Kajian mengatakan bahawa nak anak pintar kena lakukan aktiviti yang latih otak kanan. Ya! Tentu setiap ibu bapa mahukan anak yang pintar dan genius kan. Oleh itu, tidak mustahil, ada anak yang masih kecil lagi telah diberi didikan untuk merangsang mindanya. Tapi adakah cara ibu ayah betul?
Hakikatnya untuk rangsang minda, ada kaitan dengan otak kanan yang merupakan rahsia kepintaran anak. Namun harus ingat bahawa setiap kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza. Jika ada ibu ayah dapat tahu perkembangan anak perlahan. Boleh lakukan aktiviti ini yang boleh rangsang otak kanan anak-anak.
Sebenarnya penggunaan otak kiri dan kanan perlu seimbang. Setiap hari manusia sememangnya menggunakan otak kiri. Justeru, anda perlu merangsang otak kanan!
Jom kita fahami dulu fungsi otak kanan
Ia berperanan untuk iImaginasi, berfikir secara kreatif, irama, khayalan,emosi, ilham, intuisi (gerak hati), warna, muzik dan apa saja aktiviti-aktiviti kreatif. Otak kanan digunakan dalam aktiviti kreatif yang tidak membabitkan perkataan. Daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang (long term memory). Otak kanan adalah lebih efektif berbanding otak kiri, tetapi ia perlu dilatih dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya.
Dikatakan bahawa kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih pandai, cerdik dan positif. Di nasihati, melakukan rangsangan seawal usia enam bulan. Dengan latihan awal, mudah untuk mendidik kanak-kanak menggunakan otak kanan. Otak sebelah kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri, tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangnya.
Otak anak pada enam tahun pertama bersifat seperti span dan dapat menerima rangsangan dengan mudah. Harus juga diingatkan pendedahan awal kepada ilmu dengan cara yang menyeronokkan akan membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu. Ia juga membina tapak untuk pembangunan seterusnya.
Ini fungsi otak kiri
Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat, menyimpan data dan fakta, menganalisis, memahami logik, bahasa dan matematik,mengira, daya ingatan otak kiri adalah bersifat jangka pendek (short term memory).
Ads
8 Aktiviti rangsang otak kanan
Jom lakukan aktiviti ini untuk anak-anak. Ia menggunakan jari jemari dapat merangsang otak kanan. Ini kerana gerak kerja tangan adalah hasil daripada kerahan otak kanan. Di galakkan aktiviti ini dalam masa setengah jam untuk mengelak anak bosan.
1.Tanah liat
Lakukan pelbagai bentuk mudah seperti kucing, ikan, bunga
2.Origami / lipat kertas
Ads
Lakukan lipatan kapal terbang atau bentuk mudah yang lain.
3.Menggunting
Garisang lurus, bengkok, bentuk empat segi, tiga segi atau apa sahaja gambar menarik di surat khabar atau majalah
Masukan manik dan tali
Masukan manik dalam benang/ tali dalam straw minuman seperti manik bersaiz besar dan kecil
5.Melukis/ cat air
Ads
Lukis gambar sebelah misalnya gambar bunga hanya sebelah, kemudian minta anak sambung lukisan mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi.
6.Bercerita
Bina daya imaginasi dengan cara bercerita pendek. Kemudian suruh anak sambung cerita tu.
7.Main teka-teki dengan anak
Letak satu barang dalam kotak/ bekas tisu, suruh anak teka barangan tersebut. Teka bentuk atau warna.
8.Kad imbasan
Perkenalkan abjad atau nombor. Apabila kad itu bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mesti ada antara kita yang dah mula perasan. “Eh! Anak darjah 1 kita masih sukar menulis rupanya”..”Laah… Anak 6 tahun kita masih belum pandai tulis huruf rupanya”..”Alamak. Anak darjah 2 kita masih lambat menyalin dari papan hitam lah”
Walaupun kita perlu raikan kemampuan anak kita dan tak digalakkan paksa anak di luar kemampuannya.
Tapi, kita tetap perlu beri AKTIVITI RANGSANGAN berkaitan kesukaran anak tu.
Ini perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Aisyah Rozalli mengenai aktiviti apa sesuai untuk anak membantu kemahiran akademiknya.
Ni saya kongsikan aktiviti yang saya sangat suka dan sesuai untuk anak-anak yang:
1. Sudah mula mahu dilatih menulis.
2. Mahu dikukuhkan kemahiran asas sensori-motornya agar boleh menulis lebih efisyen.
Macam mana nak buat aktiviti ini?
Anda boleh guna: Pasir, atau Beras, atau Garam, atau Kacang hijau
Pilihlah mana yang selamat dan senang anda nak kemas.
Mula-mula, minta anak trace bentuk yang kita sediakan di kertas, dan kemudian, buat bentuk yang sama menggunakan jari telunjuk pada pasir pula.
Kalau anak bawah 3 tahun, bagi anak buat bentuk yang macam dalam gambar ni dulu.
Kalau dah masuk 4 tahun, bagi buat bentuk-bentuk asas yang lain : segi empat, segi tiga, bentuk rumah.
Kalau dah masuk 5 tahun ke atas, baru ajak buat bentuk huruf. Itupun saya galakkan bagi anak tulis bentuk huruf yang dia sedang belajar baca.
Kalau anak sedang belajar baca huruf “a”, ajak anak tulis “a”. Kalau anak sedang belajar baca “na”, ajak anak tulis “na”.
Simple kan?
Tak payah la asal ajar anak tulis, baca mesti kena guna pensel-kertas.
Bagi aktiviti macam ni di rumah. Lebih membantu merangsang otak anak.
✅ Tekstur pasir beri anak rangsangan sensori tactile, proprioseptif yang akan buat anak lebih sedar dengan corak pergerakan jarinya.
✅ Guna jari telunjuk buat anak yang ada masalah genggaman terlalu kuat atau lemah untuk punya isolasi jari yang lebih baik dan membantu anak lebih mudah koordinasikan jarinya semasa menulis.
✅ Menyalin dari kertas ke pasir merangsang memori visual anak yang sangat membantu anak untuk menulis lebih cekap dan pantas.
✅ Buat aktiviti yang bukan kertas-pensel buat anak rasa dia sedang bermain sambil belajar. Boleh kurangkan stress anak.
Best kan? Jadi mulakan dari sekarang dan jadikan ini aktiviti santai bersama anak di rumah.
Bonding atau ikatan hubungan yang rapat antara anak dan ibu bapa secara fizikal dan psikologi amat penting bagi menjamin si kecil membesar dengan seimbang.
Dr Putri Afzan Maria Zulkifli, Pengamal Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pengasas Kinderkaizen bagi mengetahui apakah kepentingan ikatan ini kepada anak dan ibu bapa sendiri.
Menurutnya, perhubungan antara ibu bapa dan anak adalah sangat penting bagi kerana ia membina asas kepada segala perhubungan yang bakal wujud dan menjadi sumber kepada pembentukan perasaan kasih sayang, keintiman sesebuah perhubungan, kepercayaan dan rasa selamat.
Keakraban ini adalah asas kepada pembentukan 90% daripada otak anak pada enam tahun pertamanya. Apakah antara bahagian yang terkandung dalam 90% itu? Ia adalah perkembangan seperti berikut;
1. Perkembangan yang melibatkan sensori yang menjadi permulaan kepada pembentukan otak.
2. Perkembangan emosi.
3. Perkembangan perhubungan rapat dengan anak.
4. Pembentukan memori.
Beliau juga mencadangkan ibu bapa untuk menonton filem INSIDE OUT yang banyak mendidik bagaimana emosi di proses dalam otak. Keempat-empat perkara yang disebut di atas perlu di bentuk dengan baik sebelum anak berumur lebih kurang tujuh tahun. Ia amat penting sebagai asas yang akan menunjangi pembentukan 10% lagi bahagian otak yang berkaitan dengan pembelajaran secara formal bermula dari anak berumur tujuh sehingga 23 tahun.
Kurang bonding punca hiperleksia
Apa dirisaukan ialah apabila ibu bapa terlalu sibuk mengawalkan perkembangan yang melibatkan bahagian 10% tadi (pembelajaran secara formal) pada waktu perkembangan yang 90% (sensori, emosi, hubungan erat ibu bapa dan anak serta pembentukan memori) belum terbentuk sepenuhnya.
Ini akan mewujudkan lompang-lompang di dalam otak yang akhirnya akan memberi kesan seperti ‘hiperleksia’ iaitu keadan di mana anak pandai akademik tetapi masih belum boleh mengurus emosi diri yang akhirnya dewasa menjadi orang yang tidak boleh menguruskan stres dan boleh menyumbang kepada masalah mental. Ibu bapa perlu sedar adalah jika anak sudah melepasi enam tahun pertama, bukan mudah untuk undur dan perbetulkan kesilapan ini kembali.
Kuasa pelukan
Secara fizikalnya, antara contoh yang boleh dikongsikan adalah kekerapan kita memeluk anak. Adakah anda tahu bilangan pelukan terbaik yang perlu kita lakukan setiap hari? Kajian menyatakan 17 pelukan. Virginia Satir (Pakar Terapis Kekeluargaan) menyatakan manusia memerlukan empat pelukan sehari untuk kekal hidup, lapan pelukan sehari untuk kekal berfungsi dan 12 pelukan sehari untuk tumbesaran yang melibatkan anak.
Pelukan penting kerana sentuhan dari pelukan itu membantu membina kepercayaan dan rasa selamat. Ini dibantu dengan adanya komunikasi yang positif, jujur dan menggalakkan seorang anak dalam perbualan. Pelukan juga sangat membantu meningkatkan penghasilan hormon oksitosin yang merawat perasaan berkaitan rasa keseorangan, terasing dan marah.
Bonding dari dalam kandungan
Bonding bersama anak sejak dari dalam kandungan lagi. Maka, sebab itu pentingnya ibu bapa menjaga emosi masing-masing untuk memastikan pengaliran darah dan pembentukan otak anak dalam kandungan adalah positif dari mula, bebas dari adanya penghasilan kortisol berlebihan yang mungkin akan memberi efek negatif.
Jika ibu hamil alami masalah gangguan emosi, ada kemungkinan ia boleh memberi efek negatif pada si anak. Dengan pengawalan emosi yang baik, ibu bapa di galakkan untuk banyak berbual dengan anak dalam kandungan sebagai usaha mewujudkan bonding dari awal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahun lepas, admin mendapat email daripada salah seorang ibu yang mengadu anaknya bosan ke tadika. Ibu bapa mana yang tidak risau apabila anak yang masih kecil tiba-tiba kata perkataan ‘bosan’ memang risau kan.
Mengikut Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Bustam Kamri, luahan isi hati kanak-kanak itu pasti ada sebabnyaa. Jadi ibu bapa perlu ambil peduli apabila anak mengadu masalahnya.
Ibu ayah jangan terkejut bahawa anak-anak yang masih kecil juga mengalami stress seperti orang dewasa sehingga mengadu tidak mahu ke tadika.
Sekiranya sikap tidak mahu ke tadika bermula dari awal lagi, ia tidak begitu menimbulkan tanda tanya. Hal ini sering berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa hendaklah melihat permasalahan ini dari pelbagai sudut. Setiap peristiwa yang berlaku di tadika adayang membawa kesan positif dan negatif kepada sikapkanak-kanak. Ada beberapa faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku.
1.KESEDIAAN BELAJAR
Faktor kesediaan belajar hendaklah dilihat dari segi umur dan individu. Kanak-kanak yang masih belum mencapai usia enam tahun pada tarikh pendaftaran mungkin terdapat perbezaan sikap dan tingkah lakunya berbanding dengan kanak-kanak yang telah mencapai usia enam tahun. Kesediaan belajar ini boleh ditangani menerusi pemupukan keyakinan diri oleh guru semasa di tadika. Kata-kata perangsang dan galakkan melakukan aktiviti bersama kanak-kanak lain membuatkan mereka merasa bangga dan lebih berkeyakinan.
2.JUMLAH MURID TERLALU RAMAI
Keprihatinan guru semasa kanak-kanak berada di tadika perlu diberi perhatian. Kepelbagaian minat dan latar belakang ini menyebabkan sukar bagi guru yang mempunyai bilangan kanak-kanak yang ramai di dalam satu kelas tadika. Kanak-kanak yang terlepas pandang dan tidak mendapat perhatian akan merasakan dirinya tersisih dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap keyakinan diri. Apabila anak-kanak mula menyisihkan diri daripada rakan sebaya minat untuk berada di tadika semakin luntur. Guru pula tidak menyapa namanya biarpun sekali dalam sehari akan menyebabkan perasaan semakin rasa terpinggir kepada diri kanak-kanak.
3.PERATURAN TADIKA
Kadangkala kanak-kanak tidak dapat membuat penyesuaian diri dengan terhadap persekitaran di tadika. Kanak-kanak tidak dapat membezakan antara suasana di rumah dan di tadika. Di rumah tidak ditetapkan dengan peraturan yang perlu dipatuhi berbanding dengan keadaan di tadika. Kanak-kanak belajar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh guru. Tujuan yang murni ini kadangkala tidak dapat difahami oleh kanak-kanak. Oleh itu, guru tadika harus memastikan peraturan dan arahan tidak terlalu banyak kerana akan membebankan kanak-kanak untuk memahami.
4.KELETIHAN
Mungkin keletihan menjadi punca kanak-kanak merasa penat dan tidak mahu ke tadika. Kanak-kanak yang aktif bermain selepas balik dari tadika pada sebelah petang dan tidur lewat menyebabkan mereka memberi alasan tidak mahu ke tadika.
Kanak-kanak perlu mendapat tidur yang secukupnya supaya mereka segar apabila bangun tidur dan bersedia untuk ke tadika.
Terdapat kanak-kanak yang tertidur semasa di tadika dan mereka tidak dapat menjalankan aktiviti dengan berkesan. Akibatnya mereka merasa kecewa dengan hasil kerja yang dilakukan dan mula menyisihkan diri daripada rakan sebaya. Gangguan seperti kurang tidur dan rehat perlu diambil perhatian oleh ibu bapa semasa di rumah. Kerap memberi ingatan kepada kanak-kanak supaya tidur awal dan tidak perlu bersama menonton televisyen sehingga lewat malam.
5.PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN
anak di tadika Pernahkah ibu bapa bertanya setiap hari tentang perkembangan anaknya di tadika? Bertanya kepada kanak-kanak dianggap mengambil perhatian terhadap diri kanak-kanak itu sendiri. Sentiasa memberi rangsangan dan galakkan kepada kanak-kanak setiap kali pulang dari tadika atau mengambil peluang berbincang semasa makan.Sekiranya jawapan atau perkara yang diceritakan berunsur negatif, ibu bapa hendaklah memberi rangsangan positif. Berbincang dengan kata-kata yang memberi semangat. Sentiasa memberi pujian tingkah laku yang positif. Ibu bapa hendaklah kerap berbincang dengan guru tadika secara terbuka untuk mengetahui perkembangan anaknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.