Cornflakes Madu Wajib Ada, Resipi Legend Mak Paling Mudah, Bakar 10 Minit Je!

Share

Tak sah raya tanpa membuat dan menyajikan biskut Cornflakes Madu yang menjadi kesukaan anak-anak.

Belum tiba hari raya lagi, biskut yang satu ini sudah separuh balang. Begitu hebatnya penangan Cornflakes Madu.

Tercari-cari resipi yang mudah? Resipi perkongsian saudara Muhammad Ali ini anda wajib cuba. Resipi air tangan mak yang paling mudah. Jom cuba!


Resepi Cornflakes Madu. Resepi legend dari mak saya ♥️. Jangan lupa belanja love untuk mak saya tau. Doakan mak & ayah saya sentiasa diberi kesihatan yang baik. Amin. Sangat senang, sangat mudah. Jom kita start!

Bahan-Bahan: (1 adunan dapat dalam 100+ mini paper cups)
3/4 cawan madu
3/4 cawan planta (nak pakai butter pun boleh)
2 sudu makan gula
300 gram cornflakes
1 cawan kacang tanah yang DIBAKAR
1 cawan bijan

1. Cairkan 3/4 cawan planta, api perlahan sahaja.

2. Bila dah cair masukkan 3/4 cawan madu. Kacau sebati.

3. Dah sebati masukkan 2 sudu makan gula. Biarkan mendidih dalam 10-15 saat. Then off api. Jangan lama sangat bagi mendidih nanti dia rasa pahit.

4. Dah off api biarkan suam dalam 15-20 minit baru tuang ke atas cornflakes.

Menarik: Resipi Salted Egg Chicken, Buat Kering-Kering & Pedas, Memang Power!

Cornflakes Madu Dah Sudah, Cuba Cornflakes Bite 2 Bahan Ni Pula. Memang Rangup!

Resipi Dahlia Susu Red Velvet & Original, Biar Perap Satu Jam, Bunga Cantik Elok!

5. Bakar pada suhu 180 selama 10 minit. Ataupun ikut suhu oven masing-masing sebab lain oven lain suhu yang sesuai. Kenali suhu oven masing-masing okay.

Tujuan bakar ni sebab nk masak bijan & kacang tadi dan juga nak bagi cornflakes tu melekat, tak senang terburai .

Kalau dah bakar 10 minit, bila buka cup tu dia masih terburai, bakar lagi selama 10 minit.

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

IKLAN