Anak-anak pun tentunya teruja dengan menu yang baru dan kreatif. Bosan dengan menu yang sama, apa kata kali ini kita cuba pula Creamy Crab Croquette dengan inti isi ketam padu yang buat anak makan bertambah.
Resipi perkongsian Pn Khyra Amanda ini memang awesome. Anak-anak cukup suka. Habis licin!
Bahan-bahan:
Isi ketam -direbus
Bawang merah -didadu
Hirisan daun bawang -dihiris
Tepung gandum
Susu full cream
Butter cup
My first time, buat CREAMY CRAB CROQUETTE. Memang licin weei, anak-anak cakap sedap ibu. Next ibu buat lagi. Mudah je. Saya buat cara tersendiri, boleh tengok dan rujuk cara cara step by step kat gambar ye.
First sekali , rebuskan isi ketam sekejap. Masukkan dalam mangkuk, letak bawang merah didadu dan hirisan daun bawang.
Ads
Gaulkan kesemua tadi, dan letakkan satu ketul kiub pati ayam. Dan gaulkan lagi sampai dah hancur kiub pati ayam tu.
Biarkan disitu, sekejap. Kita buat creamy dia pulak. Pastikan, ada 3 bahan ni Yee. Tepung gadung, susu full cream dan butter cup.
Panaskan, half butter sampai cair. Masukkan tepung gadung, dalam 3 hingga 4 sudu. Dan kacaukan sampai bagi pekat.
Masukkan pulak, sedikit susu full cream. Dan kacau lagi sampai pekat ye.
Ads
Ok masukkan, bahan utama tadi. Gaulkan rata.
Ok ni akhir sekali, masukkan telur dan serbuk roti.
Ads
Bentukan isi ketam, bagi bulat macam ni. Lepas tu celupkan dalam telur, dan celupkan pulak dalam serbuk roti. Ulang 2 kali ye celupan tu supaya nanti bebola lebih padat, dan tak pecah.
Ok siap, dah yang dicelup telur dan serbuk roti.
Sejukkan sekejap dalam peti sejuk 1 hingga 2 jam kemudian goreng hingga masak.
Bila anak susah makan, mama mulalah risau. Kena pula anak pula jenis memang cerewet dalam bab memilih makanan, lagilah pening mama dibuatnya. Kebanyakan anak yang cerewet makan ini kurang berat badan disebabkan pemilihan makanan yang terhad.
Tapi, masalah ini boleh juga dialami oleh anak yangsu dah semakin aktif atau anak yang kadar metabolisma badannya tinggi (faktor genetik, masalah kesihatan seperti hyperthyroid, dan sebagainya). Kiranya pengambilan kuantiti makanan tetap macam biasa, tapi anak kerap membuang atau poo-poo dan selalunya anak juga cepat lapar. Dalam erti kata lain, makanan yang diambil tu tak sempat nak diproses dan disimpan sebagai lemak dalam badan.
Bagi Puan Yatie Eimra, masalah anaknya yang turut mengalami kurang berat badan hingga perlu berjumpa pakar pemakanan membuatkan beliau ‘mencipta’ beberapa resipi untuk memastikan berat anaknya seimbang.
Contoh makanan yang tinggi lemak
-buah avocado (kaya dengan lemak tak tepu)
-ikan yang kaya fatty acid (salmon, makeral, dll)
-keju
-kekacang legume (kacang hijau, kacang merah, dll)
-mentega
-minyak kelapa dara/minyak zaitun (masukkan ke dalam masakan)
-santan
-serbuk coklat (masukkan ke dalam masakan/dessert jika anak dah setahun ke atas.
ELAKKAN jika anak alami masalah sembelit atau ada family history alahan terhadap coklat)
-telur
-yogurt
Makanan tinggi karbo
-beras
-pisang
-ubi (kentang, keledek, ubi bit, dan lain-lain)
Nasi Goreng Butter (dari 1 tahun++)
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 biji telur – dikacau sedikit
Sedikit isi ayam – didadu
1½ camca besar butter
1 biji bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
Sayur-sayuran pilihan (cendawan enoki, lobak merah dan kobis)
Serbuk lada sulah/hitam
Garam secukupnya*
Cara-cara:
1.Buat telur hancur (scramble egg). Angkat dan ketepikan.*
2. Panaskan marjerin hingga cair. Tumis bawang besar dan bawang putih tumis hingga layu. (*Boleh juga masukkan telur dan buat telur hancur masa ni)
3. Masukkan isi ayam dan sayur-sayuran jenis keras (seperti carrot, kobis, cendawan* dan lain-lain). Biarkan air/jusnya merenih dan kering sedikit.
4. Tambahkan sedikit lada sulah/lada hitam dan garam. Gaul rata dan masukkan nasi.
✳elakkan penggunaan garam bagi anak 2 tahun ke bawah
✳tip dari chef – cendawan perlu di masak lama sedikit supaya aroma dan jusnya keluar
Bubur Kacang Hijau Versi Bayi (dari 8 bulan++)
Menurut pakar pemakanan, kekacang jenis legume (kacang hijau, kacang merah, dhall, dan lain-lain) dah boleh diambil seawal umur 7-8 bulan. (Tapi sebaik-baiknya perkenalkan pada usia 8 bulan ke atas sebab sesetengah perut bayi sensitif dan boleh menyebabkan angin/kembung walaupun kacang sudah direndam 24 jam).
Bubur kacang hijau untuk bayi ni diajar oleh seorang makcik tukang urut warga Indonesia. Katanya di seberang, bubur kacang ni memang diberikan kepada bayi untuk tambah berat badan.
Bahan-bahan:
½ cawan kacang hijau – direndam 12-24 jam dengan sesudu kecil cuka dan sedikit baking soda (hujung sudu kecil jer)
1 cawan air (gunakan cawan yang sama)
½ cawan santan pekat
1 sudu kecil mentega
Cara-cara:
1. Kacang hijau yang telah direndam diramas hingga tertanggal kulitnya. Tambah sesudu-2 tepung untuk mudahkan proses meramas (supaya tak licin).
2. Basuh kacang hijau yang telah direndam beberapa kali.
3. Masak kacang hijau dalam air. Tapis dan buangkan buih-buih yang terhasil.
4. Masak kacang hijau sehingga benar-benar lembut.
5. Masukkan santan pekat dan mentega. Kacau dan lenyek-lenyekkan kacang hijau tadi dengan sudu.
6. Masak hingga adunan menjadi pekat. Tutup api.
Lenyekkan roti. Sapukan kacang hijau sebagai inti. Gulung dan potong kecil. Cairkan mentega dalam pan kemudian bakar roti hingga garing sedikit.
BAYI 8 BULAN++
-Bubur kacang hijau ni biasanya untuk 2-3 kali makan
-Ambil sedikit bubur yang pekat (untuk portion sekali makan) dan campurkan dengan ebm/susu formula (yang suam). Cairkan bubur mengikut kesesuaian umur anak.
-Masukkan lebihan bubur dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti. Boleh bertahan sehingga 2-3 hari. Boleh juga frozenkan (sila habiskan dalam masa seminggu).
ANAK 1 TAHUN++
-Sebenarnya ni saya olah ikut cara saya sendiri. Sebabnya bila anak dah setahun++, dia memang tak berapa gemar makan bubur camni. Jadinya saya sapukan bubur (pekat) ni atas roti dan bakar dalam pan.
Cara-cara:
1. Lenyekkan roti.
2. Sapukan kacang hijau.
3. Gulung dan potongkan roti kecil-kecil.
4. Panaskan sedikit butter dalam pan (supaya inti tak melekat).
5. Bakar dan balik-balikkan roti hingga garing sedikit.
✳fungsi cuka itu nak kurangkan bahan oligosakarida dalam kacang (penyebab angin). Boleh juga gunakan jus lemon
✳fungsi soda nak mudah tanggalkan kulit kacang hijau.
Agar-Agar Santan & Keju (dari 8 bulan++)
Bahan-bahan:
1 cawan agar-agar tali (dipotong pendek dan disukat dalam cawan)
2 cawan air
1 cawan susu formula/susu segar
1½ cawan santan
2-3 keping keju cheddar (saya guna 3 keping, dah masuk 1 dalam periuk baru teringat nak ambil gambar)
Cara-cara:
1. Renihkan agar-agar dalam air hingga larut.
2. Masukkan susu, santan dan keju.
3. Kacau hingga keju cair dan air mendidih.
4. Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.Pastikan guna cawan yang sama untuk menyukat agar-agar tali dan air/susu/santan
Agar-agar ini rasanya lemak-lemak masin (dari santan dan keju), boleh juga dimakan bersama sirap/manisan kurma.
Sirap/manisan kurma
Puri kurma/beberapa biji buah kurma
Sedikit air
Cara-cara:
1. Buah kurma dibuang biji/kulit (elak anak tersedak) dan dikisar halus
2. Campurkan sedikit air ke dalam puri kurma (untuk cairkan dan agar tak terlalu manis)
3. Masak di atas dapur hingga mendidih.
✳bila anak dah 2 tahun++, boleh gunakan sirap gula merah gantikan manisan kurma.
✳makan bersama sirap gula merah memang lebih sedap
Cheesy Mushroom Soup with Chicken (dari 10bln++)
Bahan-bahan:
150gm cendawan
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar olive oil
2 sudu besar unsalted butter
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit isi ayam (didadu)
3 keping keju cheddar (dicarik kasar)
1-2 cawan susu formula/susu segar/krim
Sedikit stok ayam/bone broth
Air secukupnya
Sedikit lada hitam (optional)
Cara-cara:
1. Panaskan mentega bersama minyak zaitun kemudian tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan cendawan, ayam dan kacau. Masak sehingga lembut dan hingga keluar jus cendawan. Tutup api dan kisar semua bahan tadi bersama cheese.
3. Larutkan tepung gandum bersama sedikit air (supaya tepung tak berketul) dan panaskan bersama susu di dalam periuk. Masukkan cendawan yang telah dikisar tadi serta stok ayam.
4. Tambahkan air secukupnya mengikut kepekatan yang diingini. Biarkan sup merenih lama sedikit supaya rasanya sebati.
5. Perasakan dengan sedikit lada hitam jika suka.
✳enak dimakan dengan garlic bread
Ayam Percik Ala Kelantan/Putih (dari 1 tahun++)
Bahan-bahan:
¼ ekor ayam (ayam seekor saya potong 8 sebab anak makan sikit)
1 cawan santan pekat
1 batang serai (diketuk)
½ keping asam keping
Garam/gula*
Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
½ inci halia
½ inci lengkuas
Sedikit lada hitam
Cara-cara:
1. Masukkan ayam dan semua bahan di dalam kuali. Biarkan mendidih dan ayam masak separuh (ayam keluar darah). Keluarkan ayam.
2. Masak kuah yang berlebihan sehingga menjadi pekat.
3. Bakar ayam dalam pan/pemanggang ajaib di atas dapur. Lumurkan dengan kuah, balik-balikkan dan bakar sehingga sedikit garing.
✳elakkan penggunaan garam/gula bagi anak 2 tahun ke bawah
✳boleh tambahkan sebiji kurma (diblend sekali) untuk berikan rasa sedikit manis dan naikkan rasa kuah percik
Anak-anak yang sedang membesar sememangnya memerlukan makanan yang baik dan berkhasiat. Namun ibu bapa berdepan dengan masalah anak yang makan mengikut mood atau ada juga yang memilih pada rasa sesuatu makanan itu. Bila berdepan dengan masalah ini, ibu mula rasa rungsing.
Anak-anak yang berusia dua tahun ke atas sebenarnya sudah bijak membuat pilihan terhadap makanan mereka. Langkah paling bijak adalah memberikan pengalaman ketika memasak bersama-sama mereka. Bukan itu sahaja, memegang makanan sendiri juga dapat menarik minat anak-anak untuk makan. Finger food atau makanan jejari solusi paling sesuai bagi memudahkan anak untuk memegangnya.
Resipi Bebola Daging homemade ini salah satu resipi yang boleh dicuba bersama anak-anak di rumah. Barulah anak makin timbul minat untuk makan. Resipi perkongsian Dr Nurhaya Yacob ini nampak menyelerakan. Jom cuba sekarang!
Bingung nak masak makanan jejari untuk anak? Jom cuba resipi mudah ni.
Bahan:
Daging Cincang
Telur 1 biji
Roti putih atau gandum
Lobak merah / carrot
Bawang besar merah
Batang seleri
Lada hitam
Serbuk keju parmesan
Serbuk ikan bils
Susu segar
Kisar halus batang seleri, bawang besar merah, daging dan lobak merah.
Rendam roti dalam susu segar. Ini akan memberi kelembutan kepada bebola daging sehingga ia mudah di gigit oleh anak.
Gaul rata semua bahan yang di kisar bersama dengan roti yang telah di rendam, berserta serbuk lada hitam dan serbuk keju parmesan.
Akhir sekali pecahkan telur dan gaul rata bersama-sama dengan bahan-bahan yang telah di gaul awal tadi.
Bentukkan mengikut bentuk dan saiz yang ibu suka. Jangan terlalu kecil kerana nanti mudah tersedak sekiranya anak terus masukkan semuanya tanpa menggigit sedikit demi sedikit.
Ibu boleh bakar para suhu 170 darjah selius selama 10 ke 15 minit dan kemudian alihkan untuk membakar bahagian bawahnya atau ibu boleh menggoreng di dalam minyak yang panas.
Ibu boleh deep dalam cheese spread atau mushroom spread. Memang sedap sangat-sangat!
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila ada anak, mama memang kena jadi extra kreatif dalam menyediakan hidangan untuk anak-anak supaya mereka tak cepat bosan dengan makanan yang sama.
Jadi apa kata mama cuba resipi mudah ini yang sesuai untuk sarapan pagi mahupun makan petang. Selamat mencuba!
Jom kita buat krim majerin untuk anak-anak kita..Tak la jemu meka asyik dok calit dengan palanta sakaya ja..yang akak tahu resepi krim ni hanya perlu majerin dan gula ja..tapi akak nak dia lebih rasa sedap dan lemak skit jadi akak pon derhakalah pada resepi asal..jom intai apa yang akak derhaka tu🤗
Campur semua bahan kecuali perisa..mixer sampai kembang dan jadi putih gebu..bila dah kembang dah boleh boh perisa..ok siap..dah boleh sapu pada roti..majerin ni boleh ja simpan dalam peti ais..akak nak bagitau ya..kalau nak buat krim ni jangan sesekali guna butter ya..sebab butter cepat cair.
Koko perisa coklat
Hijau perisa pandan
Putih perisa vanila
Kuning perisa jagung
Pink perisa strawberry
Kalau nak sapu dekat kek pon boleh na..sedap tau.
Kredit: Masni Bahari MAHN
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...