang berbeza boleh menjejaskan kesuburan sama ada pada lelaki mahupun wanita.
Berdasarkan kajian yang dilakukan di Britain, tabiat merokok menurunkan kesuburan wanita sekitar 20%.
Sementara lelaki yang merokok mempunyai jumlah sperma yang lebih rendah sekitar 16%.
Ini bermakna wanita yang menghisap rokok secara automatik menurunkan potensi kesuburannya.
Bukan itu sahaja, bagi wanita yang banyak terhidu atau menyedut asap rokok individu lain, mereka mungkin memerlukan tempoh yang lebih lama untuk mengandung.
Wanita yang terdedah sebagai perokok pasif mempunyai kecenderungan risiko untuk mengalami masalah ketidaksuburan.
Sukar hamil
Kajian yang melibatkan lebih 88,700 wanita pascamenopaus mendapati bahawa mereka yang menghisap rokok secara aktif 14% cenderung berdepan masalah sukar hamil.
Pemerhatian serupa juga dilakukan kepada wanita tidak merokok tetapi terdedah untuk tempoh yang panjang – lebih 10 hingga 20 tahun – kepada asap rokok yang tinggi.
Hasilnya menunjukkan mereka adalah 18% lebih cenderung mengalami kesukaran mengandung berbanding wanita yang tidak pernah terdedah kepada asap rokok.
Penyelidikan yang dilakukan ini dikatakan sebagai kajian pertama yang mengukur dan mengkaji kaitan masalah merokok aktif serta pasif terhadap kesihatan wanita.
Secara tidak langsung, kajian ini menguatkan bukti bahawa semua wanita perlu dilindungi daripada asap tembakau aktif mahupun pasif.
Merancang kehamilan
Elakkan daripada menjadi perokok pasif
Jika dibandingkan dengan wanita yang tidak terdedah kepada asap rokok, mereka yang bukan perokok tetapi terdedah kepada asap lebih cenderung untuk mengalami masalah sukar hamil.
Pun begitu, wanita bergelar perokok pasif ini masih mempunyai peluang lebih tinggi untuk hamil berbanding mereka yang merokok.
Sememangnya, masih banyak kajian dan bukti diperlukan untuk membuktikan tentang bahaya asap pasif kepada kesuburan dan kehamilan.
Tetapi dengan kajian yang ada, mengelakkan pendedahan kepada asap rokok ketika anda sedang berusaha untuk hamil adalah 1 tindakan yang paling wajar.